sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

Anwar Dengki Khalid Ibrahim Boleh Ke Sidang Parlimen #SuaraDariPenjara


Semua rakyat Malaysia tau apa Anwar buat pada bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dulu, kerana cita-cita Anwar mahu jadikan Isterinya sebagai Menteri Besar, Anwar sanggup menjatuhkan Tan Sri khalid. 

Allah tu maha kaya, Cita-cita Anwar tidak kesampaian apabila Sultan Selangor tidak memilih Wan Azizah bagi mengantikan Tan Sri Khalid tetapi memilih Azmin Ali bagi memegang jawatan itu. 

Semalam Allah tunjukan lagi, akibat perbuatan Anwar, beliau tidak layak ke Sidang Parlimen kerana dipenjarakan kerana meliwat bekas pembantunya. Manusia yang Anwar mahu kuburkan dulu masih boleh ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas. 


Dengan nada yang sinis, Tan Sri Khalid memuat naik status di facebooknya berbunyi " Tadi saya hadir ke Majlis Pembukaan Parlimen sesi ke-13. Saya ditempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas. Alhamdulillah saya 'masih layak dan boleh hadir selaku MP Bandar Tun Razak'. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan perlindungan". 

Inilah kuasa Allah wahai Anwar, selicik manapun kamu , namun kuasa Allah tidak ada manusia dapat halang. Semoga menjadi pengajaran kepada semua pemimpin di Malaysia ini. 


Friday, 13 February 2015

Amerika Jangan Belagak Pandai - @azwanbro



Siapa yang tak kenal perangai Amerika yang suka mencampuri urusan negara lain, dalam kes Anwar yang dijatuhkan hukuman menjara 5 tahun kerana MELIWAT Saiful yang juga bekas pembantunya. Amerika dilihat mempertikaikan institusi kehakiman Malaysia kerana hukuman itu.

Kesalahan MELIWAT adalah satu perkara yang menyalahi undang-undang di Malaysia dan haram disisi agama Islam. Di Amerika memang tak payah cakap la bukan saja liwat DIHALALkan malah semua perkara mereka izinkan.

Dari dulu Amerika memang mempertahankan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah sekutu rapat mereka dan mengharap Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia agar mudah tunduk atas setiap arahan.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Amerika Syarikat berperangai seperti kanak-kanak kerana mempertikaikan dan mencampuri urusan negara orang lain.

Amerika juga dilihat sebuah negara ekstremis kerana menjadi penyibuk dan menjaga 'tepi kain' negara secara keterlaluan yang melampaui batasan diplomatik serta demokrasi sedia ada.



"Anwar dan Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) bukan rakyat Amerika, jadi mereka tidak payah hendak menyibuk hal negara kita. Ini soal Anwar dan bekas pembantu dia dahulu dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau rakyat Amerika.

"Pentadbiran Rumah Putih juga dangkal sistem demokrasi dan kehakiman kita. Negara Uncle Sam berlagak pandai seolah-olah mereka arif sangat apa yang sedang berlaku.

"Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu," katanya

Wednesday, 11 February 2015

Dr Hatta Ramli Orang Kuat Anwar Rupanya !!! Dedah !!!


Patutla puak-puak Pas Pro Ulama baru-baru ini angin dengan Dr Hatta ni yang dikatakan dalang untuk menjatuhkan Tok Guru Haji Hadi, hari ini terbelang Dr Hatta makin terserlah apabila dia bakal mengetuai Kempen " March to Freedom" untuk Anwar Ibrahim.

Pagi tadi Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar melancarkan kempen "March to Freedom" selepas ayahnya dihukum penjara, semalam.

Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas ayahnya sebelum ini.

"Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya

Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.

Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.

"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.

Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.



Pemuda PAS Kuantan desak Dr Hatta Ramli, dan 'konconya' letak jawatan

Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.

Tuesday, 10 February 2015

Mat Sabu Bakal Calon PRK Permatang Pauh ?


Belum pun 24 jam Anwar berada di penjara, kem Pakatan Rakyat dikatakan teLah mula berebut untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh. 

PRK dikatakan ada calon pilihan yang mahu diletakkan iaitu Mat Sabu . Ehh betui ka ni ? Tapi kalau betui pun kita tak heran sebab Mat Sabu adalah sekutu rapat Anwar dan Dap. 

Cuma aku duk fikir adakah Pas setuju untuk meletakkan Mat Sabu. Yalah Mat Sabu ni kalah teruk di Pendang dalam Pru 13 dan juga musuh kepada Pro Ulama dalam Pas.. tentu Pas tak mahu hancurkan harapan ahli-ahlinya yang pro Ulama. 

Jika betui ini terjadi maka kita akan lihat Puak2 Pasma dalam Pas akan ke hadapan untuk membantu Mat Sabu kerana Mat Sabu juga diantara mereka kan kan ... 

Bagi aku PKR sebenarnya dah tak ada calon yang layak dan ketandusan kepimpinan selepas PRU13. 

Apapun kita tunggubdan lihat perebutan kerusi panas ini dalam kem Pakatan Rakyat. 

Terkini !! Anwar Tiba Di Penjara Sungai Buloh



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara lima tahun bermula hari ini.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.



Moga Anwar dapat muhasabah diri dan ingatlah Pintu taubat Allah sentiasa terbuka .. Semoga keputusan ini diterima dengan hati yang terbuka . 

Monday, 9 February 2015

PAS Tidak Seru Ahli Ikut Demo Untuk Anwar - Haji Hadi


Menarik jugak kenyataan Presiden PAS ni berkenaan isu Anwar yang akan dijatuhkan hukuman bersalah ataupun tidak esok di Mahkamah Putrajaya. 

Menurut kenyataan Hadi, PAS tidak pernah menyeru ahli-ahlinya berkumpul di Putrajaya esok. Jika ada ahlinya yang terlibat ianya hanyalah bersifat peribadi mereka. 

Aku dengar semalam dalam mesyuarat PR, Hadi lantang menentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh DAP dan PKR terutamanya isu Hukum Hudud dan pilihanraya PBT di Pulau Pinang. 

Tiada kata putus dapat diperoleh PR semalam dalam beberapa isu. Tentunya perkara ini meresahkan DAP dan PKR juga penentang-penentang Hadi dalam PAS. 

Friday, 2 January 2015

2014 : Mimpi Ngeri Anwar Ibrahim Berulang Kembali



KUALA LUMPUR 31 Dis - Tahun 2014 membawa episod duka buat Pakatan Rakyat terutamanya buat pengasasnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat konflik yang kian nazak yang mencabar ketelusan kerjasama DAP, PAS dan PKR.

Biarpun berbagai slogan digunakan oleh gabungan tiga parti pembangkang ini untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka lah yang bakal menggantikan Barisan Nasional (BN), namun pergolakan yang berlaku sama ada krisis dalaman atau krisis antara parti, ia sedikit sebanyak memudarkan harapan rakyat.

Keyakinan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat mula pudar sebaik bermulanya kemelut politik di Selangor yang menyaksikan jawatan menteri besar menjadi rebutan.

Biarpun pemimpin Pakatan Rakyat cuba menafikan bahawa perebutan jawatan menteri besar Selangor ini mencalarkan imej mereka, namun realiti yang berlaku, masyarakat mereka lebih mementingkan kuasa berbanding kepentingan rakyat.

Keretakan hubungan ini semakin kronik setelah PAS tekad untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan yang mengundang kemarahan agresif dari rakan sekutunya, DAP.

Rentetan krisis Pakatan Rakyat ini turut memberi kesan terhadap peluang Anwar untuk mendapat sokongan terhadap Rayuan Kes Liwat II dari pihak pimpinan rakan parti terutamanya pimpinan PAS.


KONFLIK MENTERI BESAR SELANGOR

Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan Mac, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Kajang kehilangan wakil rakyat yang memenangi kerusi Dun tersebut dalam PRU13 apabila, Lee Chin Cheh meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

Wan Azizah memenangi PRK Dun Kajang mengalahkan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Wan Azizah memperolehi 16,741 undi manakala Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Namun biarpun memenangi PRK Dun Kajang, Wan Azizah tetap tidak dapat menduduki kerusi menteri besar Selangor kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap meneruskan tugasnya seperti biasa dan enggan melepaskan jawatan. Lebih malang lagi apabila nama Wan Azizah tidak diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Abdul Khalid.

Wan Azizah sebelum itu mengumumkan telah mendapat sokongan 30 ADUN Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Sejak timbulnya cerita PKR mahu menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar, PAS dilihat sebagai penghalang utama kepada usaha yang dikepalai oleh Anwar.

Thursday, 27 November 2014

PANGGILAN 'KETUM' PANASKAN SIDANG DUN SELANGOR



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias merujuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Awnar Ibrahim sebagai 'Ketum'.

Kenyataan Shamsudin yang merujuk 'ketum' sebagai Ketua Umum mendapat reaksi negatif daripada majoriti ADUN Pakatan Rakyat (PR).

"Kenapa Sungai Burong ketawa selepas sebut 'ketum'? Minta tarik balik," kata Adun Kota Anggerik (PKR) Yaakob Sapari.

"Ketum itu ringkasnya Ketua Umum. Kalau ada fikiran yang herot yang jahat itu saya tak masuk campur," kata Shamsudin menjawab.

Tuesday, 18 November 2014

PANAS !!! BLOG PAPA GOMO MILIK ANWAR ??




Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.

Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.

Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?

"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).

"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.

Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.

Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.

"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.

Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.

Saturday, 8 November 2014

PANAS : ANWAR HARUS DI PENJARA



Pendakwa raya, Tan Sri Shafee Abdullah sekali lagi menyatakan hasrat pihak pendakwaan untuk mendapatkan hukuman penjara lebih lama dari lima tahun untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi hukuman atas kes liwat II terhadap bekas pembantu peribadi beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee berkata, bahawa jika didapati bersalah, ia akan menjadi sabitan buat kali kedua terhadap beliau untuk kes liwat ini dan menegaskan hari ini bahawa kes liwat II bukan satu kes bermotifkan politik terhadap Anwar.

"Pada masa ini, kami hanya meminta lebih daripada lima tahun dan kita akan lihat sama ada ia adalah sebuah peti mati atau tidak.

Kes itu hanyalah satu yang melibatkan seorang ahli politik. Apabila mereka (ahli politik) berada dalam kesulitan, mereka selalu menjerit konspirasi," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman, hari ini.

Tambah beliau lagi, tidak pernah mengeluarkan kenyataan dimana yang dimaksudkan oleh Anwar dengan mengatakan bahawa beliau ingin meletakkan paku terakhir didalam keranda buat ketua pembangkang terbabit.

Thursday, 6 November 2014

VIDEO PANAS !!! ANWAR BIKIN DRAMA LAGI DEPAN KAMERA !!! HUH


Banyaknya kamera depan Anwar tukan !!! 

PANAS !! ANWAR DI CABAR BUAT UJIAN LIE DETECTOR SEGERA !!! @AnwarIbrahim @RameshRaoAKS (LAPORAN PENUH LIWAT II )


Anwar Ibrahim di cabar untuk melakukan ujian Lie Detector ( Polygraph) jika dia di pihak yang benar dan tidak meliwat Saiful Bukhari , cabaran itu di buat oleh Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin Malaysia iaitu ramesh Rao Krishnan Naidu.

Anwar Ibrahim tidak perlu pusing atau putar belit cerita kepada rakyat , jika benar beliau harus berani menerima cabaran ujian Lie Detector ini. Beliau dari dulu berkata tidak salah tapi bila di cabar beliau kecut !!

Mungkin esok pembicaraan kes liwat ii Anwar akan berakhir dan masa inilah sesuai bagi Anwar membuat Ujian ini , sudahlah bersumpah laknat pun beliau takut untuk buat , ini kita hanya cabar beliau untuk membuat ujian LIE DETECTOR sahaja 




Berikut adalah perkembangan terkini perbicaraan kes : -

7.00 malam : Sidang ditangguh ke jam 3 petang esok. Gopal akan menghabiskan lagi sedikit hujahannya.


6.50 petang : Gopal berkata, adalah tanggungjawabnya untuk mempertahankan kredibiliti Dr Osman yang diserang pihak pendakwa. Ini kerana Dr Osman tidak ada di mahkamah untuk membela dirinya.


6.20 petang : Gopal menekankan hujah dengan memetik beberapa kes lain, bahawa beban pertuduhan itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikannya.

Gopal memberitahu bahawa Anwar telahpun mempunyai pembelaan alibi dan juga menafikan dirinya terlibat dalam perlakuan liwat.


6.00 petang : Prosiding disambung semula dan Gopal meneruskan hujah.


5.30 petang : Prosiding direhatkan sebentar dan dijangka akan disambung sehingga lewat petang.

Gopal belum menghabiskan hujahnya yang banyak menyerang kredibiliti Saiful. Shafee dijangka akan membuat hujah balas dan Gopal meminta peluang untuk membuat penghujahan selepas Shafee.

Tuesday, 4 November 2014

PANAS : DR MAZA SURUH ANWAR TINGGALKAN MALAYSIA (VIDEO)



Aku hanya boleh tersenyum bila Dr Maza kata di 'harapkan' Anwar Ibrahim lari tinggalkan Malaysia dan tak campur tangan lagi dalam urusan politik negara supaya beliau terselamat dari di penjara lagi. Nampak betapa sayangnya Dr Maza kat Anwarkan.

Kes liwat ii Anwar ni berada di kemuncak apabila hampir 70 % hujah dari pihak pendakwaan terhadap Anwar selesai, kini detik penamatnya kes ini akan selesai dalam waktu terdekat.

Kata Dr Maza lagi “Saya simpati dengan Anwar dari sudut usianya kalau benar dia akan masuk dalam semula sebagai orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang beliau juga menyumbang.




Bagi aku mungkin Dr Maza berasa Anwar di zalimi kerajaan BN. Biasalah orang seperti Dr Maza sama ja macam Anwar ( bukan seperti kes liwat ) kejap betul kejab salah !! Tak caya korang tengok video ni

Monday, 3 November 2014

LIWAT II : ANWAR ADA 14 PEGUAM VS 2 PEGUAM PENDAKWAAN !! SIAPA BAKAL MENANG ?


Nasib Anwar Ibrahim akan di tentukan dalam sehari dua ini , sama ada bebas atau pulang ke Universiti Sungai Buloh . Tumpuan terus di tujukan kepada Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang bersambung hari ini Isnin selepas di tangguhkan 2 hari .

Pihak Pendakwaan memulakan hujah balas untuk hari kedua hari ini , kita ketahui bahawa Anwar Ibrahim mempunyai 14 orang peguan bela beliau bagi kes ini , sedangkan pihak pendakwaan hanya mempunyai 2 orang kekuatan iaitu Tan Sri Muhammad Shafee dan Datuk Mohamad Hanafiah.


Dalam soal moral Anwar lebih di lihat takut sehinggakan sanggup membayar 14 orang peguam yang rata-rata ahli PKR dan DAP , tidak kisahlah dia nak bayar berapa orang pun kerana kita tahu Anwar sememangnya kaya raya . Mereka semua berlawan dengan hanya 2 orang , jika menang mereka kalah dari segi moral dan jika kalahpun lagilah mereka malu .

Apapun keputusan bakal di terima , harap semua pihak dapat terima kenyataan dengan hati yang terbuka dan tak ada pergaduhan atau rusuhan nanti , maklumlah budak-budak Anwar ni kaki buat kacau dan rusuhan macam juga Anwar .

Saturday, 1 November 2014

LIWAT II : ANWAR LARI KE LUAR NEGARA? ?? @RameshRaoAks


Kes melibatkan Anwar ini bukan melibatkan kes kecil tapi kes yang berprofile tinggi. Kita semua tahu Anwar pernah mahu mendapatkan pelindungan dari kedutaan Turki semasa di pecat dan di sabitkan kes liwat pertama beliau. 

Penulis mahu persoalkan adalah tidak mustahil Anwar lari untuk mendapatkan pelindungan atau suaka politik dari negara yang bersekutu dengannya. 

Mahkamah tidak merampas passport antarabangsa beliau dan ini memudahkan beliau lari ke luar negara melalui pintu sempadan Malaysia. 

Isnin ini bakal menentukan nasib beliau sama ada lepas atau terkurung di Sungai Buloh. 


Kita lihat bagaimana 2 orang rakyat Malaysia yang lari ke luar negara dan memohon suaka politik seperti Ali dan Alvin. 

Friday, 31 October 2014

LIWAT II : MAJLIS PEGUAM UMPAMA 'BIAWAK LIDAH BERCABANG'


Kredibiliti Majlis Peguam makin teruk dan memalukan umpama 'Ludah pada muka sendiri' mengenai Peguam yang mewakili Anwar adalah bekas hakim.  

Sebelum ini majlis peguam telah membuat ketetapan melarang bekas hakim untuk menjadi peguam kepada mana-mana individu dan dalam isu Anwar ni Majlis Peguam diam seribu bahasa seolah memberi kebenaran kepada bekas hakim ini membantu Anwar. 

Cuba kalau kes ni melibatkan pemimpin BN, mau berguling Majlis Peguam ni kat depan Mahkamah.


DARI  UTUSAN MALAYSIA

Majlis Peguam dianggap tidak layak bercakap mengenai undang-undang jika gagal mengeluarkan kenyataan melarang bekas hakim dilantik mewakili mana-mana pihak di mahkamah seperti termaktub dalam resolusi dinyatakan badan itu pada 15 Mac lalu.

Thursday, 30 October 2014

LIWAT II : AKHBAR SINAR HARIAN YANG KENA LIWAT ATAU SAIFUL YANG KENA


Amboi tajuk dia, dah rupa macam Sinar ni pulak yang kena liwat dengan Anwar kan. .. Opssss lupa Sinar ni kan pro PR. . Patut la pun. 

Baca balik tajuk tu, macam kes ni dah settle dan di settle oleh Sinar sendirikan. .. Aku rasa kalau Sinar nk yang di liwat kompem tajuk besar di muka depan dia. .hik hik. .. 

Tapi kalau Anwar lepas Sinar boleh la hantar tokey dia pi rasa macam mana di liwat. .. 


LIWAT II : PEGUAM ISLAM TAKUT BELA ANWAR? ANTARA HUKUM AGAMA DAN DUNIA


Dalam perhatian tertumpu kepada keputusan yang bakal di buat oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Anwar nanti kita terlupa mengenai barisan peguam Anwar ini.

Di ketuai oleh bekas hakim iaitu  Gopal Sri Ram tetapi di mana sebenarnya peguam-peguam kanan Melayu yang dulu gah membela Anwar!!


Rakyat khususnya orang Melayu yang berakal harus berfikir kenapa peguam-peguam kanan Anwar pergi meninggalkan Anwar dan tidak mahu membela beliau lagi yang adapun hanyalah di belakang tabir saja bukan sebagai pembela hadapan. 

Adakah peguam-peguam kanan ini tidak lagi mahu bersubahat dengan Anwar dan takut pada hukum hakam Agama Islam. 

Aku selitkan sedikit komen dari Ramesh Rao yang bercakap mengenai perkara ini. 

Tuesday, 28 October 2014

LIVE : PENYOKONG ANWAR CUBA REMPUH PENGHADANG MAHKAMAH !! BIADAP



Lebih 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di depan Istana Kehakiman cuba merempuh pagar penghadang ketika Ketua Pembangkang berkenaan tiba di Istana Kehakiman bagi mengikuti rayuan kes liwat terhadapnya, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Penyokong cuba merempuh pagar penghadang yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan Perbadanan Putrajaya dengan menolak petugas media kerana menghalang pandangan mereka ketika Anwar turun berjumpa kumpulan berkenaan kira-kira lima minit sebelum memasuki Kompleks Istana Kehakiman.

Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dihalang dan dileraikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal pekarangan Istana Kehakiman.

Anwar yang hadir lengkap berpakaian sut hitam ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

RAKYAT NEWS 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...