sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label COMANGO. Show all posts
Showing posts with label COMANGO. Show all posts

Sunday, 13 April 2014

PANAS !! COMANGO GUNA NGO ASING BURUKKAN MALAYSIA !!! #ANTICOMANGO



Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) telah menggunakan NGO luar negara untuk memburukan Malaysia pada persidangan Geneva.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, oleh kerana kerajaan tidak mengikut kehendak Comango mereka mengatakan kerajaan adalah pengganggu.

"Mereka (Comango) cuba untuk menggunakan agensi antarabangsa untuk memberikan gambaran yang cukup negatif tentang Malaysia.

"Apabila NGO Islam dari Malaysia pergi ke Geneva, Comango telah berkempen di kedutaan di Geneva dengan mengatakan kami merupakan ahli kumpulan pengganas dan pelampau." katanya dalam ceramah ancaman Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) terhadap kedudukan Islam di Malaysia di Dewan Masjid Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail di sini hari ini.

Turut hadir dalam program penerangan itu adalah Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Azril Mohd. Amin.

Jelas Nasharudin, setiap NGO asing yang berucap di Geneva telah diberikan skrip oleh COMANGO untu memburukan Malaysia.

Dalam pada itu, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) yang ditubuhkan MuslimUPRo bercadang untuk membuka pejabatnya di Geneva, Switzerland, selain di Putrajaya.

Wednesday, 2 April 2014

#COMANGO meneruskan agenda Musuh Islam. @NajibRazak @AntiComango @tunfaisal



COMANGO ... penerusan agenda musuh

http://akarimomar.wordpress.com/2014/04/01/comango-penerusan-agenda-musuh/

Apabila kita lihat apa yang sedang berlaku di Tanah Air kita, sebenarnya musuh tidak senang hati terhadap kita dengan sentiasa melakukan serangan demi serangan terhadap ummah.
Pada tahun 2001, suatu cadangan yang dikemukakan oleh majlis orang-orang kafir (MCCBHS) kepada Majlis Peguam (Bar Council) untuk menubuhkan satu majlis yang disebut sebagai Inter Religious Council (IRC). IRC ini kemudiannya bertukar menjadi IFC (dengan mengantikan religion/agama dengan istilah faith/kepercayaan) kerana ingin memasukkan apa-apa sahaja anutan atau kepercayaan yang sesat, pelik dan tidak masuk aqal. IFC membawa 14 tuntutan.
Bantah IFC
IFC walaupun berubah wajah namun agenda asal mereka diteruskan
Usaha penubuhan IFC ini adalah agenda untuk menyama ratakan semua agama setaraf dengan Islam. Kerja-kerja jahat ini dibiayai oleh sebuah yayasan dari luar negara, Konrad Adenauer Stiftung, dari Jerman, sebuah pertubuhan Kristian Demokrat.
Apabila agenda jahat musuh Islam ini terbongkar maka, umat Islam seluruh negara bangkit menentang. Tidak kira apa parti dan pelbagai NGO Islam, semua bersatu bersama dalam kempen BANTAH IFC hingga mendapat perhatian Kerajaan untuk menolaknya.
Namun, musuh Islam sifatnya tidak berhenti. Mereka kemudian menubuh satu lagi pertubuhan dengan tujuan yang hampir sama. Kali ini mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Article 11″. Begitu jugalah umat Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira warna parti bersatu sekali lagi menolak agenda jahat ini. Alhamdulillah, hayat kumpulan “Article 11″ tidak panjang.
Namun, pada masa itu juga umat Islam tidak sedar bahawa terdapat beberapa agen musuh telah menyelinap masuk dalam negara melakukan gerak kerja dan perancangan sulit mereka. Beberapa institusi tajaan kerajaan Amerika Syarikat seperti NED, NDI dan IRI giat melakukan pelbagai kempen dan bengkel untuk melatih agen-agen mereka di Tanah Air kita (boleh juga baca tulisan sahabat saya: Malaysia’s Tiger In Waiting). Akhirnya bergeraklah satu kempen besar-besaran atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara melalui rusuhan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan sah dipilih.
Rand-interlocutors
Amerika Syarikat mengguna agen-agen mereka ini untuk menyelinap masuk dalam negara-negara Islam termasuk di Tanah Air kita dengan bantuan penuh Anwar Ibrahim.
Perancangan licik ini semua tercatat dalam kajian yang dilakukan oleh Rand Corporation yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks” dengan bantuan langsung dari Anwar Ibrahim pada era beliau dibiayai penuh untuk tinggal di Amerika 2005-2006. Kajian tersebut turut menyebut dengan jelas penubuhan Foundation for the Future (FFF) dengan tujuan mengangkat agenda “demokrasi” Amerika di negara-negara Timur Tengah. Perlu diingat juga, Anwar Ibrahim dilantik menjadi Pengerusi FFF untuk melaksanakan agenda Amerika di Timur Tengah. (Insha Allah isu ini akan diulas lanjut dalam kiriman lain – doakan ianya terhasil)
Susulan kejayaan “interlocutors”  Amerika Syarikat menyemai racun dan perancangan jahat maka kita lihat barua-barua Amerika ini mula bermaharajalela dengan pelbagai demonstrasi jalanan seperti “Occupy Dataran” (yang dimulakan dan ditaja oleh Open Society Foundation (OSF) milik George Soros) dan siri keganasan Bersih yang kotor dan hina.
LKSmusuh-AlBaqarah-120
Masih bolehkan kita berkawan dengan orang yang memusuhi ayat 120 surah Al Baqarah?
Bukti campur tangan musuh ini amat jelas sekali dan boleh kita rangkaikan mereka sebagai usaha jahat yang berterusan. Malah bagi kita orang Islam kita telah pun diingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa musuh-musuh Islam ini tidak akan henti dari berterusan merencana perancangan jahat ini selagi kita tidak ikuti mereka. Mafhum ayat 120 surah Al Baqarah kita diingatkan bahawa kerja-kerja jahat mereka ini akan berterusan selama-lamanya.

rangkaian musuh Islam Comango-Bersih
Persamaan ketara di kalangan NGO-NGO utama penggerak COMANGO dan BERSIH – mereka semua adalah entiti yang sama
Sebab itu musuh kita seperti Lim Kit Siang tidak senang apabila umat Islam diberikan peringatan tentang amaran Allah s.w.t. ini. (baca: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?)

Jika hati kita murni untuk memerangi musuh, tidak susah untuk kita lihat kesamaan dari senarai NGO-NGO utama yang menggerakkan Bersih dan yang terkini, Comango. Mereka semua adalah rangkaian NGO yang memusuhi Islam bersesuaian dengan kehendak dan telunjuk tuan mereka dari luar negara.
Kenapakah begitu sukar untuk kita mengenali musuh walaupun sudah terang lagi bersuluh?

Saturday, 29 March 2014

PANAS !!! COMANGO SENGAJA CETUS POLEMIK #anticomango @NajibRazak @tunfaisal



Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sengaja mempolemikkan pendirian tegas kerajaan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah yang mereka kemukakan pada sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland, Khamis lalu.

Ketua delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin berkata, wakil-wakil Comango telah menganjurkan acara sampingan di Geneva pada Jumaat lalu bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan itu.

Menurut beliau, wakil Seksualiti Merdeka, Thilaga Sulathireh menuduh polis dan pihak berkuasa agama bertindak ganas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa mendiskriminasi golongan LGBT sedangkan matlamat mereka adalah untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia di Geneva, Khamis lalu, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti LGBT.

Selain itu, Azril menjelaskan, wakil Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa Undang-undang Keluarga Islam tidak mendiskriminasi golongan wanita.

“Comango terus campur tangan dalam hal ehwal undang-undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia berhubung kewujudan diskriminasi terhadap wanita Islam.

“Mereka juga mendesak Malaysia menarik semula pengecualian di dalam beberapa konvensyen berkaitan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC),” ujarnya.

Beliau turut membidas Comango kerana membuat tuduhan palsu kononnya mereka ditindas dan diberi layanan buruk ekoran memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

“Hakikatnya, Kementerian Dalam Negeri hanya mengisytiharkan status pendaftaran NGO-NGO di bawah Comango dan tidak kesemuanya berdaftar secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

Sunday, 9 March 2014

HOT NEWS !!!! JANGAN TUNDUK DAN TERPENGARUH SEGALA TUNTUTAN COMANGO !!!!



Kerajaan Malaysia digesa agar tidak tunduk dan terpengaruh kepada apa juha desakan pihak antarabangsa berhubung tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa berkata tuntutan Comango itu yang antara lain mengiktiraf hak kebebasan agama dan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), cukup berbahaya kerana membabitkan masa depan Islam dan akidah umat Islam di Malaysia.

"Kerajaan...jangan mudah terikut-ikut gendang yang dipalu oleh Comango," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program 'Pencerahan Ilmu' di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini pada Sabtu.

Program anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu yang bermula semalam, mengetengahkan 'Isu-isu Semasa Islam Di Malaysia' dan 'The Ummah Of Wasatiyyah'.

Comango pada Oktober tahun lepas dilapor menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan tidak berdaftar itu turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal isu penggunaan kalimah ALLAH dan ajaran Syiah.

Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas, berkata Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimPro) akan terus mengadakan seminar dan forum bagi menerangkan kepada umat Islam berhubung tuntutan berbahaya Comango itu.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...