.jpg)
Menurut Sohaimi yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang, MoU itu telah diperhalusi dan keputusan tersebut diambil demi kepentingan rakyat Selangor yang berdepan krisis air sejak kebelakangan ini.
“Semua pihak daripada mana-mana parti politik, berhentilah daripada mempolitikkan isu air ini. Saya rasa sudah ada jalan penyelesaian, cuma tinggal peringkat pelaksanaan dan persetujuan kedua-dua pihak.
“Saya yakin dan percaya pihak menteri besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai penasihat dari segi undang-undang, teknikal dan sebagainya. Ini perkara yang telah diperhalusi dan keputusan diambil untuk kepentingan rakyat Selangor.
"Jadi, Rafizi Ramli atau mana-mana ahli politik yang lain-lain berhenti untuk mempolitikkan isu air ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Melihat tindakan Rafizi yang mempersoal kandungan MoU itu, Sohami menyifatkan Rafizi seolah-olah cuba meraih populariti dengan mempolemikkan isu air tersebut.
“Dalam hal ini, kita merasa bersyukur kerana satu jalan penyelesaian telah dapat di lakukan dan bagi rakyat negeri Selangor. Apa yang kita mahu adalah satu hasil daripada perbincangan itu memberi kebaikan tanpa mengira mereka menyokong parti mana, kaum apa dan sebagainya.