Bagaimanapun, menurut Ketua Penolong Pengarah Perubatan Unit HIV dan AIDS di Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Hazura Mat Zubir, jumlah tersebut menurun berbanding tahun lepas yang mencatatkan bilangan 12 kes penghidap HIV yang mengamalkan gaya hidup songsang.
"Kita ada enam kes baru tahun ini. Tahun lepas ada 12 kes. Jenis hubungan adalah lelaki dengan lelaki," katanya.
Tambahnya, penghidap-penghidap HIV yang mengamalkan gaya hidup songsang itu terdiri daripada umur 20 hingga 40 tahun dan kesemuanya berbangsa Melayu.
Untuk rekod, sejumlah 179 kes penghidap HIV di Kelantan dicatatkan dari Januari hingga September lalu.
Daripada statistik keseluruhan yang bermula dari tahun 1986 hingga Disember 2013, sejumlah 11,204 orang direkodkan sebagai positif HIV manakala jumlah kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh tersebut adalah seramai 1,638 orang.
Majoriti penghidap HIV pada tahun 2013 ialah lelaki, dengan penagih dadah mencatatkan 58 peratus, diikuti dengan faktor seks (36.7 peratus) dan 2.9 peratus melalui hubungan sejenis.
Manakala HIV yang diwarisi kepada anak-anak seawal usia dua tahun hingga belasan tahun mencatatkan dua kes pada tahun ini, menurun berbanding 12 kes tahun lepas.
Sehingga kini, lebih 8,000 penghidap HIV di Kelantan masih hidup dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan rawatan yang dilakukan secara tersusun yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan dan pihak hospital.
Astro Awani
Komen Aku : KELU LIDAH
No comments:
Post a Comment