sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 1 June 2013

PEHHH !!! FAM KENA LAGI !!! TAK PATUT FAM NIH !!!! ROMBAK FAM !!!!

Khairy Jamaluddin

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama

7 comments:

Anonymous said...

Ikut peraturan apa maksud 'tempat berkecuali'? Adakah kekalkan status 'tuan rumah' itu wajar setelah gagal jadi tuan rumah dan didenda pada tahap maksimum?

Makkumat awal difahamkan perlawanan di SBJ ni dikelolakan oleh JK FAM sendiri tapi status tuan rumah kenapa kekak?

Anonymous said...

semasa jadi orang nombor dua dalam FAM dulu kenapa tidak buat peraturan, dah jadi menteri baru nak tegur

Anonymous said...

semasa jadi orang nombor dua dalam FAM dulu kenapa tidak buat peraturan, dah jadi menteri baru nak tegur

Anonymous said...

Anonymous..

kalau ketika dalam FAM dia tegur, confirm kena artikel 88. bengap piang..

Anonymous said...

macam mana nak beritahu sultan2 dan anak2 sultan bahawa darjat mereka tinggi dan amat tidak sesuai meletak diri mereka di bawah rakyat apabila mengetuai persatuan sukan ?

Anonymous said...

buy propecia propecia negative reviews - propecia generic name

Anonymous said...

NAK ADIL PEGI PADANG MASYAR LA BRO. JGN LUPA PESAN DKT NUAR BERAHI SEKALI YA.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive