sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 4 July 2014

NAHAS KERETA PERISAI , PM UCAP TAKZIAH PADA KELUARGA PEJUANG NEGARA @NajibRazak @tunfaisal



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera yang meninggal dunia dalam insiden kereta perisai terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar, semalam.

Beliau juga mendoakan supaya anggota yang cedera dalam kejadian itu segera pulih.

"Takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam kemalangan di Kuala Kangsar, semalam," kata Najib dalam laman Twitternya hari ini.

Dalam insiden pada 6.30 petang semalam, dua anggota tentera maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik.

Sarjan Bayong anak Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy anak Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive