sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 23 May 2013

ALHAMDULILLAH !!! PEMBUNUH-PEMBUNUH SOSILAWATI DAN RAKAN-RAKAN DIHUKUM MATI !!!

Sosilawati Lawiya

SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. SINAR

APJ : pembunuh2 itu wajib dihukum mati !!! semoga keluarga magsa2 tabah dan gembira dengan khabar ini

4 comments:

Anonymous said...

HUKUMAN YANG SEPATUTNYA. KALAU ADA PERUNTUKAN UNDANG2, HUKUMAN MATI SECARA DIPUKUL & DIBAKAR.

Anonymous said...

Saya sangat gembira hari ini dengan hukuman yang diberi untuk keempat-empat binatang ini.empat binatang ini pasti akan dibakar dineraka nanti.Dah lama saya tunggu untuk mereka ini diberi hukuman.
Selva

successmala386 said...

Alhmdulillah...Allah tu maha adil serta mlihat sgala yg brlaku..syaitan2 yg brtopeng manusia tu tkn trlepas dgn azab wlupun didunia ini lgi...takziah dr sya utk smua kluarga mgsa dan al fatihah utk smua mgsa yg tlh dibunuh dgn kejam..

successmala386 said...

Rsanya utk lbih adil lgi sepatutnya syaitan2 laknat ni dipukul teruk2 dan dibakar sbagaimana apa yg mereka lakukn pd mgsa2 yg tk brdosa tu..brulh puas..dan biar mereka rsa plk mcm mna sakit n seksanya dipukul dan dibakar dgn kejam..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive