sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HAJI 2014. Show all posts
Showing posts with label HAJI 2014. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI LAKSANA BADAL HAJI BUAT 10 ORANG ANAK KAPAL MH17 YANG TERKORBAN



Tabung Haji hari ini mengumumkan akan melaksanakan badal haji bagi musim haji ini untuk 25 orang termasuk 10 anak kapal MH17 yang terkorban dalam tragedi 17 Julai lalu serta lapan remaja yang mati lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, Segamat beberapa bulan lalu, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tabung Haji dalam kenyataan medianya berkata , mereka amat prihatin dan melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat apatah lagi petugas Malaysia Airlines System (MAS) telah dianggap sebagai keluarga Tabung Haji sendiri, dimana Tabung Haji dan MAS berkerjasama setiap tahun mengendalikan Jemaah Haji Malaysia melalui pesawat MAS . 



Berikut adalah senarai anak kapal MH17 ( Beragama Islam) 

Tuesday, 30 September 2014

#HAJI1435H : SEKALIPUN DGN AMBULANS , SEMUA JEMAAH HAJI AKAN DI PASTIKAN BERWUKUF DI ARAFAH



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya turut menerima khabar gembira apabila empat daripada lapan jemaah Malaysia yang terlantar atau dirawat di pusat rawatan rapi (ICU) di hospital Arab Saudi, telah dibenarkan keluar semalam.

insya-Allah kita (Tabung Haji) akan berusaha membawa mereka semua (empat orang yang masih dirawat) ke Arafah melainkan tidak dibenarkan hospital Arab Saudi.

"Sekalipun terpaksa membawa mereka dalam ambulans sebab kita faham 'haji adalah Arafah'," kata beliau selepas melawat pusat penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Rehab Al-Janadiriyyah

Turut serta isterinya, Datin Seri Fatmawati Saidin; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Berwukuf bermaksud seseorang jemaah itu wajib berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula daripada gelincir matahari hari 9 Zulhijjah (3 Oktober ini) sehingga seketika sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.



Sunday, 28 September 2014

#HAJI1435H : JEMAAH TIDAK DI JANGKITI EBOLA DAN MERS-coV - @dsjamilkhir @azeezputera



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ramai daripada kalangan jemaah haji Malaysia yang telah tiba untuk Musim 1435H ini menghadapi masalah kesihatan.

Malah, kata beliau, jika tiada halangan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Tabung Haji akan berusaha membawa lapan pesakit jemaah Malaysia yang masih terlantar di hospital negara ini untuk dibawa berwukuf di Arafah.

"Bilangan pesakit (jemaah Malaysia) di hospital Arab Saudi ini agak rendah berbanding pada pengalaman kita dulu. Mungkin kerana jemaah Malaysia memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan.

"Dan kerajaan Arab Saudi sendiri pun memantau perkembangan penyakit Ebola dan MERS-coV yang sedikit mengganggu persiapan (haji). Bukan setakat jemaah haji Malaysia sahaja, jemaah negara-negara lain pun tidak kedengaran berita dijangkiti penyakit ini," 

Jamil Khir turut menjelaskan bahawa dua jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia tiga hari lalu adalah dua orang wanita yang masing-masing berumur 52 dan 62 tahun.

"Ini bagi menjawab kebimbangan keluarga lain di tanah air yang menyangka mereka adalah jemaah yang telah berumur. Setakat ini empat jemaah Malaysia meninggal dunia dan Tabung Haji akan membuat badal haji untuk mereka," kata beliau.


Saturday, 27 September 2014

#HAJI1435H : DUA ORANG LAGI JEMAAH MALAYSIA MENINGGAL DI MEKAH



Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi jangkitan paru-paru.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, yang tidak mendedahkan identiti kedua-dua jemaah itu hanya berkata mereka merupakan jemaah wanita dan meninggal dunia minggu ini.

Dengan kematian terbaru itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini hanya empat orang, katanya kepada media Malaysia selepas meninjau persiapan tapak dan khemah untuk jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina petang Khamis.

Beliau juga turut menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di tapak perkhemahan Malaysia di Arafah.

Pada minggu lepas, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung.

Jemaah pertama dari Johor Baharu meninggal dunia pada 9 Sept, dan jemaah kedua yang berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia pada 16 Sept.

Friday, 26 September 2014

#HAJI1435H : HARI WUKUF JATUH PADA JUMAAT 3 OKTOBER DAN KEISTIMEWAAN 'HAJI AKBAR'






Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober iaitu pada hari Jumaat dan Aidiladha disambut hari berikutnya, demikian menurut pengumuman Mahkamah Agung Arab Saudi, di sini.

Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.


Keistimewaan Haji Akbar 

Ulama mempunyai pendapat berbeza mengenai Haji Akbar. Ada yang mengatakan ia adalah hari wukuf kerana ia rukun terpenting dalam ibadat haji. Ada yang mengatakan hari ke-10 Zulhijjah kerana semua asas penting dalam haji sudah diselesaikan.

Imam Hasan Al-Basri ketika ditanya mengenai Haji Akbar menjawab: “Apa yang perlu ditanyakan lagi kerana hal ini berlaku pada tahun Abu Bakar dilantik Rasul SAW mengetuai rombongan menunaikan haji pada tahun ke-9 hijrah. Jawapan ini juga sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 3 bermaksud: “Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin”.

#HAJI1435H : PETUGAS-PETUGAS HAJI TERUS BERSEMANGAT URUS JEMAAH HAJI



Untuk pengatahuan setakat 25 September 2014 , Jumlah keseluruhan jemaah Haji Malaysia yang telah sampai di Tanah Suci adalah berjumlah 20,957 orang Jemaah.

KT 60 yang berlepas dari Kuala Lumpur Ke Jeddah membawa 448 orang jemaah telah selamat tiba pada jam 5.30 pagi . esok 27 September adalah kapal terakhir yang akan sampai membawa Jemaah Malaysia , di khabarkan Timbalan Perdana Menteri juga akan tiba di sini

Semalam satu majlis perjumpaan Ketua Rombongan Haji (KRH) bersama petugas-petugas haji di Mekah , kata-kata semangat di lontarkan kepada Petugas-petugas dan aku janji untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada Jemaah Haji .

Semoga pengorbanan Petugas-petugas haji mendapat ganjaran pahala dan rahmat dari Allah SWT .

Admin MMFC

Mekah

Saturday, 20 September 2014

#HAJI1435H : SUDAH 17,710 ORANG JEMAAH HAJI MALAYSIA SUDAH BERADA DI KOTA MEKAH



Laporan Haji 1435 H
20 September 2014

Assalamualaikum Fan , umtuk makluman setakat 20 September 2014 ,jumlah Jemaah Haji Malaysia yang sudah tiba di Mekah adalah berjumlah 17,710 orang Jemaah .

Pada hari ini hanya 1 KT sahaja yang tiba dari Kuala Lumpur Ke ke Jeddah iaitu KT 52 yang membawa 279 orang jemaah.

Kesemua Jemaah Haji Malaysia yang berada di Madinah juga telah tiba di Mekah , baki 4,610 orang Jemaah Haji yang masih di Malaysia akan tiba ke Mekah keseluruhanya pada 27 September 2014 nanti .

Admin MMFC
Mekah Al Mukarramah 


*anda juga boleh ikuti laporan harian di page rasmi Mukhriz Mahathir FC


#HAJI1435H : AIR MATA SEORANG MUALAF DI TANAH SUCI




Pertama kali bertemu dengan En. Iswardy Tan Abdullah ,59 tahun hati Admin begitu sentuh dengan kesungguhan dan dalam fikiran admin insan ini punya pengalaman dan ujian yang besar apabila memeluk agama Islam. 

Tujuh tahun lepas peluang terbuka untuk mualaf berhati mulia ini ke Tanah Suci, namun memikirkan ibunya yang sedang sakit peluang itu perlu diketepikan.


Walaupun hatinya meronta-ronta untuk ke Tanah Suci, Iswardy Tan Abdullah, 59, sanggup menyimpan niatnya itu demi menjaga ibunya yang tercinta .  

Ibunya, penganut agama Buddha, merupakan orang pertama yang dimaklumkannya mengenai keinginannya untuk memeluk Islam ketika usianya 30 tahun.

Ibu telah memberi restunya tanpa banyak soal, Dalam jawapan kepada anaknya, wanita mulia itu berkata, "As long as you are happy with what you are doing, do it. I have no objection." (Asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan, lakukanlah. Ibu tidak membangkang).

Jauh dilubuk hatinya mengharap ibunya juga masuk Islam , namun hakikatnya Allah lebih mengetahui .Ibunya meninggal dunia pada 2012, dan Iswardy terus berdoa moga beliau dijemput menjadi Tetamu Allah untuk mengerjakan haji, rukun Islam kelima.

Iswardy berkata pertama kali menjejakkan kakinya di Masjidilharam dan menghadap Ka'abah, air matanya berlinangan dan dapat merasakan dirinya begitu kerdil sekali.

Kali ini, pada kedatangan untuk mengerjakan haji, perasaan yang sama menusuk hatinya.

"Tetapi kali ini bezanya ialah kehadiran lautan manusia dari seluruh pelusuk dunia.

"Kami tidak mengenali satu sama lain tetapi datang bersama dalam satu perpaduan kerana Allah. Kami melakukan perkara yang sama (dalam solat). Sekalipun kami tidak bertutur bahasa yang sama, kami berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Perasaan yang cukup menenangkan," katanya.

Iswardy berharap bila beliau pulang ke Malaysia beliau akan menjadi Muslim yang lebih baik.

#HAJI1435H : SULTAN MIZAN UCAP TERIMA KASIH PADA TABUNG HAJI


Semasa majlis penyempurnaan pelepasan 279 jemaah haji ke tanah Suci di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) petang semalam , Sultan Mizan mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji (TH) kerana terus membantu dengan memberi tanggungan kos menunaikan fardu haji yang membolehkan bayaran menunai rukun Islam kelima itu pada kadar RM9,980 seorang walaupun kadar sebenar sebanyak RM16,155.

Baginda bertitah usaha menambah baik kualiti perkhidmatan TH harus diberi pujian sehingga ia menjadi agensi contoh terbaik kepada negara Islam lain di seluruh dunia.

Baginda bertitah jemaah haji Malaysia dikenali sebagai antara jemaah yang berdisiplin dan bersopan santun.

"Ini terbukti apabila negara Arab Saudi sering memuji jemaah negara ini sebagai jemaah haji yang mempunyai akhlak terpuji serta bersopan santun.

"Beta tidak mahu bakal haji negara ini terpengaruh dan terikut-ikut dengan pergolakan yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Ikutlah peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi," titah baginda.
Tahun ini, seramai 1,674 bakal haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang berlepas melalui LTSM melibatkan lima penerbangan bermula 8 Sept hingga 18 Sept.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin  bertitah meminta jemaah yang bakal menunaikan haji musim ini supaya berdisiplin dan menjaga nama baik Malaysia semasa berada di Tanah Suci.






#HAJI1435H : DUA JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA DI SEBABKAN SAKIT JANTUNG BUKAN VIRUS KORONA



Dua Jemaah Haji Meninggal Dunia Disebabkan Sakit Jantung

Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jantung dan bukannya kerana penyakit berjangkit lain seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan punca kematian dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pra Pelancaran Taman Permai Utama, di sini pada Jumaat.

Katanya jemaah pertama yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi 9 Sept lepas adalah dari Johor Baharu dan jemaah kedua berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang, 16 Sept lalu.

Beliau berkata pihaknya akan memantau tahap kesihatan setiap jemaah haji negara ini bagi memastikan mereka tidak dijangkiti MERS-Cov atau virus Ebola.

"Kita telah buat persiapan dengan baik sebelum jemaah pertama tiba di tanah suci dan akan memberi rawatan terbaik sekiranya mereka mengidap penyakit sepanjang mengerjakan haji," katanya.

Thursday, 18 September 2014

#HAJI1435 : LAWATAN TH KE KAWASAN PENEMPATAN HAJI MALAYSIA DI ARAFAH , MUZALIFAH DAN MINA


Semalam , satu lawatan awal ke Kawasan penempatan jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina dan ianya hampir sama dengan lokasi penempatan pada musim haji tahun lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) baru saja menerima pelan tapak untuk jemaah haji Malaysia di ketiga-tiga lokasi berkenaan daripada Muassasah Asia Tenggara.

"Selalunya persiapan untuk jemaah haji akan siap dalam masa dua atau tiga hari sebelum jemaah haji bergerak dari Makkah ke Arafah (sehari sebelum Wukuf pada 8 Zulhijjah, yang dijangka bersamaan 2 Okt)," katanya.

Syed Saleh berkata tinjauan awal dilakukan bagi memastikan kawasan yang diperuntukkan untuk pelbagai perkhidmatan haji termasuk bilik operasi haji, kawasan media, warga emas, dapur dan klinik perubatan, dikenal pasti.

Menurut Syed Saleh, di Arafah khemah penginapan hanya dilengkapi dengan kipas kerana jemaah akan hanya tinggal semalaman sementara di Mina, khemah akan dilengkapi dengan pendingin hawa.

Beliau berkata sebanyak 22,320 jemaah haji Malaysia dijangka mula bergerak dalam tiga peringkat iaitu selepas solat Zuhur, Asar dan Maghrib ke Arafah yang terletak kira-kira 22km dari Masjidilharam.

Tuesday, 16 September 2014

#HAJI1435H : DOA UNTUK HARI MALAYSIA DARI TANAH SUCI MEKAH




MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI MALAYSIA 2014 OLEH PETUGAS DAN JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI

15 SEPTEMBER 2014

Selepas solat maghrib malam tadi hampir semua penempatan jemaah haji Malaysia telah mengadakan majlis Bacaan Yassin dan doa selamat sempena Hari Malaysia 2014 pada 16 September setiap tahun .

Di Hotel Janadiriyah Mekah , petugas dan jemaah haji mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat di surau bahagian R dan P , lebih 300 orang terlibat dalam majlis ini .

Walaupun jauh beribu batu dari tanah air tapi semangat cinta dan sayangkan negara jelas kelihatan di setiap riak wajah petugas dan jemaah haji yang hadir .

Kami di tanah suci mengucapkan selamat Hari Malaysia yang ke 51 tahun buat negara Malaysia tercinta .

Admin MMFC
Mekah Al Mukarramah

Monday, 15 September 2014

#HAJI1435H : LAPOR JIKA KHIDMAT SYARIKAT SWASTA TIDAK MEMUASKAN



Jemaah haji yang tidak berpuashati dengan syarikat swasta yang mengendalikan perkhidmatan ibadah haji mereka perlu membuat laporan kepada Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji TH, Mat Admara Alang Azizdin berkata ia bertujuan bagi memastikan badan itu dapat menjalankan siasatan serta merta ke atas aduan dan mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

"TH memang serius (dalam menangani isu syarikat swasta yang melanggar terma dan syarat perjanjian)," katanya kepada media Malaysia di Makkah, Ahad.

Mat Admara berkata enam tahun lepas sebanyak 30 syarikat swasta diberikan lesen untuk mengendalikan jemaah haji, tetapi tahun ini hanya 18 syarikat sahaja yang mengendalikan kira-kira 3,000 jemaah haji.

Tahun lepas 19 syarikat telah diberikan lesen, dan tahun ini salah satu daripada syarikat itu telah gagal dalam laporan penyata kewangan yang dikemukakannya kepada TH, katanya.

Mat Admara berkata TH sentiasa memantau pakej haji swasta bagi memastikan jemaah haji mendapat apa yang dijanjikan, termasuk mengukur jarak hotel dengan Masjidilharam seperti yang diiklankan oleh syarikat swasta.

Beliau berkata jemaah haji dan juga mereka yang ingin melakukan ibadah umrah dengan syarikat swasta perlu memastikan syarikat yang mereka pilih telah mendapat lesen daripada TH, kerana syarikat-syarikat ini telah disaring oleh TH.

#HAJI1435H : TOK BATIN ORANG ASLI LAHIR RASA SYUKUR DAPAT MENUNAIKAN HAJI




Abdul Rani Abdullah, 54, yang merupakan Tok Batin di perkampungan Orang Asli Kg Meranti, Nenasi, Pekan, Pahang hanya dapat melahirkan rasa "Alhamdullillah" kerana dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.

Bapa kepada 10 orang anak yang berumur antara enam tahun hingga 40 tahun, berkata walaupun rombongan jemaah haji Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai pelusuk tanah air, tetapi di sini mereka dapat bergaul dengan mesra.

Abdul Rani, dari suku kaum Jakun, berkata walaupun di Malaysia merasakan ada perbezaan tetapi di sini tidak ada, apatah lagi duduk, tidur dan makan sekali.

Beliau yang bekerja kampung dan menjadi Tok Batin sejak 20 tahun lepas, berasa syukur kerana akhirnya dapat mengerjakan ibadah haji.

Sebelum ini beliau pernah ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengerjakan ibadah haji tetapi pada masa itu keadaan tidak mengizinkannya untuk menerima tawaran itu.

Abdul Rani berkata apabila tawaran kedua diterimanya, beliau terus menerimanya tanpa berfikir dua kali.

#HAJI1435H : BINA ANAK TANGGA KONKRIT KE JABAL TSUR



Ramai jemaah dari beberapa negara yang tiba di kaki Jabal Tsur semalam hanya mampu memandang dari jauh puncak yang menempatkan sebuah gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW daripada buruan kaum kafir Quraisy yang mahu menghalang niat hijrah baginda ke Madinah.

Sebilangan mereka, dari Bangladesh, Indonesia, Thailand, India serta Turki kelihatan agak hampa dan mengharapkan pihak berkuasa Arab Saudi berbuat sesuatu.

Antara cadangan mereka adalah membina anak tangga konkrit untuk ke puncak bukit setinggi 1,405 meter itu.

"Saya sendiri nak naik ke atas sana dengan isteri. Tetapi langkah terhenti apabila melihat longgokan ketulan batu-batu besar dan anak-anak tangga batu yang tidak seragam saiznya.

"Apabila saya tanyakan kepada beberapa orang yang baru turun tadi, mereka nasihatkan kepada saya dan isteri kalau hati cekal, boleh naik," kata seorang jemaah Indonesia yang enggan namanya dikenali kepada Utusan Malaysia.

Untuk mendaki Jabal Tsur, waktu paling sesuai berada di kaki bukit adalah kira-kira 2.30 pagi dan memerlukan antara satu hingga dua jam untuk tiba di puncak, sebelum turun menjelang tengah hari.

Sunday, 14 September 2014

#HAJI1435H : ARAB SAUDI LAKSANA PELAN KESELAMATAN HAJI


Menteri Dalam Negeri dan Ketua Majlis Tertinggi Haji, Putera Mohammed bin Naif telah meluluskan pelan kecemasan dan keselamatan yang akan dilaksanakan semasa musim haji ini.

Laman web arabnews.com memetik Pengarah Pertahanan Awam, Mejar Jeneral Suleiman bin Abdullah Al-Amro sebagai berkata, kelulusan tersebut adalah lanjutan daripada usaha Menteri Dalam Negeri yang membuat susulan ke atas semua perkara berkaitan dengan keselamatan jemaah haji.

Pelan keselamatan itu akan menjadi pelengkap kepada usaha Pertahanan Awam untuk menjalankan tugas-tugasnya dalam menghadapi sebarang ancaman ketika musim haji ini.

Menurut Suleiman, rancangan itu bagi menampung keperluan ketika kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di Mekah dan Madinah termasuk pembesaran ruang bawah masjid Masjidilharam di Mekah.

Katanya, pelan itu disediakan berdasarkan pengalaman musim haji sebelum ini.

Saturday, 13 September 2014

#HAJI1435H : USTAZ MOHAMAD NURUL HARUMKAN NAMA NEGARA DI MEKAH (MASJIDIL HARAM)


Seketika dapat bersua dan beramah mesra bersama rakyat Malaysia yang menetap di Mekah , banyak cerita yang di kongsikan kepada kami baik dari pekerjaan , suasana di Mekah ,  makanan dan pengalaman mereka.


Admin dapat berkenalan dengan sorang pentejemah khutbah rakyat Malaysia di Masjidil Haram iaitu Ustaz Muhamad Nurul  , rasa bangga dengan anak muda ini , Setiap Jumaat, jemaah Asia Tenggara yang memahami Bahasa Melayu pasti mendengar suara rakyat Malaysia Ustaz Mohamad Nurul Hafiz menterjemah khutbah secara kata demi kata ke dalam bhasa itu di Masjidilharam di sini.

Terjemahan khutbah oleh Ustaz Mohamad Nurul, 30, pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura, disiarkan dengan frekuensi FM dan boleh didengar di kawasan berhampiran pintu Raja Fahd menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata khutbah yang diterjemahkannya boleh diikuti jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand dan Filipina.

Mohamad Nurul, yang memulakan tanggungjawabnya sebagai penterjemah khutbah Masjidilharam sejak 7 Jun lepas, berkata beliau amat terharu apabila dipilih untuk mengendalikan penterjemahan khutbah dalam bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu.

"Ini satu penghargaan kepada saya kerana (pihak Masjidilharam) membuka mimbar masjid kepada orang Malaysia untuk menterjemahkan khutbah secara langsung dalam bahasa Melayu," katanya 


Friday, 12 September 2014

#HAJI1435H : KHUTBAH JUMAAT YANG MENGUSIK JIWA DI MASJIDIL HARAM



Khutbah Jumaat hari ini
Masjidil Haram Mekah
12 September 2014

Khatib memberitahu, Pada hari ini Masjidilharam dan Mekah menerima tetamu Allah iaitu para jemaah haji untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Khatib menceritakan tempat-tempat yang dikunjungi oleh semua para jemaah haji. Masjid Nabawi, Masjid Quba dan semua tempat di Madinah. Selain daripada itu tempat di Mekah seperti Masyair Haram.

