sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label #PRAYFORMH370. Show all posts
Showing posts with label #PRAYFORMH370. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

HOT NEWS : PELAYAR BRITAIN DAKWA NAMPAK PESAWAT MH370



Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

Katherine Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."

Ketika kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu suaminya selepas melihat kejadian itu.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Friday, 30 May 2014

PESAWAT MH370 TIDAK BERAKHIR DI LAUTAN HINDI ?? #PRAY4MH370



Kawasan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan dan pencarian dasar laut dilakukan, hari ini dianggap sebagai bukan lokasi pesawat MH370 berakhir.

Pusat Penyelaras Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) menyatakan berdasarkan rumusan prosefional Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), "kawasan itu boleh ditolak sebagai tempat berakhirnya MH370”.

"ATSB menasihatkan pencarian di kawasan berhampiran di mana isyarat akustik dikesan kini boleh dianggap selesai dan dalam rumusan profesionalnya, kawasan itu boleh ditolak sebagai tempat berakhirnya MH370," menurut JACC dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut JACC, Bluefin-21 sudah melengkapkan misi terakhir pencarian di kawasan berhampiran isyarat akustik dikesan pada awal April lalu oleh alat Towed Pinger Locator yang diturunkan kapal ADV Ocean Shield mengikut had kedalaman operasinya.

"Data yang dikumpul pada misi terakhir semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh menyatakan bahawa tiada tanda-tanda serpihan pesawat ditemui oleh Bluefin sejak ia menyertai usaha mencari itu," menurut JACC.

Sejak menyertai usaha mencari pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu, Bluefin-21 sudah mencari di kawasan dasar laut seluas 850 kilometer persegi.

Thursday, 17 April 2014

29 PELAJAR PERMATA INSAN SOLAT HAJAT DAN DOA UNTUK #MH370 DI KAABAH @NajibRazak


Seramai 29 pelajar Permata Insan, yang sedang mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi sejak Jumaat lalu, turut mengadakan solat hajat di hadapan kaabah Masjidil Haram untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

“Solat hajat yang dipimpin Ustaz Muhammad Hafiz Saleh Al Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendoakan moga pesawat itu diketemukan,” menurut kenyataan Permata di sini, hari ini.



Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Wednesday, 16 April 2014

#MH370 : LUAHAN HATI DATIN SERI ROSMAH MENGENAI PESAWAT MH370 ! SAYU HATI


"Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu.

Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari.

Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal ditemui dalam keadaan selamat walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan.

Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 :

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal. 

"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya. 

Monday, 14 April 2014

#MH370 : CIA TAHU PERKARA SEBENAR MENGENAI PESAWAT MH370 #PRAYFORMH370



Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.

Saturday, 12 April 2014

#MH370 : TUDM BIDAS CNN KERANA MENIPU !!! #BOIKOTCNN #CNN #PRAYFORMH370


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan laporan CNN yang mengatakan pasukan itu menghantar jet untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dalam satu kenyataan berkata. "dalam kapasiti saya sebagai Panglima TUDM, saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar."

Semalam, CNN melaporkan dalam laman webnya dengan memetik seorang pegawai kanan Malaysia yang tidak dinamakan sebagai berkata, bahawa pesawat TUDM dihantar sebelum data yang disokong pihak berkuasa menunjukkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke arah barat.

"Namun tentera udara tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac, satu sumber yang terlibat dalam siasatan memberitahu CNN,” laporan itu disebut sebagai berkata. - Bernama

Wednesday, 9 April 2014

PANAS #MH370 : ANWAR MAHU DEDAH LOKASI PESAWAT MH370 ?? APA CERITA NIH ?? @PDRMsia



Pihak berkuasa perlu menyiasat sejauhmana kebenaran dakwaan laporan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, di Dewan Rakyat minggu depan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kenyataan tersebut yang dilaporkan oleh beberapa portal berita dan laman blog dikhuatiri boleh menjejaskan usaha pencarian pesawat tersebut yang turut membabitkan negara asing.

"Dakwaan itu amat serius, jadi saya mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Anwar.

"Dakwaan kononnya Anwar mengetahui lokasi pesawat berkenaan juga seolah-olah mempersenda-sendakan waris dan keluarga penumpang yang malang itu," katanya menerusi laman blog miliknya hari ini.

Beliau menjelaskan, dakwaan tersebut yang tersebar luas di laman-laman sosial juga boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara luar.

"Mungkin ini satu pembohongan yang dirancang kerana Anwar sememangnya kaki pembohong, tetapi apabila membabitkan pesawat yang hilang, ianya satu perkara serius dan perlu segera disiasat," ujarnya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar akan membuat pendedahan mengejut mengenai lokasi pesawat tersebut di Dewan Rakyat Khamis ini.

Monday, 7 April 2014

UPDATE #MH370 : PESAWAT MH370 TERBANG DI UTARA INDONESIA KE LAUTAN HINDI ELAK RADAR ? #PRAYFORMH370



Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Pada 19 Mac, Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.

"Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Sunday, 6 April 2014

HOT NEWS : BATERI KOTAK HITAM PESAWAT #MH370 AKAN TAMAT PADA JUN 2014 #PRAYFORMH370


RAKYATNEWS : Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya memberitahu bahawa bateri kotak hitam pada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi akan tamat pada Jun 2014, bukan pada 2012.

Jauhari berkata, bateri kotak hitam pesawat MH370 itu diganti mengikut jadual dan penukaran seterusnya pada Jun 2014.

"Apa yang telah dimaklumkan kepada kami, kami mengesahkan bahawa program penyelenggaraan telah digantikan pada sebelum bateri tersebut mencapai tamat tempoh.

"Kita juga tahu bahawa bateri ini akan digantikan pada Jun 2014," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, di PWTC, hari ini.
Sebelum ini terdapat kenyataan media menyatakan bahawa bateri kotak hitam pesawat MH370 telah tamat pada 2012.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengankutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein juga turut mengumumkan tiga jawatankuasa baru ditubuhkan bagi memantapkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Lautan Hindi.

Saturday, 5 April 2014

PANAS #MH370 : PENDUDUK MALDIVES NAMPAK PESAWAT MH370 DI DIEGO GARCIA ? DATO SERI HISHAM AKAN TANYA AS SENDIRI !!!#PRAYFORMH370



SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.




Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.




Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Thursday, 3 April 2014

UPDATE #MH370 : KENYATAAN DUTA CHINA TERHADAP MALAYSIA DAN KECAMAN TERHADAP MEDIA BARAT #PRAYFORMH370



Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang menolak dakwaan bahawa Beijing tidak berpuas hati terhadap Kuala Lumpur dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MH370.

Sebaliknya, beliau mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerjasama Malaysia, serta menjamin hubungan antara dua negara itu tidak akan terjejas berikutan insiden MH370.

Seperti Malaysia, China juga tidak akan berputus asa dalam usaha menjejak MH370.

Menurut Huang, adalah wajar untuk waris penumpang MH370 berasa sedih dan marah, tetapi kerajaan China tidak menyalahkan Malaysia.

Sebaliknya, beliau mengecam media barat yang menyiarkan laporan tidak berasas yang mengeruhkan keadaan dan menjejaskan emosi waris.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

154 daripada 229 penumpang pesawat penerbangan MH370 adalah warga China.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Wednesday, 2 April 2014

#MH370 : DATO HISHAM TERSENTUH DENGAN SURAT ITU !!! #PRAYFORMH370 @HishammuddinH2O



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap beliau dapat bertemu dengan remaja berusia 15 tahun, Victor Lopez, yang menulis surat kepadanya dari Perancis.

"Takkan lah saya (tidak menjawab surat itu), harap dapat jumpanya satu hari nanti," katanya menerusi laman twitter hari ini.




Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, menerima surat daripada Lopez pada 14 Mac yang menyatakan kekagumannya terhadap personaliti dan tindakan Hishammuddin dalam meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH307.

Lopez di dalam suratnya bertarikh 8 Mac, juga meminta agar Hishammuddin menurunkan tandatangannya pada kad kecil yang disertakan bersama-sama surat itu sebagai kenang-kenangan.

Surat itu berbunyi: "Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda.

"Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih, Yang ikhlas, Victor Lopez.

Hishammuddin semalam membalas surat itu dan menyatakan bahawa ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti Lopez memberikannya kekuatan untuk meneruskan operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Tuesday, 1 April 2014

ISU #MH370 : PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BIDAS MEDIA ASING !!! #PRAYFORMH370


Panglima Angkatan Tentera kesal dengan laporan sesetengah media asing mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilihat seolah-olah mempunyai agenda memburukkan imej negara.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata terdapat beberapa laporan media asing yang tidak benar, dan ada yang keterlaluan dan tidak mengambil kira keadaan sebenar serta kekangan yang dihadapi pihak berkuasa Malaysia dalam menyampaikan maklumat mengenai kejadian itu.

"Kita dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan setiap maklumat yang kita terima perlu dikoroborasikan (dengan pelbagai pihak berkuasa negara dan luar negara), sebelum mengambil sebarang tindakan (mengenai maklumat yang akan disampaikan).

"Hanya dalam keadaan tertentu sahaja, kita (ATM) perlu mengambil tindakan atau respon kepada maklumat berkenaan secara bersendirian," katanya kepada pemberita selepas menutup Eksesais Pahlawan siri 15 2014 di sini, Isnin.

Monday, 31 March 2014

TERKINI #MH370 : KENYATAAN PM AUSTRALIA TONY ABBOT MENGENAI PESAWAT MH370 #PRAYFORMH370


Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berkata semua bukti yang ada ketika ini menjurus kepada kesimpulan yang pesawat Penerbangan Malaysia, (MAS) MH370 telah hilang di Lautan Hindi, sambil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal, namun selepas tiga minggu, tiada serpihannya ditemui oleh pasukan mencari
dan menyelamat.

Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.

Abbott yang dipetik dari agensi berita AFP, bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib.

"Dari bukti yang telah dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth.

#MH370 : VIDEO SEDIH TATKALA SEORANG PEMIMPIN BERJIWA KENTAL BERTEMU KELUARGA MANGSA PESAWAT MH370



#MH370 : KELUARGA PENUMPANG MH370 CHINA DATANG MALAYSIA NAK TUNJUK PERANGAI JUMPA PM DAN MENTERI #PRAYFORMH370




SIEMENS : Kalau ikut logik mereka patut terbang ke Perth, Australia, lokasi yang lebih dekat dengan pusat penyelarasan SAR MH370, tapi sekumpulan 35 orang keluarga penumpang MH370 dari China tiba di Kuala Lumpur pagi tadi dan nak 'cari pasal' dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun usaha cari MH370 masuk hari ke 23 dengan babitkan penyiasat antarabangsa dari seluruh dunia, keluarga China yang 'hendak perhatian' ini nampak nak bikin kecoh dan mahukan publisiti.

Bayangkan kalau benda yang sama jadi di negara mereka, apakah boleh keluarga penumpang lain tuntut hendak jumpa orang nombor satu negara itu hanya kerana hendak jawapan?

Kumpulan yang tiba Subuh tadi, kini tinggal di Hotel Holiday Villa Subang Jaya memberitahu media bahawa mereka datang dengan tiket yang disediakan oleh pihak MAS.

"Kami menuntut untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan..." kata Wang Chuan Jiang abang kepada seorang penumpang yang hilang.

"Kami mempunyai soalan yang ingin ditanyakan secara peribadi dengan mereka " katanya kepada wartawan yang menunggu mereka.

Mereka mendakwa 35 orang ini hanya rombongan awal dan akan ada lagi yang menyusul nanti.

"Kami mahu bukti, kita mahu kebenaran , dan kami mahu saudara-mara kami," kata mereka yang mendakwa di Beijing, mereka tidak mendapat apa-apa maklumat.

Sementara itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting memberitahu Bernama mereka tiba dari Beijing diiringi sembilan pegawai kerajaan republik itu dan kini menetap di Hotel Holiday Villa, Subang.

"Pagi tadi saya berada di Subang untuk pastikan segala persediaan untuk penempatan anggota keluarga dari China yang baru tiba ini berjalan lancar.

"Selain itu, saya juga mengadakan perbincangan dengan Duta Besar China di Malaysia Huang Huikang untuk menyelaraskan perkara-perkara berkaitan," katanya.

Ong menjelaskan anggota keluarga itu merupakan sebahagian daripada kumpulan yang sebelum ini menginap di Hotel Lido di Beijing, namun tidak pasti berapa lama mereka akan berada di Kuala Lumpur.

Sunday, 30 March 2014

TERKINI #MH370 : AMSA KESAN ISYARAT KECEMASAN #PRAYFORMH370



Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.

"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata kenyataan itu.

P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.

Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.

Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. - Bernama

#MH370 : LUAHAN HATI DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN MENGENAI PESAWAT MH370



Pagi 8 Mac lalu, mungkin hari yang biasa bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila beliau menghadiri program 'retreat' UMNO di Janda Baik, Pahang.

Namun situasi itu berubah 180 darjah apabila menerima khabar mengenai pesawat Malaysia Airlines yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

"Macam tidak percaya." Itulah tanggapan pertama Pemangku Menteri Pengangkutan itu selepas kali pertama mendengar mengenai kehilangan pesawat itu.

Namun seperti biasa sebarang maklumat yang diterima menerusi media sosial perlu diperiksa kesahihannya terlebih dahulu.

Terdetik hatinya untuk memeriksa telefon bimbit beliau ketika itu dan benar menerima berita awal menerusi SMS mengesahkan kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk krew.

"Saya terus buat keputusan turun untuk mendengar pengesahan lanjut daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA)."

"Ketika dalam perjalanan, saya mendapat panggilan daripada Pangliman Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang menyatakan ada kesan dalam radar tentera berhubung sebuah pesawat yang belum dikenal pasti sebagai MH370 ketika itu."


Hishammudin menceritakan kembali pengalaman detik-detik awal kepada pemberita dalam satu temubual khas selepas mendapat tahu kehilangan pesawat yang sepatutnya berlepas ke Beijing pada malam berkenaan.

Saturday, 29 March 2014

UPDATE #MH370 : KENYATAAN KERAJAAN INDIA MENGENAI TRAGEDI MH370 #PRAYFORMH370



Kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung caranya mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting".

Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T. S. Tirumurti berkata adalah penting untuk menghargai peranan kerajaan Malaysia dalam insiden luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perpisahan untuk pesawat India, C-130J, satu daripada dua pesawat dihantar kerajaan India untuk menyertai misi mencari MH370, di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

"Kami semua memahami kesukaran dihadapi kerajaan Malaysia sejak dua minggu lepas atau lebih. Presiden India juga telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan sahaja menzahirkan rasa simpati dan takziah, tetapi juga penghargaan kepada kerajaan Malaysian bagi segala usaha dilakukan mereka," katanya.

India menghantar dua pesawat peninjau maritim, P8-I daripada Tentera Laut India dan C-130J daripada Tentera Udara India, untuk menyertai misi mencari pesawat MAS itu yang hilang di Lautan Hindi.

Bagaimanapun, tugas pesawat C-130J telah selesai dan majlis hari ini diadakan untuk mengucapkan selamat jalan kepada kru dan pesawat itu yang berlepas pulang ke India.

Bagi P8-I, tugasnya masih belum berakhir dan sedang menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menyertai misi mencari pesawat itu di perairan Perth, Australia.

Tirumurti berkata MAS juga amat sensitif terhadap keperluan lima warganegara India yang merupakan penumpang MH370.

#MH370 : MALAYSIA SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK , APA LAGI YANG MEREKA MAHU !!!! #PRAYFORMH370


Malaysia sudah lakukan yang terbaik

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (Acccim) yakin Malaysia sudah melakukan yang terbaik dalam memberikan maklumat terkini kepada orang ramai berhubung kes pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac.

Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata kerajaan tidak boleh mengumumkan apa-apa berita yang belum disahkan kerana perlu mengambil langkah berhemat, sikap bertanggungjawab dan menghormati keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

"Justeru, kita tidak boleh menganggap Malaysia mempunyai niat untuk bersubahat atau menyembunyikan apa-apa berita tertentu yang mungkin tidak memihak kepada kita.

"Kenyataan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abdul Razak pada 24 Mac lepasmenunjukkan komitmen kerajaan terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu. Beliau berjanji akan mendedahkan semua maklumat secara telus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian.

Isnin lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa penerbangan pesawar itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...