sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 23 April 2013

VIDEO PANAS !!! GURU-GURU AMBIL PERHATIAN !!! HAMPA LULUS 2A SAJA DALAM SPM !! TENGOK PAKAR DAP KATA APA #PRU13 #GE13


PETALING JAYA, 5 APR: DAP mahu Pakatan Rakyat terus memberi fokus kepada pelaksanaan dasar pendidikan negara walaupun kini semua pihak rancak membuat spekulasi siapa yang akan dipilih menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pakar Strategi Pilihan Raya DAP, DR  Ong Kian Ming, berkata penekanan khusus terhadap dasar pendidikan negara yang diketengahkan PR tepat pada masanya kerana Malaysia bakal menghadapi krisis intelektual yang parah jika ia tidak ditangani segera. ( VIDEO PANGGIL SAYA DR DISINI )

“Kita mahu sistem yang membentuk insan dan bukan sekadar berorientasikan peperiksaan,” ujarnya pada majlis ramah mesra di sini.

Katanya, apa yang mengejutkan, selain sistem negara ini yang berorientasikan peperikssaan, kerajaan PR juga perlu memberi perhatian serius terhadap pengambilan guru yang mengajar di sekolah seluruh negara.

“Kalau lihat statistik Kementerian Pelajaran sendiri, 93 peratus dari pengambilan guru pada 2010 mendapati kosong hingga dua A sahaja dalam SPM.

Daripada 120,000 pemohon, hanya 6,000 yang terpilih tetapi mereka yang terpilih, 70 peratus daripadanya hanya mendapat maksimum 2A dalam SPM. Ini merupakan masalah kualiti yang serius kerana merekalah yang bakal mendidik anak anda,” jelas beliau.

Merungkai masalah yang berlaku, Kian Ming berpendapat, antara masalah yang menjadi punca kepada ‘ketandusan’ calon guru yang layak antara lain disebabkan sistem kurikulum dan kawalan menyeluruh kementerian terbabit terhadap hampir semua urusan sekolah.

“Saya rasa kita perlukan satu sistem pengurusan sekolah yang mandiri termasuklah pengambilan guru.

“Bagi meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak kita, kurikulum setiap sekolah juga boleh di disentralisasikan, dipisahkan mengikut negeri untuk mengembangkan lagi kreativiti dan kepelbagaian. Misalnya, jika negeri Kelantan mahu mengajar mata pelajaran sejarah khusus negeri itu, kenapa tidak?” soal beliau.

Selain isu pendidikan di sekolah, Dr Ong Kian Ming turut bersetuju dan menggesa agar universiti dalam negara ini dibebaskan daripada cengkaman kuasa kementerian yang memungkinkan berlakunya pilih kasih dan salah guna kuasa dalam pemilihan Naib Canselor.

“Ini perlu diputuskan pihak lembaga pengurusan universiti sendiri. Jika tidak, Naib Canselor boleh menjadi ‘lantikan politik’ dan kemungkinan mereka akan banyak menghabiskan masa mengikut telunjuk menteri dari memberi fokus kepada kerja penyelidikan dan pendidikan,” katanya.-Roketkini.com

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive