sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label DATO SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSAIN. Show all posts
Showing posts with label DATO SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSAIN. Show all posts

Wednesday, 2 April 2014

#MH370 : DATO HISHAM TERSENTUH DENGAN SURAT ITU !!! #PRAYFORMH370 @HishammuddinH2O



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap beliau dapat bertemu dengan remaja berusia 15 tahun, Victor Lopez, yang menulis surat kepadanya dari Perancis.

"Takkan lah saya (tidak menjawab surat itu), harap dapat jumpanya satu hari nanti," katanya menerusi laman twitter hari ini.




Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, menerima surat daripada Lopez pada 14 Mac yang menyatakan kekagumannya terhadap personaliti dan tindakan Hishammuddin dalam meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH307.

Lopez di dalam suratnya bertarikh 8 Mac, juga meminta agar Hishammuddin menurunkan tandatangannya pada kad kecil yang disertakan bersama-sama surat itu sebagai kenang-kenangan.

Surat itu berbunyi: "Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda.

"Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih, Yang ikhlas, Victor Lopez.

Hishammuddin semalam membalas surat itu dan menyatakan bahawa ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti Lopez memberikannya kekuatan untuk meneruskan operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Sunday, 15 December 2013

TAHNIAH SITI NURHALIZA DAPAT CUCU PERTAMA !!! NENEK SITI ? @CTNurhaliza11




Alhamdulillah syukur pada Allah segala rezeki yang diberikan , baru-baru ni Datuk Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza dan juga Datuk Ser Hishamuddin dan isteri telah selamat menimang cucu pertama mereka.

Bayi yang diberi nama Ayden tu merupakan hasil perkahwinan anak-anak mereka iaitu Anas dan Nasha. Apapun Apj ucapkan selamat menjadi datuk dan nenek kepada Datuk Siti, Datuk Khalid , Datuk Hisham dan isterinya .

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...