
Showing posts with label prk permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label prk permatang pauh. Show all posts
Sunday, 3 May 2015
Saturday, 2 May 2015
POLEMIK PREPAID (Kad Pra-bayar)
Oleh: Khairul Azwan Harun
1) Ingin saya menegaskan bahawa saya secara peribadi menyokong perlaksanaan GST.
2) Saya kira tindakan kerajaan melaksanakan sistem cukai yang lebih telus serta efektif adalah satu tindakan yang berani apatah lagi mengambil kira risiko politik yang perlu dihadapi.
3) Namun didapati perlaksanaan GST dalam sektor tertentu adalah amat mengecewakan.
4) Sesungguhnya saya selaku Naib Ketua bertanggungjawab selain dari mempertahankan dasar kerajaan yang baik saya juga harus membawa suara akar umbi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
5) Apatah lagi memandangkan ketua-ketua pemuda cawangan yang berhadapan dengan rakyat serta anak-anak buah mereka yang mempunyai harapan tinggi terhadap kepimpinan.
6) Kami melihat kekeliruan yang timbul dari isu pra-bayar ini amat menyusahkan serta sepatutnya tidak berlaku.
7) Kita membaca serta mendengar kenyataan yang bercanggah, ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin akar umbi yang perlu memberi penerangan serta jawapan.
8) Malah pemimpin akar umbi atau ketua ketua pemuda cawangan seolah-olah telah hilang kredibiliti apabila rakyat melihat pusingan U-Turn dari pihak kerajaan dalam isu ini.
9) Rata-rata pengguna pra-bayar adalah jentera parti di peringkat akar umbi yang benar-benar marah akan polemik ini.
10) Saya mendesak agar satu penyelesaian yang menyeluruh dilaksanakan segera. Memandangkan kenyataan dan janji telah pun diberikan untuk mengekalkan harga top-up pada kadar sebelum ini (Dengan termasuk cukai GST) saya memohon untuk perkara ini dilaksanakan dalam satu garis masa yang jelas.
11) Contohnya untuk harga Top-up RM 10 saya berpendapat wajar dikekalkan pada harga berkenaan yang telah dimasukkan cukai GST (RM 9.45 Airtime + Rm 0.55 GST)
12) Namun untuk tidak membebankan golongan berpendapan rendah khususnya orang muda, saya memohon agar pihak kerajaan serta syarikat telekomunikasi menurunkan kadar masa berbual (Airtime) dan data untuk pengguna prepaid.
Contoh: Kadar lama 24 sen seminit untuk panggilan diturunkan kepada 16 sen seminit seterusnya meningkatkan nilai prabayar berkenaan.
13) Saya menyambut baik pengumuman Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Multimedia Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang berjaya berbincang bersama syarikat telekomunikasi dalam menurunkan kadar data jalur lebar.
14) Namun adalah baik sekiranya satu cadangan khusus dibuat bagi menetapkan harga yang kompetitif serta berbaloi khusus untuk pengguna pra-bayar.
15) Pihak berwajib mesti mengambil pendirian yang konsisten, jelas dan yang penting tidak bercanggah antara satu sama lain supaya pemimpin dan penyokong kita di peringkat cawangan tidak terkapai-kapai dalam memberi penerangan serta mempertahankan dasar kerajaan.
16) Janganlah niat murni kita ini dalam melaksanakan GST dicemari dengan perkara-perkara seperti ini yang tidak sepatutnya timbul memandangkan ia datang dari kesilapan kita sendiri.
17) Saya memohon maaf sekiranya kenyataan ini membuatkan ada pihak-pihak tertentu yang merasa kurang selesa.
18) Tetapi saya mempunyai tanggungjawab terhadap pemimpin akar umbi serta penyokong dan jentera kita di peringkat cawangan. Luahan hati ketua-ketua pemuda peringkat cawangan adalah satu perkara yang cukup saya ambil berat.
19) Niat saya tiada lain melainkan memperkukuh parti dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai salah seorang pemimpin yang menjadi wakil kepada sayap pergerakan pemuda.
Friday, 1 May 2015
Panas !! Pas Bagan Nekad Kuburkan PKR Di #PrkPermatangPauh
Kemelut yang melanda Pakatan Rakyat makin parah apabila Pas Bagan hari ini berikrar untuk tidak mengundi calon 'muda' PKR Parlimen Permatang Pauh , Cik Wan Azizah dan akan merosakan sekurangnya 10,000 undi ahli Pas sebagai bantahan terhadap pendirian PKR dalam isu hudud.
Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar menggesa semua ahli Pas Permatang Pauh tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mengapa kita perlu membantu apabila mereka menghina kami? Jangan berharap bahawa kita (ahli Pas) akan mengundi anda!," katanya selepas mengetuai bantahan secara aman di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama, selepas solat Jumaat.
Himpunan itu juga menyuarakan sokongan kepada Abdul Hadi dan golongan ulama dalam Pas.
Sebelum in, PKR dilihat teguh bersama DAP menghalang hudud yang akan dibentangkan di Parlimen oleh Pas untuk dilaksanakan di Kelantan. DAP dilihat telah menghina Presiden Pas dan cuba memecahbelahkan PAS dengan berkerjasama dengan Pasma.
Apa yang dilakukan oleh Pas Bagan ini dianggap teguh dengan pendirian memperjuangkan hudud dan tidak sanggup melihat Pas terus dipijak dan dikeji oleh rakan pakatan rakyat terutama Dap.
#PemudaBN Turun Bantu Rakyat #PrkPermatangPauh @AzwanBro
- Oleh Mr Arila
30 April 2015
30 April 2015
gerak kerja ini menjalin kemesraan antara pengundi dengan pemuda terus terjalin erat.
Sumbangan yg di berikan bukan utk meraih undi tetapi lebih kepada meringankan beban kepada penerima.
Monday, 27 April 2015
'Rakyat Mahu Wakil Rakyat, Bukan Wakil Suami' #PRKPermatangPauh
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman berkata, rakyat Permatang Pauh sedang membuat pertimbangan untuk memilih wakil rakyat dan bukan wakil suami.
Beliau berkata, masyarakat memerlukan pemimpin yang mampu membela mereka selain memberi fokus khusus untuk pembangunan kawasan.
"Calon yang perlu dipilih adalah wakil yang boleh bersama dengan rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan bantu rakyat sepenuh masa. Namun PKR menampilkan calon yang diragui kewibawaannya sama ada wakil rakyat atau wakil suami?
"Mampukah calon PKR memberi tumpuan kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan dia juga Adun di Kajang,Selangor dan terpaksa menanggung beban dengan beberapa jawatan lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pemuda Pas Boikot Kempen, PKR Berdepan Risiko
Namun, Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada tindakan Pemuda Pas itu mempengaruhi PKR secara keseluruhan.
"Apabila jentera Pemuda Pas negeri tidak bergerak, saya percaya pengundi juga akan mengambil langkah, sama ada tidak keluar mengundi atau melakukan undi protes. Sejauh manakah ia boleh memberikan kelebihan kepada BN, banyak bergantung pada BN itu sendiri.
"Jadi, sedikit sebanyak tindakan Pemuda Pas ini akan mempengaruhi prestasi PKR. Tapi, masih terlalu awal untuk mengatakan ia mempengaruhi secara keseluruhan," katanya kepada Sinar Online.
Semalam, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang (DPPNPP), Mohd Yusni Mat Piah dilaporkan bertegas tidak akan membantu gerak kerja PR dalam PRK Permatang Pauh selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi walaupun diberi tempoh sehingga hari penamaan calon.
Hari ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu tindakan akan diambil ke atas Mohd Yusni atas keingkaran tersebut.
Sunday, 26 April 2015
Fitnah dan Tuduhan Liar Tidak Melemahkan Jentera Pemuda
Gendang pilihanraya kecil Parmatang Pauh dimulakan semalam, kesemua jentera Barisan Nasional mula bergerak bagi menawan Permatang Pauh, hari penamaan calon semalam dihadiri oleh ribuan penyokong parti baik dari pembangkang mahupun kerajaan.
Semua sayap parti hadir memberi sokongan kepada calon muda dari Barisan Nasional, Suhaimi Hj Sabudin. Paling diberi tumpuan semalam adalah barisan kepimpinan Pemuda Umno Malaysia yang difitnah dan dituduh membuat gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.
Mereka digelar '5 sekawan' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin dan sayap-sayap dalam parti. Sebelum ini portal berita MYKMU.Net menyiarkan ada gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah, Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous Sheikh A. Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.
Laporan dan tuduhan yang berniat jahat ini di nafikan oleh mereka dan semalam jentera pemuda tetap menjalankan tugas mereka dengan baik di Permatang Pauh, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan sendiri telah diamanahkan untuk menjadi Pengarah Jentera Pemuda di Permatang Pauh.
Kita sendiri dapat lihat ratusan pemuda hadir di hari penamaan calon dan Exco Pemuda Umno Malaysia, Armand Azha seperti biasa membawa begitu ramai anak muda dari Briget Kesatria Muda sebagai benteng kekuatan Pemuda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...






.jpg)
.jpg)




.jpg)
.jpg)

