Apj terkejut bila terbaca tentang atlit wanita sukma bola boling dikatakan dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan atlit lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia rabu lepas , jika benar perkara ini berlaku pihak berkuasa dan pihak Kementerian Belia harus mengambil tindakkan keras keatas perogol-perogol ini.
Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk melahirkan atlit-atlit sukan negara bertaraf antarabangsa bukan melahirkan atlit 'perogol' bagi melahirkan bangsa yang tak bertamadun. Perkara ni harus dipandang berat oleh pihak berkenaan agar perkara-perkara yang tidak baik ada dalam sukan negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama
Apj : Lahirkan tamadun yang berguna untuk negara
1 comment:
MEMANG DAHSYAT. MENAKUTKAN PARA WARIS UNTUK MEMBENARKAN ANAK GADIS MEREKA MENGAMBIL BAHAGIAN DI MASA HADAPAN.
Post a Comment