Khatib membacakan khutbah terakhir Rasulullah sewaktu Rasulullah menghembuskan nafas terakhir dalam Haji Wada'.

Firman Allah, Hari ini aku sempurnakan agama kamu, aku cukupkan kamu segala nikmat, dan aku redha Islam jadi agama kamu. (Surah Al Anaam ayat 3)

Ini adalah ayat-ayat yang terakhir turun kepada Nabi Muhammad sebelum baginda wafat.

Hadith Nabi

Siapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan segala perbuatan yang boleh menyebabkan dosa padanya maka dia diampunkan Allah sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya

Banyak ayat Quran cerita tentang kelebihan Mekah dan tempat-tempatnya.

Justeru, lihatlah Mekah sebagai bandar yang suci dan diharamkan Allah daripada segala dosa manusia.

#HAJI2014 : BILA SAYA TENGOK MUKA DI CERMIN , SAYA TAHU SAYA BUKAN ORANG ARAB





Beza haji dulu dan sekarang

SEMASA Kota Mekah dilanda banjir pada tahun 1965, Ahmad Kamil Abdul Rahman yang waktu itu berusia 14 tahun tinggal dengan keluarganya, jarak rumah mereka hanya kira-kira 30 meter dari Kaabah.

Kaabah sendiri banjir. Selepas pintu Babussalam - pintu afdal untuk masuk ke Masjidil Haram yang pada musim haji 1435H ini ditutup kerana kerja-kerja pembesaran masjid - hingga ke lapangan Saie, air naik ke paras leher. Hampir 20 hari umat Islam tidak dapat solat di sekeliling Baitullah.

Setelah 54 tahun berlalu, Ahmad Kamil, anak jati Tanah Liat, Bukit Mertajam ini mengimbau kisah yang membawanya menjadi pemastautin tetap di kota suci Al-Mukaramah hingga ke hari ini.

"Rumah nenek betul-betul di Babussalam, yang sekarang menjadi lapangan Saie (tempat Siti Hajar berlari-lari anak naik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah mencari air untuk anaknya, (Nabi) Ismail yang kehausan.

"Nenek moyang saya sudah berada di Mekah ini sejak 200 tahun lalu semasa rantau Arab di bawah pemerintahan zaman Uthmaniah lagi," katanya yang kini berusia 64 tahun kepada petugas media Tabung Haji di rumahnya di Al-Rusaifah, dua kilo­meter dari Masjidil Haram.

Perjalanan Ahmad Kamil ke kota Mekah kekal menjadi catatan hidup yang tidak akan dilupakannya. Dari era datuk hingga dua orang tuanya, membawa ke Ahmad Kamil adik beradik - kesemuanya menjadi pembantu kepada sheikh penduduk tempat­an atau kini dipanggil mutawif di Mekah dan Madinah. Kerjanya membawa seramai mungkin jemaah haji Malaya ke sana.

Pada 1959, dia yang baru berusia sembilan tahun, disertai adik lelaki, 8, dan pe­rempuan, 7, meninggalkan Pelabuhan Pulau Pinang untuk menaiki kapal laut bersama datuknya.

Tempat berlepas di Pelabuhan Pulau Pinang - kesan sejarahnya boleh dilihat di Lebuh Acheh, Georgetown - digunakan oleh jemaah haji dari utara Tanah Melayu, Sumatera dan selatan Thai sejak abad ke-18 untuk ke tanah suci.

Wednesday, 10 September 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI ADA PENGALAMAN ATASI KES-KES PELIK DAN JARANG DI DENGAR DI TANAH SUCI



Kes-kes pelik termasuk khunsa dalam kalangan jemaah haji antara pengalaman yang diharungi bahagian operasi bimbingan Tabung Haji sehingga membawa penyelesaian segera berkaitan soal hukum.

Pengarah Operasi Bimbingan Musim Haji 1435H, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, kes-kes terpencil itu yang terjadi apabila jemaah terbabit berada di tanah suci diselesaikan oleh pakar-pakar rujuk bahagian tersebut.

"Jika ada berkaitan hukum besar, kita ada mesyuarat bagaimana nak selesaikan hukum tersebut.

"Contohnya masalah khunsa yang timbul, pakai pakaian perempuan tetapi nama lelaki. Kadangkala kita tidak boleh selesaikan masalah ini, ini jarang berlaku," katanya kepada petugas media di sini hari ini.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...