Tabung Haji

Tabung Haji

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

sahabat-sahabat APJ

Monday, 13 May 2013

ITU DIAA !!!! BARISAN EXCO NEGERI KEDAH HEBAT !!!!! #HanyaDiKedah

       

ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.
Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.
Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.
ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.
Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.
Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.
Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.
Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.
Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.
Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.
Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam.
KOSMO

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive