sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 26 April 2015

Fitnah dan Tuduhan Liar Tidak Melemahkan Jentera Pemuda


Gendang pilihanraya kecil Parmatang Pauh dimulakan semalam, kesemua jentera Barisan Nasional mula bergerak bagi menawan Permatang Pauh, hari penamaan calon semalam dihadiri oleh ribuan penyokong parti baik dari pembangkang mahupun kerajaan.

Semua sayap parti hadir memberi sokongan kepada calon muda dari Barisan Nasional, Suhaimi Hj Sabudin. Paling diberi tumpuan semalam adalah barisan kepimpinan Pemuda Umno Malaysia yang difitnah dan dituduh membuat gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

Mereka digelar '5 sekawan' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin dan sayap-sayap dalam parti. Sebelum ini portal berita MYKMU.Net menyiarkan ada gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah, Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous Sheikh A. Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.


Laporan dan tuduhan yang berniat jahat ini di nafikan oleh mereka dan semalam jentera pemuda tetap menjalankan tugas mereka dengan baik di Permatang Pauh, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan sendiri telah diamanahkan untuk menjadi Pengarah Jentera Pemuda di Permatang Pauh. 




Kita sendiri dapat lihat ratusan pemuda hadir di hari penamaan calon dan Exco Pemuda Umno Malaysia, Armand Azha seperti biasa membawa begitu ramai anak muda dari Briget Kesatria Muda sebagai benteng kekuatan Pemuda. 


Apa yang digambarkan oleh portal MYKMU.net langsung tidak nampak sepertimana yang mereka laporkan, malah jentera pemuda yang di ketuai oleh Azwan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini terus bersemangat siang dalam malam membantu Barisan Nasional tawan Permatang Pauh.

Sedikitpun tidak tergugat kedudukan mereka dengan fitnah dan tohmahan ini. Malah semalam sewaktu penamaan calon, Ketua Pemuda Umno Malaysia sendiri menafikan penglibatan mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 


Jadi buat mereka yang suka melaga-lagakan pemimpin ni , sudahlah. Pemuda Umno tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan janganlah jadi batu api dalam parti. Musuh utama adalah pembangkang. Cuba laporkan gerak kerja pemuda , bukan fitnah mereka. 

laporan dari Permatang Pauh







Nota kaki : Aku bukan macai pemuda atau di bayar oleh pemuda umno ... 


1 comment:

Anonymous said...

unit media berbayar macam MYKMU ni la yang jadi jemuan,jebon dsb sebenarnya dalam UMNO ni.Tak habis habis jadi anai-anai.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive