







Perlawanan malam tadi antara Kedah dan PDRM di Stadium Alor Setar menyaksikan pasukan Kenari berpesta gol dengan menewaskan PDRM dengan jaringan 4 - 1 .
Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Menn pada minit ke 32 , Penyerang import Kenari Alan Guc pula meneruskan pesta gol Kenari pada minit ke 42 dan pemain yang mendapat jolokkan 'kereta kebal' Kenari iaitu Sabree menjaringkan gol pada minit ke 48 . Guc sekali lagi menambah derita PDRM dengan jaringan ke 4 pada minit ke 58 .
Gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Fauzi pada minit ke 67, bagi kedudukan Kedah menang dengan 4-1 . Kemenangan Kedah menyaksikan Kedah kekal di tangga ke 4 Liga Perdana 2013 .
Dengan Berbaki 3 perlawanan , insya'Allah Kedah masih mampu mengejar sekurangnya di tangga ke 3 musim 2013 ini.
Harapan peminat sukan Kedah agar pihak Kerajaan Negeri Khususnya Exco Sukan memberi perhatian penuh kepada sukan no 1 Kedah ini agar kembali seperti era kegemilangan Kedah dahulu.
BIAR JASA JADI KENANGAN
GAMBAR DARI HIJAUKUNING.COM
No comments:
Post a Comment