sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 22 May 2012

PART 1 : PUBLIC BANK ISU DEDAH PERIBADI PENGGUNA??

PART 1 : PUBLIC BANK DEDAH RAHSIA PERIBADI?? 








Kebelakangan ini seakan sudah menjadi trend dikalangan kakitangan syarikat dan agensi tertentu yang menjadi ‘barua’ dengan menyalurkan maklumat sulit berhubung maklumat sulit akaun pelanggan mereka kepada parti pembangkang, khususnya PKR untuk kepentingan politik parti tersebut.


Sulit tidak bermaksud ada penyelewengan atau seumpamanya tapi lebih kepada memelihara imej dan kepentingan perniagaan pelanggan tersebut yang mungkin terjejas jika maklumat tertentu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya.


Lebih tepat lagi memelihara etika dan profesional kerja ke atas maklumat sulit pelanggan, dan soal ini bukan setakat dilaksanakan di Malaysia malah di serata bank di dunia.


Sebelum ini sudah ada kes, kakitangan sebuah hotel di Putrajaya yang mendedahkan dokumen dalaman hotel yang menunjukkan anggaran perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, sehingga dijadikan isu oleh PKR kononnya Perdana Menteri menggunakan wang rakyat, sedangkan sebenarnya tuduhan itu tidak benar sama sekali dan telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.


Terbaru, sebuah bank terkenal, Public Bank pula terjerat dalam modus operandi yang sama apabila seorang keraninya (kini bekas kerani), Johari Sulaiman diperalatkan oleh PKR untuk mendedahkan butiran akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan hakikatnya perbuatan itu adalah menyalahi etika perbankkan disamping Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).


Siapa Johari Sulaiman, latar belakang dan peranannya dalam mendedahkan maklumat sulit akaun pelanggan (dalam hal ini NFC), masih menjadi tanda tanya banyak pihak.


Kalau tidak kena dengan gaya, akan ada lebih ramai pelanggan yang menutup akaun di Public Bank, jika Public Bank tidak tampil menjelaskan keadaan sebenar.


Benarlah kita ada sedikit maklumat mengenai Johari Sulaiman yang didedahkan Rafizi dalam sidang medianya Jumaat lepas, tapi kita tahu semua itu hanya untuk tujuan gimik politik dan tidak boleh dipakai.


Yang penting ialah untuk Public Bank sendiri tampil membuat kenyataan rasmi mengenai Johari Sulaiman, lebih-lebih lagi setelah Johari menuduh dia ditekan pihak bank dan Bank Negara sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya berhubung dengan isu ini.


Disamping itu Public Bank perlu mendedahkan penemuan dalam siasatan dalaman (Domestic Inquiry) yang dikatakan telah dijalankan ke atas Johari Sulaiman sebelum perletakkan jawatannya.


Aku tidak yakin Johari Sulaiman berseorangan dalam hal ini !


Pihak bank sudah tentu menghadkan akses kepada maklumat pelanggan untuk setiap kakitangannya.


Seorang kerani biasa seperti Johari Sulaiman tidak mungkin mempunyai akses kepada segala-galanya, dan aku sangat yakin dia dibantu dan semua inilah yang perlu dijelaskan oleh Public Bank.


Para pendeposit Public Bank, terutamanya dari sektor korporat perlu tahu hal ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu maklumat perbankan syarikat mereka, menjadi bahan untuk ‘dijual’ oleh kakitangan bank tersebut kepada siapa yang berminat.


Hari ini kepada PKR, besok-besok mungkin kepada saingan perniagaan yang lain pula, asal kena dengan harganya.


Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga perlu masuk campur dan meneliti kelainan (anamoli) dalam urusan kewangan Johari Sulaiman.


Dari air mukanya, aku tidak nampak dimana letaknya ‘kejujuran’ Johari Sulaiman, jika benar dia melanggar etika kerjanya sendiri untuk kepentingan umum (kononnya).


Yang aku nampak, ada agenda tersembunyi dan habuan tertentu yang menyebabkan Johari Sulaiman sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menjadi barua kepada PKR dengan menyampaikan semua maklumat sulit tersebut.


Habuan inilah yang perlu disiasat oleh SPRM, Bank Negara dan sesiapa juga yang terbabit.


Jika tidak, masakan Johari sanggup menjadi kambing hitam dan sanggup kehilangan mata pencarian.


Aku tidak yakin kalau ada mana-mana syarikat kewangan dan perbankan yang akan ambil bekerja pekerja seperti Johari yang tidak amanah ini.


Aku nak lihat Public Bank menyaman Johari Sulaiman dan PKR kerana mendedahkan dan menggunakan maklumat sulit pelanggan bank tersebut untuk kepentingan politik sempit mereka.


Biar ini menjadi pengajaran kepada mana-mana kakitangan bank di luar sana yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah Johari Sulaiman.


SUMBER : KLIK SINI


Pssssttttt : PART II : AGENDA PUBLIC BANK PADA BANGSA MELAYU?? PANAS BEB!!!! SIAPA SEBENARNYA PUBLIC BANK?? NANTIKAN DORANG BAWA KELUAR!!!!!!

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive