sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 17 May 2013

PANAS !!! BN PERLU LAKSANA REFORMASI REDIKAL AGAR TRAGEDI PRU13 TAK BERULANG - MPM


SHAH ALAM – Majlis Perundingan Melayu (MPM) berharap Barisan Nasional (BN) segera menggubal dan melaksana Dasar dan Pelan Reformasi Radikal BN supaya ‘tragedi’ PRU13 tidak akan berulang buat selama-lamanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Dr Hasan Mad berkata, MPM akan mengemukakan syor berkaitan Lima Dasar Utama yang akan menjadi kerangka kepada Dasar Kemakmuran dan Kesejahteraan Negara dalam masa terdekat.

“Perkara wajar dilaksanakan segera demi kemakmuran dan kesejahteraan serta keharmonian semua rakyatnya dalam mengharungi kehidupan di bumi bertuah ini.

“Walaupun barisan kabinet untuk Penggal 2013-2018 telah diumumkan, MPM tetap bimbang dan lebih cenderung untuk melihat bagaimana BN yang diterajui Umno mentadbir negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, BN berjaya membentuk Kerajaan sekalipun hanya mampu menang mudah dan gagal perolehi majoriti dua per tiga sepertimana yang diidam-idamkan.

Mengulas lanjut mengenai keputusan PRU13, Hasan berkata, kerisauan MPM meningkat sebaik melihat keputusan itu dan mendakwa wujud beberapa petanda yang tercetus dari pilihan raya itu.

“Dengan begitu gigih usaha BN yang diterajui Umno, membuat persiapan menghadapi PRU13 itu, keputusan yang diperolehi bukanlah sesuatu yang melegakan dada kita semua.

“Lebih menggusarkan ialah wujudnya beberapa petanda buruk yang akan menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jauh lebih mencabar dan boleh menjerumuskan negara ini kepada revolusi politik perkauman, kebencian, keganasan serta campurtangan pihak,” katanya lagi.

Ujar beliau, dalam kesibukan Kerajaan baru menjalankan tugas dan amanah sepertimana yang dimanifestasikan semasa PRU13, pucuk pimpinan BN yang diterajui Umno wajar menggubal segera Dasar dan Pelan Reformasi itu.

Langkah itu katanya, bukan sekadar menjadikan BN lebih diterima malah jauh lebih penting dari BN mendominasi senario politik negara terutamanya mampu memastikan amalan demokrasi dalam sistem politik terbaik di dunia.

Sehubungan itu, katanya lagi, MPM menawarkan diri untuk bekerjasama bagi melihat agenda ini dengan lebih mendalam.

Katanya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah tidak beberapa lama lagi dan BN sudah tiada masa.

KOSMO 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive