sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 26 August 2014

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : 2 SLOT PROGRAM BARU BUAT JEMAAH HAJI 1435H



Laporan Haji 1435H
25 ogos 2014
Madinah

LAWATAN KE MASJID JUMUAH DAN IJABAH SLOT BARU PROGRAM BUAT JEMAAH HAJI 1435H

Semasa sidang media di Madinah semalam , Pengurus Ibadat Tabung Haji Madinah , Haji Mohd Razali Zakaria menerangkan bahawa Tabung Haji telah menambah dua program baharu iaitu lawatan ke Masjid Ijabah dan Masjid Jumuah akan mengisi slot ziarah para jemaah haji Malaysia di Madinah dalam musim haji tahun ini.

"Dua program ziarah ini merupakan nilai tambah kepada program ziarah sedia ada di Madinah seperti ziarah ke Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Bukit Uhud, ziarah ke Masjid Quba' (masjid pertama dibina dalam sejarah Islam), Masjid Qiblatain (masjid di mana Nabi mendapat wahyu semasa solat supaya memindahkan kiblat pertama umat Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Mekah) dan Masjid Tujuh (tujuh masjid yang dibina semasa Perang Khandaq) serta ke ladang kurma,"

Saya selitkan sedikit sejarah mengenai dua Masjid ini ;



Masjid Ijabah merupakan masjid di mana Nabi Muhammad SAW berdoa kepada Allah mengenai tiga perkara iaitu memohon supaya umat Islam tidak mati kelaparan, dihindari dari dibinasakan banjir dan menghapuskan perselisihan antara umat.

Namun hanya doa ketiga sahaja tidak dimakbulkan.

Masjid Jumuah pula kerana mengambil berkat susulan masjid itu menjadi tempat Rasulullah mengimamkan solat Jumaat yang pertama bagi umat Islam. Pastinya tahun ini satu pengalaman baru bakal di hidangkan buat santapan kenangan setiap jemaah haji dari Malaysia .


Admin MMFC
Madinah 1435H
25 Ogos 2014

#MMFC #KedahSerataRata #KedahKeMekah #Haji1435H


2 comments:

Anonymous said...

Harapnya dua program baharu yg- MULIA ini oleh Tabung Haji, iaitu lawatan ke Masjid Ijabah dan Masjid Jumuah akan dibuat SETIAP tahun dan disiarkan di TV.

Bahkan drama-drama bersejarah ISLAM dan zaman Rasulullah SAW dibuat banyak lagi - dlm. bahasa Arab; dan drama/filem Arab serta dari OIC, yg. bercorak ISLAM perlu dipertingkatkan di TV kita; dgn. alih bahasa Malaysia dan Inggeris sekali. Ini juga akan mendidik yg. Bukan Islam termasuk warga asing, utk. lebih meghormati ISLAM/umatnya termasuk bangsa Arab, yg. sering diperlekehkan si Barat-ZIONIS.

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Harapnya dua program baharu yg- MULIA ini oleh Tabung Haji, iaitu lawatan ke Masjid Ijabah dan Masjid Jumuah akan dibuat SETIAP tahun dan disiarkan di TV.

Bahkan drama-drama bersejarah ISLAM dan zaman Rasulullah SAW dibuat banyak lagi - dlm. bahasa Arab; dan drama/filem Arab serta dari OIC, yg. bercorak ISLAM perlu dipertingkatkan di TV kita; dgn. sarikata bahasa Melayu dan Inggeris sekali. Ini juga akan mendidik yg. Bukan Islam termasuk warga asing, utk. lebih meghormati ISLAM/umatnya termasuk bangsa Arab, yg. sering diperlekehkan si Barat-ZIONIS.

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive