sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 10 July 2014

RESOLUSI 10 PERKARA : HIPOKRISI EXTREMIS KRISTIAN



BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Tiap kali timbul isu kalimah Allah, sudah pasti anasir extremis dan pelampau kristian akan membangkitkan isu Resolusi 10-Perkara.

Apabila Mahkamah Persekutuan pada 23.06.2014 menolak permohonan Titular Archbishop KL untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, sekali lagi anasir extremis dan pelampau kristian membangkitkan isu Resolusi 10 Perkara.

Mereka mendakwa Kerajaan telah melanggar dan mengkhianati Resolusi 10 Perkara apabila kristian di Malaysia tidak dibenarkan berterusan menyalah-gunakan kalimah Allah.

Pada saya, anasir extremis dan pelampau kristian ini adalah puak hipokrit paling besar!

Kerana apa?

Pertama, kerana kumpulan kristian sendiri telah menolak Resolusi 10 Perkara bertarikh 08 April 2011 ini. Pada hari yang sama Menteri di JPM, seorang kristian totok daripada Bario bernama Idris Jala mengumumkan Resolusi 10-Perkara, Dewan Pemuda Majlis Gereja Malaysia telah dengan jelas memberi 10-Poin yang panjang lebar kenapa mereka menolak Resolusi tersebut.

Jadi, setelah menolak Resolusi 10-Perkara tersebut, apa hak extremis dan pelampau kristian kini mengungkit tentang resolusi tersebut? Bukankah ini cakap tak serupa bikin, hipokrit melampau yang tidak sepatutnya datang daripada mereka yang mengaku beragama dan bertuhan!

Kedua, Resolusi 10-Perkara ini langsung tidak menyentuh tentang kalimah Allah. Ianya hanya berkaitan pengimpotan, percetakan dan penerbitan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia kedalam Malaysia (lihat Resolusi 10-Perkara tersebut dibawah).

Dan bercakap tentang pengimpotan, percetakan dan penerbitan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia, adalah jelas tidak semua bibel versi Melayu-Indonesia mengandungi kalimah Allah. Contohnya ‘Kitab Perjanjian Baru & Lama’ terbitan Yayasan Lentera Bangsa Kristian Indonesia, mereka membuat keputusan menggugurkan penggunaan kalimah Allah dan menggantikannya dengan Elohim.

Ini selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili, seorang lagi kristian totok yang menegaskan bahawa kepercayaan kristiannya tidak terjejas sedikit pun walaupun tidak menggunakan kalimah Allah; malah beliau menegaskan kalimah Allah boleh sahaja digantikan dengan kalimah Kinorihingan, Yahweh, Bapak Syurga dan lain-lain perkataan lagi.

Jadi pengimpotan bibel seperti ini, yang tidak mengandungi istilah, kalimah atau perkataan yang bercanggah dengan undang-undang negara mungkin boleh dipertimbangkan berdasarkan Resolusi 10-Perkara tersebut, tertakluk kepada Perkara 9 Resolusi iaitu berdasarkan Perlembagaan, dan dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini.

Apa undang-undang itu?

Ianya termasuk undang-undang kastam, undang-undang percukaian, undang-undang pengangkutan, dan banyak lagi undang-undang berkaitan pengimpotan termasuk Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri-Negeri (Enakmen Anti-Dakyah).

Dan dibawah Enakmen Anti-Dakyah, terdapat 35 perkataan, kalimah dan istilah yang dilarang penggunaanya menurut agama atau kepercayaan selain Islam, antaranya kalimah Allah.

Perlu diingatkan diperingkat ini bahawa bukan sahaja bibel, pengimpotan semua bahan cetakan dan penerbitan adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang. Tidak semestinya seseorang pengimpot sudah mendapat kelulusan KDN maka dia boleh bawa masuk bahan penerbitan tersebut tanpa sekatan.

Sama seperti pengimpotan kenderaan, walaupun pengimpot mungkin sudah mendapat kelulsan kastam, namun ianya masih tertakluk kepada undang-undang lain seperti Akta Pengangkutan Jalan. Contohnya tidak boleh cermin gelap 100%, tidak boleh punya enjin yang terlalu bising dan macam-macam lagi.

Jadi walaupun pihak pengimpot sudah memperolehi kelulusan KDN untuk mengimpot masuk apa-apa penerbitan atau bahan cetakan daripada luar negara, namun ianya masih tertakluk kepada undang-undang sedia-ada negara. Ini yang disebut oleh Perkara 9 Resolusi 10-Perkara tersebut. Jika ianya bercanggah dengan undang-undang negara, samada mungkin mengandungi perkataan yang bercanggah dengan undang-undang negara, ponografi, hasutan dan lain-lain, ianya tidak boleh dibawa masuk.

Malahan, rekod menunjukkan sudah banyak naskhah Al-Quran yang dirampas dan dilarang dibawa masuk kedalam negara ini kerana didapati tidak bersesuaian atau menyalahi naskhah sahih Al-Quran. Tidak pernah pulak kedengaran umat Melayu-Islam berguling atas jalan, atau membuat bantahan sampai ke Bangsa-Bangsa Bersatu, atau mengheret Kerajaan ke Mahkamah.

Ringkasnya, bibel versi bahasa Melayu-Indonesia yang dirampas, ditahan atau dilarang penerbitan atau percetakan oleh pihak berkuasa bukan kerana ianya bibel per se, tetapi kerana ianya mengandungi istilah, perkataan atau kalimah yang melanggar undang-undang negara ini, iaitu penyalahgunaan kalimah Allah untuk tujuan dan kefahaman mengikut kepercayaan agama kristian - iaitu Allah itu Tuhan 3-Dalam-1, Allah Triniti, Allah-Hus-Salis!

Sebagai perbandingan, perlu diingatkan Kerajaan tidak pernah melarang pengimpotan, kemasukan, penerbitan atau percetakan bibel dalam versi bahasa Inggeris, kerana ianya (setakat ini) tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara.


RUMUSAN

Apa yang ingin saya kemukakan diatas ialah sikap hipokrit anasir extremis dan pelampau kristian dalam mengungkit Resolusi 10-Perkara apabila tiap kali isu berkaitan kalimah Allah berbangkit; dengan menuding jari kononnya Kerajaan mengkhianati resolusi tersebut.

Hakikatnya Dewan Pemuda Majlis Gereja Malaysia sendiri telah menolak resolusi tersebut!

Hakikatnya Resolusi 10-Perkara langsung tidak menyentuh tentang kalimah Allah, sebaliknya hanya menyentuh tentang persoalan pengimpotan, penerbitan dan percetakan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia;

Hakikatnya Resolusi 10-Perkara itu mensyaratkan pengimpotan, penerbitan dan percetakan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia itu mesti tertakluk kepada undang-undang negara;

Hakikatnya kristian Indonesia sendiri telah mencetak dan menerbitkan bibel baru versi bahasa Melayu-Indonesia yang menggurkan penggunaan kalimah Allah dan digantikan dengan Elohim;

Hakikatnya ada penganut kristian Malaysia sendiri menegaskan kalimah Allah bukan sebahagian daripada kepercayaan kristianiti, malah boleh diganti dengan perkataan atau kalimah lain.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membatalkan dan menarik balik Resolusi 10-Perkara ini. Ini adalah kerana ianya bukan sahaja telah ditolak oleh masyarakat kristian sendiri, malah sering diputar-belitkan dan dipergunakan untuk memberi gambaran salah dan persepsi buruk kononnya Kerajaan telah mengkhianati Resolusi 10-Perkara itu apabila kristian dilarang untuk terus menyalah-gunakan kalimah Allah dalam negara ini.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive