sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 17 June 2013

TUDIAA !!! 7 MASJID LAGI KERAJAAN NAK BINA DI KEDAH ! PAS BINA APA DULU ? !! #HanyaDiKedah

Tujuh lagi masjid dibina di Kedah

SIK - Tujuh lagi projek pembinaan masjid dijangka dilaksanakan di Kedah menjelang akhir tahun ini menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Datuk Azmi Lateh berkata sehingga pertengahan tahun ini, dua masjid telah siap dibina iaitu di Taman Peruda, Sungai Petani dan di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

"Setakat ini, projek masjid yang sudah disiapkan sejak tahun 2009 ialah di Kampung Padang Lalang dan Kampung Kuala Teriang di Langkawi; Jalan Jeniang, Gurun; Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, serta pengubahsuaian bangunan Masjid Al-Rahmah, Taman Wira Mergong, Alor Setar.

"Kita jangkakan, sehingga akhir tahun ini, tujuh lagi projek pembinaan masjid dapat dilaksanakan," katanya pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Pembinaan Masjid Al-Muhtadin, Sik Dalam, di sini hari ini.

Teks ucapan Azmi dibacakan Pengarah Kanan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Wan Mohamad Hilmi Wan Mahmud. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah.

Azmi berkata pada tahun ini, sejumlah RM20,561,601 peruntukan diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek berkaitan agama Islam, melibatkan sejumlah 103 projek di bawah peruntukan projek-projek khas.

"Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan kehendak dan keperluan masyarakat Islam bagi meningkatkan syiar Islam di negeri ini, walaupun menyedar bahawa pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri," katanya.

Sementara itu, Mohd Tajudin berkata pembinaan masjid baharu bagi menggantikan Masjid Al-Muhtadin yang sedia ada itu, merupakan inisiatif bagi menampung peningkatan jemaah di kawasan berkenaan.

"Masjid ini dibina pada 1976 dan kini bilangan jemaahnya semakin bertambah. Masjid yang sedia ada hanya boleh menampung kira-kira 900 jemaah manakala masjid yang bakal dibina ini dijangka dapat memuatkan 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Katanya, pembinaan masjid baharu ini menelan belanja RM2.4 juta dan dijangka siap pada 10 Ogos tahun 2014. - Bernama

APJ : Syukur pada Allah kerana dilimpahkan rezeki dan menaikan syiar Islam di negeri Kedah . Terima Kasih Kerajaan BN 

2 comments:

Anonymous said...

Jom beramai-ramai pergi mengimarahkan masjid yang ada di seluruh Malaysia.

Semoga Allah memberkati orang yang merancang membina rumah Allah.

Anonymous said...

alhamdulillah..bagus kerajaan kedah skrg ni...hospital kat pendang tu mcm mana r..??? blom ada jawapan lagi ka...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive