sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 6 July 2014

RESTORAN OPERASI SEBELUM JAM 3 PETANG AKAN DISITA - BADRUL HISHAM @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



Restoran atau premis makanan di Kedah yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan ini, bakal dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, undang-undang berkaitan operasi premis perniagaan pada bulan Ramadan membenarkan restoran memulakan perniagaan mulai 3 petang kecuali, restoran francais makanan segera.

Katanya bagi premis makanan lain mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan, namun Restoran Hameed di Jeti Kuah, Langkawi dibenarkan beroperasi seperti biasa atas faktor pelancongan.

"Restoran ini (Hameed) banyak melibatkan pelancong dan terletak di jeti. Para pengusaha restoran diminta tidak melanggar syarat yang diberikan. Jika ada tindakan tegas akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Santai Sahur Jom Tengok Bola di Kampung Baru Tualak di sini awal, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa terutama pejabat agama supaya memantau restoran di negeri ini agar perniaga berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan.

"Banyak tindakan perundangan yang boleh kenakan. Kena tengok aduan..kalau ada ambil tindakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta masyarakat supaya membuat laporan jika terdapat premis kediaman dijadikan lokasi operasi aktiviti perjudian haram.

"Saya rayu kepada masyarakat jika ada premis kediaman digunakan untuk perkara seperti itu, supaya beri maklumat kepada pihak berwajib. Kadang-kadang pihak berkuasa tak tahu," katanya.

Beliau juga berharap lesen hiburan tidak dikeluarkan sewenang-wenangnya kerana banyak premis hiburan dikesan mengadakan permainan simulator mesin judi haram.

"Ingin saya jelaskan lesen hiburan dikeluarkan pejabat daerah dan bukan pihak berkuasa tempatan (PBT). Isu ini (mesin judi haram) kini menjadi kerisauan masyarakat terutama di kawasan majoriti orang Islam," katanya. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...


Ada pula kapal MY LAKSAMANA CHENG HO di Langkawi! Mana kapal-kapal ISLAM/Melayu, yg. bersesuaian dgn. SEJARAH ISLAM/Melayu PUSAKA nenek moyang kita di pulau Langkawi tu?!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive