Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin bukan saja perlu mencabar anak-anak Tun Dr Mahathir tetapi anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak juga perlu dicabar untuk hadir ke Program "Nothing To Hide 2.0' ini.
Semalam, Nazir meminta anak-anak Tun Mahathir juga hadir dalam program 'Nothing To Hide 2.0' anjuran ARMADA Malaysia yang mana Tun Mahathir mencabar Dato Seri Najib untuk berdebat dalam program itu.
Jadi beranikah Nazir mencabar Anak-anak Tun Razak seperti , Johari, Nazim dan Nazir serta anak tiri Najib iaitu Riza Aziz anak kepada Rosmah untuk hadir ke program ini !! barulah namanya ADIL !!
Itupun kalau Nazir selaku Exco Pemuda UMNO BERANILAH !!
'Nothing To Hide' KALI PERTAMA dahulu, Najib melarikan diri dari hadir ke program itu setelah Tun Mahathir tiba-tiba hadir untuk bertanyakan soalan terutama isu 1MDB.
TUN M CABAR NAJIB






