sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 1 July 2014

KERAJAAN PUSAT PERTIMBANG BINA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KULIM @NajibRazak @MukhrizMahathir



Kerajaan akan memperhalusi cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim dan keperluan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terlebih dulu, sebelum membuat sebarang keputusan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan memberi pertimbangan kepada kedua-dua cadangan berkenaan dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara.

Katanya, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah berhubung pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

Masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah” Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan

“Saya belum ada maklumat terperinci mengenai cadangan itu. Esok saya akan masuk ke pejabat dan melihat kertas cadangan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bukit Bendera, di sini, semalam.



KOS BINA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KULIM 1.6 BILLION

Pembangunan lapangan terbang antarabangsa yang dicadangkan dibina di kawasan ladang getah Kulim, Kedah dijangka menelan perbelanjaan sebanyak RM1.6 bilion.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir (gambar) berkata, kos tersebut meliputi pengambilalihan tanah, pembangunan infrastruktur asas dan dua landasan.

Pembinaan bagi peringkat awal membabitkan kawasan seluas 600 hektar, namun kawasan tersebut boleh diperluaskan sehingga 6,000 hektar jika diperlukan.

"Kita boleh bina dua, tiga ataupun empat landasan jika diperlukan. Saya yakin ia akan menjadi lapangan terbang serantau, bukan sahaja untuk Kedah malah untuk Selatan Thailand," katanya.

Mengulas sama ada Kedah mahu bersaing dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Mukhriz berkata, adalah lebih murah untuk membina lapangan terbang di tanah besar yang lebih luas berbanding membina landasan di atas laut.

Katanya, kajian pihaknya mendapati, lapangan terbang di Pulau Pinang akan mencapai kapasiti maksimum dalam masa dua tahun lagi dan peningkatan penumpang ke negeri itu menyebabkan penerbangan kargo menurun sebanyak 10 peratus sejak tiga tahun lalu.

"Di sinilah keperluan kami kerana zon utara menarik banyak pelaburan dan banyak syarikat memerlukan perkhidmatan kargo.

"Beberapa syarikat dari Kedah dan Pulau Pinang memberitahu bahawa mereka terpaksa membawa barangan dengan trak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, ini tidak baik untuk pelaburan antarabangsa kita," katanya.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive