Makin lama makin ketara Pas dihenyak-henyak oleh DAP. Kebelakangan ini, para pemimpin DAP secara terbuka menyerang Pas pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Putrajaya.
Pada Awang, secara analoginya, bukan lagi sekadar serban dan janggut pemimpin Pas direntap bahkan kain juga cuba dilondehkan.
Inilah musim penghinaan yang paling dahsyat ke atas Pas dalam sejarah kerjasama pakatan pembangkang. Kenapa Guan Eng terus berani menekan Pas?
Jawapannya kerana beliau yakin dengan 'kesetiaan luar biasa' penasihat PKR, Anwar Ibrahim terhadap DAP selain sudah terlalu selesa dengan sokongan masyarakat Cina.
Meskipun berdepan dengan asakan berterusan DAP, Awang bersyukur kerana para pemimpin utama Pas terutama Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Dewan Ulama tidak tunduk dalam isu hudud dan kalimah Allah.
Pas sudah berani menolak Anwar dalam banyak isu kritikal berkaitan Islam. Awang yakin Pas boleh menjadi sandaran yang bermaruah.
Tinggal lagi bila parti itu mahu bersikap realistik dan tidak lagi menjadi mangsa buli, apakah mahu terus menadah najis yang dihumban oleh sekutunya atas menu tahaluf siyasi? Hakikatnya akar umbi Pas dalam diam sudah lama resah dan tidak mahu parti itu terus dimalukan lagi.
Jangan sampai kain -simbol maruah- terlondeh, baru melompat. Ketika itu, DAP pasti ketawa besar.
Petikan Rencana Bisik-Bisik Mingguan Malaysia
oleh Awang Selamat
Komen Aku : Ada Pas Kesah ??
1 comment:
Apa yg DAP x suka.... itu yg kita buat...
Post a Comment