sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday, 26 May 2013

GEMPAR !!! SAH UMNO BAKAL JADI KETUA PEMBANGKANG !!! #BNBagus

Umno Pulau Pinang enggan dedah ketua pembangkang

GEORGETOWN - Umno Pulau Pinang sudah mengenalpasti nama calon yang akan memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang bagi dikemukakan kepada Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, nama itu diambil daripada calon yang berpengalaman dalam bidang politik dan persidangan Dun.

“Kita dah ada nama yang akan kemukakan kepada Presiden BN, mungkin minggu depan kita akan tahu keputusannya. Bagaimanapun, kita tidak boleh umum lagi kerana belum ada persetujuan.

“Kita berharap, agar semua wakil rakyat menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing dengan baik. Walaupun kita kalah di dua kerusi Parlimen dan lima Dun, itu tidak mematahkan semangat kita untuk terus berkhidmat,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Zainal berkata, Umno yakin dapat mewakili suara rakyat bukan hanya kaum Melayu malah semua kaum termasuk kaum Cina.

“Kita berkeyakinan tinggi dapat mewakili suara rakyat, termasuk kaum Cina kerana Umno menang di 10 Dun dan tiga Parlimen, bukannya semua undi itu datangnya dari kaum Melayu. Saya yakin, kaum lain juga ada undi Umno walaupun dalam jumlah yang sedikit.

“Walaupun kita sedih dengan kekalahan kita untuk merampas Pulau Pinang kembali, namun kita terima dengan hati yang terbuka dan reda dengan keputusan rakyat. Kita juga akan terus berkhidmat di kawasan yang kita kalah bagi memastikan nasib rakyat terbela,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal turut menegur cara kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkannya sebagai hanya pandai berpolitik sehingga mengabaikan isu yang lebih penting di negeri ini.

Menurutnya, Guan Eng harus memperbaiki kepimpinannya untuk penggal kedua ini demi kebaikan semua kaum di Pulau Pinang dan bukannya mempolitikkan semua perkara termasuk menanam sifat kebencian terhadap Umno.

“Selama lima tahun lalu, kita dapati beliau tidak menumpukan perhatian kepada isu yang lebih penting, sebaliknya hanya tahu berpolitik sahaja. Kita harap selepas ini, beliau akan lebih rasional dan tidak terus menanamkan kebencian dan hasad dengki sesama rakyat di negeri ini seperti yang dilakukan pada masa lalu.

“Kita juga minta agar beliau tidak terus menanam sifat kebencian terhadap Umno. Kita juga dapat tahu dari golongan bawahan bahawa mereka juga mengharapkan Guan Eng lebih memberi perhatian kepada isu yang lebih serius antaranya perumahan, pelaburan dan pembangunan. Ini kerana, lima tahun lalu, kita lihat Pulau Pinang tidak begitu berkembang seperti yang diharapkan,” katanya.

SINAR

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive