sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 28 June 2013

@NajibRazak @razaliibrahim APA DAH JADI DENGAN BTN SEBENARNYA NIH ?? HABIS BLOGGER-BLOGGER DAN AHLI POLITIK TIBAI !!!!



Apj dah lama duk perati beberapa pemimpin politik dan begitu ramai blogger-blogger Pro BN duk hantam kepimpinan Biro Tata Negara atau BTN ni terutama Ketua Pengarah BTN sendiri iaitu Datuk Raja Arif. 

Keadaan ni begitu berat sehinggakan menampakkan ada yang tak kena dengan BTN ni . Macam-macam benda keluar dari artikel yang Apj baca dari blog-blog terkenal yang PRO BN , ada yang cakap si Raja Arif ni geng pembangkang , ada yang cakap telan duit berjuta-juta demi kepentingan peribadi , ego dengan kuasa , bongkak , musang berbulu ayam dan macam-macam lagi , sedikit aku petik dari salah satu blog tersebut :

Beliau dan pengurusan BTN terpaksa membuat `road show' ke seluruh negeri untuk bertemu kakitangan dan Sahabat BTN untuk menjelaskan kononnya bahawa apa yang didedahkan dalam semua blog sebelum ini adalah fitnah belaka sedangkan kini sebahagian besar kakitangan BTN `yang tidak suka menjilat boss' sudah mula hilang kepercayaan dengan BTN tetapi pengurusan BTN menabur janji kononnya tidak ada perpindahan dan semua kakitangan akan cuba dinaikkan pangkat dan yang kontrak akan ditetapkan.Janji manismu!


Beliau juga telah menangguhkan semua pertukaran yang belum diumumkan dan berbagai-bagai lagi pengstrukturan semula yang beliau cadangkan dan pernah ditulis sebelum ini namun pejabat PM Najib jangan merasa selesa dengan `turning down’ yang dilakukan oleh Raja Arif ini kerana proses mengABIMkan BTN tetap giat dan berjalan aktif seperti biasa dengan pengedaran buku-buku tulisan karyawan ABIM,penganjuran majlis-majlis bersama dengan pemimpin ABIM dan gerakan Usrah setiap Selasa di Rumah Meranti milik BTN. PM Najib boleh mengarahkan orang-orang yang beliau percaya untuk sesekali jenguk di Rumah Meranti itu pada setiap malam Selasa itu dan dapatkan laporan apa pengisian dalam majlis tersebut..

Gerakan politik kumpulan mereka ini tetap berjalan melalui BTN Swasta pimpinan Ahmad Fairuz dan seorang bekas Kapten dengan peruntukan yang tidak diumumkan dalam mesyuarat pengurusan malah pihak Pengarah Negeri sendiri terpaksa akur dan patuh dengan kekuasaan yang di anugerahkan oleh Raja Arif kepada Ahmad Fairus dan apa sahaja maklumat politik dari negeri-negeri perlu melalui tapisan dan sekatan Ahmad Fairus dan mana-mana Pengarah BTN Negeri yang ingkar, pastinya akan dilabel penentang dan musibah bakal menunggu mereka.

Sebagai Ketua Pengarah,Raja Arif juga dikatakan telah mula mengadakan pertemuan dengan kakitangan dan menabur janji-janji manis berkaitan dengan perjawatan serta peluang kenaikan pangkat apabila beliau mula menyedari semua pekungnya telah terdedah kepada kakitangan BTN dan permainan anak raja ini (khabarnya beliau bangga menjadi anak raja tiada daulat) cukup teratur dan ligat macam gasing.

Cuba tanyakan kepada sebahagian besar pegawai-pegawai yang terlibat dalam pertukaran,adakah mereka bersetuju?Adakah Pengarah-Pengarah mereka bersetuju sedangkan dalam satu pertemuan dengan semua pegawai-pegawai,beliau berjanji tidak akan berlaku sebarang pertukaran sebelum PRU13 tapi akhirnya Raja Arif berbohong.

Sebagai mahu menutup ramcangannya yang terdedah,Raja Arif mengarahkan Bahagian Pentadbiran untuk memanggil temuduga bagi mengisi jawatan Gred 52 sedangkan sebelum ini telahpun ditentukan krooni-kroninya untuk dinaikan pangkat tersebut dan ada yang mendakwa temuduga ini pun hanyalah sekadar topeng semata-mata kerana Raja Arif telah pun ada calonnya sendiri.Hakikatnya selepas ini 28 nama kakitangan telahpun sampai ke Bahagian Penempatan JPM untuk ditukar bila-bila masa

Jadi pada yang hadir temuduga.tidak payahlah berangan-angan kerana semua itu dilihat sebagai drama ataupun Cerekarama bagi mengaburi dan membeli jiwa Pengarah Negeri dan pegawai kanan semata-mata.

Tu yang Apj petik dari salah satu blog , kalau seorang dua mungkin Apj rasa satu fitnah atau serangan berbentuk peribadi tapi kalau berpuluh blog dan ahli politik duk bantai BTN dan Ketua Pengarahnya ni , mungkin ada benarnya atau sememangnya ada sesuatu yang berlaku dalam kepimpinan BTN sendiri , ' Kalau takda angin , masakan pokok boleh bergoyang ' huh !! 

Apapun Perdana Menteri dan kepimpinan BTN  harus ingat tujuan sebenarnya BTN ditubuhkan kerana Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta nilai-nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia untuk mempersiapkan diri mencapai hasrat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. 

Jika benar gegaran di BTN sudah berbunyi , Perdana Menteri harus cepat bertindak sebelum 'gempa bumi' melanda dalam BTN yang boleh bawa malapetaka besar kepada kerajaan. Kena ingat fungsi besar BTN dalam Pentadbiran Kerajaan. 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive