sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 5 July 2014

PANAS !! PAS MAHU JAWATAN MB SELANGOR ??



Pas Pusat bincang isu MB Selangor esok

Pimpinan Pas Pusat dan Selangor akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan suasana politik negeri ini, esok.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perjumpaan itu bukan khusus berkenaan kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata tetapi perkara lain juga.

“Kita mahu bincangkan perkembangan politik di Selangor dalam pelbagai sudut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad turut mengesahkan perjumpaan pada hujung minggu ini.

“Ya, ada pertemuan antara Pas Pusat dan Pas Selangor Ahad ini. Pusat hendak dengar pandangan Adun, Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas Kawasan berhubung isu Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat ketika dihubungi berkata, perjumpaan itu bertujuan mendengar cadangan dan pendapat peringkat akar umbi.

"Pas parti yang tidak membuat sesuatu keputusan terburu-buru dengan mendengar cakap sesetengah pihak sahaja dan kita akan adakan perbincangan untuk capai kata sepakat dan buat keputusan.

Ketika ditanya berkenaan kelantangan beliau sebelum ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang mahukan kedudukan Menteri Besar itu berhak diberikan kepada Pas beliau berkata, ia merupakan pendapat semata-mata.

Suhaizan juga tidak menolak sekiranya jawatan Menteri Besar itu diisi oleh PKR lagi jika ia keputusan bersama parti komponen lain dalam PR dalam masa sama tidak mahu Pas dilihat sebagai parti yang hanya mengambil peluang dalam masalah kepimpinan di negeri tersebut.

Kebelakangan ini timbul desakan segelintir ahli PKR yang mahukan Abdul Khalid berundur termasuk suara kalangan Pas sendiri.

Desakan lepas jawatan itu timbul apabila Abdul Khalid dikatakan mengetepikan pandangan Adun semasa membuat beberapa keputusan besar yang membabitkan negeri antaranya isu penstrukturan semula industri air negeri.

Pas yang memenangi majoriti 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) memberi laluan kepada PKR untuk jawatan Menteri Besar yang mana masing-masing memperolehi 14 kerusi bagi DAP dan PKR.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive