sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 23 April 2013

PRU13 : BN YAKIN PERTAHAN SABAH !! ANWAR MULA GELABAH !!! AWAT BANG NUAR ?? #BNBaru #Transformasi #ManifestoBN #BetterNation #GE13 #PRU13 #Vote4BN



Lawatan kedua PM dalam tempoh 2 minggu ke Sabah beri isyarat yang Barisan Nasional tekad mempertahankan Sabah.

"Kami telah tunaikan. Lebih banyak lagi akan dilaksanakan" tema Manifesto tambahan BN Sabah yang gariskan 16 komponen penting.

BN akan teruskan bayaran tunai khas & pemberian dana untuk perbelanjaan operasi. dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas Sabah/Sarawak.
Masa Depan Sabah Dan Sarawak akan lebih berkembang dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.
Parti Tempatan tolak Pakatan Rakyat di Sabah oleh kerana gagal dapat persetujuan di dalam pembahagian kerusi. - LAGI BOLEH BACA DISINI 

KOTA KINABALU 22 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini melancarkan Manifesto Tambahan BN Negeri di pejabat perhubungan UMNO negeri.

Manifesto bertemakan, "Kami telah tunaikan. Lebih banyak lagi akan dilaksanakan" mengandungi 16 komponen utama.

Berikut ialah komponen tersebut:

1. Menangani pendatang haram

2. Ordinan tanah - memelihara dan memperkenalkan ordinan tanah yang relevan bagi menyelesaikan pertikaian tanah melibatkan Hak Anak Negeri.

3. Keamanan dan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom)

4. Peluang saksama dalam perkhidmatan negeri

5. Industri minyak dan gas - meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas Sabah.

6. Perjanjian 20 Perkara - akan terus mendokong, memaju dan memelihara semangat perjanjian itu

7. Pembasmian kemiskinan - mengurangkan tahap kemiskinan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun.

8. Memelihara alam sekitar

9. Membanteras rasuah

10. Perundingan dengan masyarakat dalam pembuatan dasar

11. Sasaran terhadap pembangunan belia dan sukan

12. Memperkasakan wanita dan memastikan kesaksamaan gender

13. Meningkatkan pembangunan modal insan

14. Penyertaan dalam ekonomi moden - mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk memenuhi tuntutan ekonomi moden dan yang berasaskan industri.

15. Merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar

16. Keberkesanan badan-badan negeri - mengelakkan pembaziran yang tidak munasabah dan memperbaiki kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian awam.

- UTUSAN ONLINE

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive