sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 10 July 2014

HOT NEWS : PENGARAH ROS GAGAL , HARUS LETAK JAWATAN SEGERA @RameshRaoAKS @NajibRazak



Aku tertarik dengan kenyataan daripada Ramesh Rao , Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin semalam.

Pengarah Ketua Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Mohammad Razin Abdullah diminta untuk mengundurkan diri daripada memegang jawatan tersebut ekoran sehingga kini gagal menyelesaikan isu berkaitan DAP.
Ramesh Rao berkata berkata tindakan tersebut perlu dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berikutan ia boleh memburukkan lagi pentadbiran negara sekiranya Razin masih memegang jawatan tersebut.

"Saya datang ke sini untuk minta Menteri Dalam Negeri supaya memecat Ketua Pengarah ROS kerana kita tidak boleh membiarkan penyebar (keburukan) dalam kerajaan yang akan memburukkan lagi pentadbiran.

"DAP mengatakan ROS takut untuk mengambil tindakan atau ROS tidak mempunyai telur untuk mengambil tindakan kepada DAP," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan KDN, Putrajaya, hari ini.

Sebelum itu, beliau telah memberikan memorandum yang telah diberikan kepada Pegawai Khas Kementerian Dalam Negeri, Norzihan Tambi untuk disampaikan kepada pihak atasan.

Disamping itu, beliau turut menggesa supaya pihak kementerian untuk membubarkan DAP kerana ahli DAP sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal sebelum ini.

"Kita meminta DAP untuk dibubarkan selepas pada 16 Julai, Nga Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya yang telah menyebut bahawa Singapura maju kerana tiada tiada UMNO dan BN.

"Ia merupakan fitnah yang paling besar dan melampau.. kerana ia merupakan modus operandi DAP untuk memalukan Malaysia dan membodohkan rakyat Malaysia dengan mengeluarkan fitnah yang melampau," katanya.

Sebelum ini, beliau sudah meminta secara rasmi kepada ROS sebanyak dua kali iaitu pada 17 untuk memberikan status DAP dan pengesahan watikah yang telah dikeluarkan oleh DAP pada PRU-13.

Namun, tindakan tersebut sia-sia apabila tidak dijawab oleh ROS.

"Kita mengulangi pendirian pada 2 Mei namun sekali lagi tidak dijawab. Kami selaku NGO dan pembayar cukai yang berhak status siasatan kerajaan langsung tidak dilayan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Apa mahu komplen tentang DAP. Dont care about them. Let them rot.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive