Ketua Puteri Malaysia melawat mangsa samun di Pasir Puteh yang dikelar bahagian muka.
Baru-baru ini, dua penyamun bertindak ganas menoreh muka dua mangsa kerana cuba melawan mereka dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan, Seri Aman
Penyamun bermotosikal itu memasuki rumah mangsa tanpa membuka topi keledar yang mempunyai pelindung muka gelap dan seorang daripadanya menendang pintu bilik air.
Mangsa, gadis berusia 22 tahun yang sedang mandi ditarik keluar ke ruang tamu dan ketika itu suspek menyedari ibu mangsa berusia 58 tahun sedang berehat di ruang dapur.
Suspek mengarahkan gadis itu menanggalkan cincin dipakai ibunya sebelum dia dibawa ke bilik.
Suspek mengambil telefon bimbit iPhone5 milik mangsa dan membuka seluar dipercayai cuba merogolnya tetapi memakai semula seluar apabila rakan memanggilnya keluar.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, suspek yang masuk semula ke bilik menumbuk dan menoreh muka mangsa kerana cuba melawannya.
Ketika suspek keluar dari bilik, gadis tersebut mengunci bilik dan menjerit dari tingkap meminta pertolongan.
Semoga mangsa redha dan jalani kehidupan dengan sempurna . Tabah hadapi setiap dugaan
1 comment:
air jordan
nike air max 2019
yeezy boost 350 v2
bape hoodie
balenciaga shoes
air max 95
off white jordan 1
vans outlet
cheap jordans
kd 12 shoes
Post a Comment