sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 11 February 2015

Dr Hatta Ramli Orang Kuat Anwar Rupanya !!! Dedah !!!


Patutla puak-puak Pas Pro Ulama baru-baru ini angin dengan Dr Hatta ni yang dikatakan dalang untuk menjatuhkan Tok Guru Haji Hadi, hari ini terbelang Dr Hatta makin terserlah apabila dia bakal mengetuai Kempen " March to Freedom" untuk Anwar Ibrahim.

Pagi tadi Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar melancarkan kempen "March to Freedom" selepas ayahnya dihukum penjara, semalam.

Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas ayahnya sebelum ini.

"Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya

Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.

Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.

"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.

Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.



Pemuda PAS Kuantan desak Dr Hatta Ramli, dan 'konconya' letak jawatan

Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.

Ketuanya Fadhli Ibrahim berkata Dewan Pemuda PAS Kuantan berasakan ahli-ahli PAS perlu sedar tentang kewujudan kerjasama yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

"Apa yang membimbangkan kami, keputusan-keputusan yang dibuat PAS adalah didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya," kata Fadhli kepada media di hadapan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Fadhli berkata kebimbangan ini berdasarkan bukti yang mereka peroleh yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sehingga mensabotaj keputusan Parti dan menjadikan Presiden parti tu seperti boneka.

Fadhli turut memberi lampiran bukti berkenaan di dalam bentuk Akuan Berkanun beserta cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp, kumpulan yang dikatakan menerima arahan Hatta Ramli.


Dalam lampiran akuan berkanun itu menyatakan ada individu yang mempunyai akses kepada Kumpulan WhatApp yang bernama 'LAWAN AMNO Media Baru PGS' yang kemudiannya ditukar 'Hawaii Five-O'.

Kenyataan akuan berkanun itu menyatakan kumpulan WhatsApp itu dipercayai dianggotai Hatta Ramli yang menggunakan nombor 019XXXXXX.


Hatta Ramli dirujuk sebagai 'Dr Hatta' dalam kumpulan WhatsApp itu.

Turut sama menganggotai kumpulan Whatsapp tersebut adalah Aiman Athirah Aljundi, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, seperti yang dinyatakan dalam akuan berkanun yang sama.


Dalam kenyataan akuan berkanun itu juga menyatakan Aiman memburukkan Presiden PAS dan kepimpinan Ulamak dengan bertindak sebagai perancang di belakang Hatta dalam kumpulan WhatsApp itu.

Sementara itu, kelihatan Hadi memasuki bangunan Pejabat Agong PAS untuk menghadiri mesyuarat parti itu sebelum menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan petang nanti.

Kehadiran Hadi disambut languan takbir "Allahu Akbar" daripada beberapa pemimpin belia PAS Kuantan.

Sebelum ini Hadi menyatakan beliau akan menghadiri mesyuarat PR jika beliau rasa beliau mahu menghadirinya.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive