sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 23 December 2014

Video : Tun Mahathir Tidak Pernah Menolak Hudud




Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menolak hudud. Ustaz Mohd Kazim Elias sendiri telah mendapat kepastian mengenai tuduhan kononnya Tun M menolak hudud dengan bertanya sendiri dari empunya badan dalam pertemuan selama 3 jam di rumah beliau. Ternyata, Tun M tidak pernah tolak hudud dan ia diakui sendiri secara peribadi oleh beliau kepada Ustaz Kazim.

Dulu ada yang tuduh Tun M tolak hudud hanya dengan bersandarkan kepada kenyataan dari Youtube yang beliau sebut 'hudud tiada dalam Al-Quran'.

Memang benar istilah hudud (حدود) atau mufradnya, hadd (حد) dengan maksud hukuman atau seksaan (عقوبة) tiada dalam al-Quran.

Istilah hudud disebut dalam Al-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :

a) berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada Surah Aali-'Imran ayat 187
b) berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 229, 2 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 230 dan 2 kali pada Surah Ath-Tholaaq ayat 1.
c) berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 13
d) berkenaan perkara umum (3 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 14, Surah At-Taubah ayat 97 dan Surah At-Taubah ayat 112.
e) berkenaan adat zihar (1 kali) - pada Surah Al-Mujadalah ayat 4.

Kesemuanya berjumlah 14 kali dan dalam kesemua sebutan istilah hudud tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (hukuman atau seksaan).

Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut istilah hudud merujuk kepada hukuman kesalahan jenayah.

Admin teringat kepada kuliah syarah hadith yang diikuti admin iaitu menyentuh tentang tulisan ulama hadith terkenal, Imam Ibn Rajab Al-Hanbali RH yang menyebutkan istilah hudud dengan maksud hukuman jenayah seperti difahami hari ini hanya ada dalam hadith.

Admin harap sesiapa jangan mudah menuduh orang lain menolak hukum Allah, kerana menuduh sedemikian bermaksud mengkafirkan orang tersebut. Menolak hukum Allah adalah kafir. Menuduh orang menolak hukum Allah bermakna menuduh orang itu kafir!

Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW:

إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما
Maksudnya: "Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya (seIslam), maka sesungguhnya salah satu dari keduanya benar-benar akan kembali dengan kekafiran itu." [HR Muslim]

Bertaubatlah, jangan mudah menuduh orang kafir atau menolak hukum Allah, kelak jika tuduhan itu tidak benar, ia akan kembali kepada penuduhnya!

Sumber Kelab Che Det 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive