Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sentimen itu timbul apabila mereka beranggapan kerajaan BN adalah sinomin dengan UMNO dan orang Melayu.
Tegasnya, tindakan memualkan beberapa penyokong DAP dan remaja Cina menganjurkan program Silent Walk dan bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan jelas membuktikan kekecewaan masyarakat itu berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekali gus gagal menguasai bidang politik.
Tindakan tidak menghormati Jalur Gemilang dan mengadakan Silent Walk itu lahir rasa kecewa mereka kerana BN gagal ditumbangkan dan aspirasi untuk merampas kuasa politik negara tidak kesampaian.
Mereka (kaum Cina) sekarang menguasai ekonomi dan mereka mempunyai cita-cita mahu menguasai bidang politik negara yang dipegang oleh orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, penyokong dipercayai parti DAP melancarkan apa yang dipanggil Silent Walk yang bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di kompleks beli-belah.
Malahan dalam laman Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Beliau yang juga Presiden Gagasan Melayu Perak berkata, tindakan puak itu akan menimbulkan ketegangan kaum dan pelbagai reaksi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negara ini.
Kaum Cina tidak boleh marah jika kami (NGO Melayu) bertindak balas atas apa dilakukan mereka," katanya.
Mengulas mengenai isu sama, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan sebarang tuntutan yang dibuat kaum tersebut selepas ini.
Katanya, sikap tidak membalas budi itu patut dijadikan panduan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu masyarakat itu di kemudian hari.
Kerajaan digesa lebih menumpukan kepada pembangunan dan memartabatkan Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan di negara ini daripada memberi muka kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.
Ini jelas ekoran tindakan kaum Cina yang menunjukkan sentimen perkauman dalam PRU-13," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, penyokong parti cauvinis, DAP diingatkan tidak menimbulkan sebarang kekacauan ekoran kegagalan menumbangkan kerajaan BN.
Katanya, mereka tidak perlu menghasut keadaan yang tenang sekarang ini dengan mengajak mengadakan demonstrasi yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara.
Pembangkang jangan cuba membakar emosi rakyat dengan menghasut melakukan program Silent Walk, demonstrasi dan memakai baju berwarna hitam.
Perkara ini hanya akan memudaratkan keadaan dan pembangkang perlu bersikap matang menerima kekalahan ini dengan hati terbuka.
Seperti di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, parti kalah akan mengucapkan tahniah kepada parti menang tetapi perkara ini tidak berlaku pada pakatan pembangkang di Malaysia, sebaliknya mereka mahu membuat kecoh," katanya. UTUSAN
2 comments:
MPM bidas?
NGO lain bagaimana?
MCA? Gerakan?
Keputusan Pilihanraya jelas menunjukkan "state of mind" penyokong Cina DAP masih tidak berubah setelah lebih 50 tahun merdeka. Kepada pemimpin UMNO buat baik berpada lah demi Agama, Bangsa dan Negara, jangan sampai tergadai segala nya. Saudara Najib dan Puan Rosmah tak perlulah tonjolkan anakanda kalian pandai berbahasa Mandarin. Ingatlah pemimpin UMNO jangan "sampai dikejar tak dapat yang di kendong jatuh berciciran". Ingatlah! Ingatlah! Ingatlah!
Post a Comment