sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label RAFIZI RAMLI. Show all posts
Showing posts with label RAFIZI RAMLI. Show all posts

Friday, 29 May 2015

Video : UMNO Punca Saya Kutip Derma Cara Salah - Rafizi



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyalahkan Umno berhubung isu laporan polis ke atas beliau yang dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PSMP) atas dakwaan penipuan kutipan dana.

Rafizi berkata, kutipan tersebut disalurkan ke atas syarikat beliau kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mudah untuk meluluskan penubuhan sesebuah NGO.

"Undang-undang pertubuhan di Malaysia ini ditentukan oleh Umno, hanya pertubuhan tertentu yang dapat kelulusan.


Wednesday, 25 February 2015

RAFIZI DI MATA RAKYAT MALAYSIA @ibdil @azwanbro Jom #DebatLiwat2



Rafizi Ramli seperti kita semua tahu dia pernah menjadi Pengarah Strategi PKR, dan kini menjadi Naib Presiden PKR dan juga Setiausaha Agung PKR. Dia terkenal dengan kegagalan ‘Kajang Move’. Rafizi Ramli merupakan pengarah strategik PKR ketika itu. Kedudukannya sepatutnya menggambarkan beliau merupakan pakar strategi. Namun, semenjak "Kajang Move" watak pakar strategi hanyalah omongan kosong.

Langkah-langkah politik yang diambil oleh Rafizi di lihat mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat Malaysia.

Rafizi ada mengatakan ‘jika harga minyak turun, harga barangan juga akan turun’. Sejauh manakah kebenaran di sebalik teori ini?

Namun Rafizi terbukti gagal dalam teori ekonominya. Seperti yang dijangka, Rafizi kerap kali kalih kepada GST (Goods & Services Tax) apabila teori ekonominya menemui kegagalan. Beliau sering menggunakan GST sebagai alasan punca kenapa harga barang tidak turun walaupun minyak sudah semakin murah.

Maka tidak hairanlah mengapa sekarang rakyat mengingati Rafizi sebagai ikon “Minyak Murah, Harga Barang tidak murah-murah”.

CABARAN DEBAT RAFIZI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Baharu ini Rafizi ada melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Topik yang dipilih Rafizi ialah ‘Penghakiman Kes Liwat II Anwar Ibrahim’.

Saturday, 10 May 2014

PANAS !! RAFIZI TERTELAN CICAK DALAM CAWAN !!! PATUTLAH


Budak Gay belaan Anwar ni sekali lagi menunjukkan pemikiran tahap Lembu apabila mempertikaikan dan menfitnah Datin Seri Rosmah Mansor menaiki Helikopter bersama Perdana Menteri dan membazir. Inilah manusia yang dikatakan beragama Islam tapi langsung tidak takut untuk menfitnah orang lain. 


Salahkah seorang Isteri Perdana Menteri menaiki Helikopter bersama suaminya yang juga Perdana Menteri untuk ke sesuatu tempat yang jauh dan mempunyai jadual yang padat ?? SALAHkah !! mungkin dalam otak pemikiran manusia belaan Anwar ni , hanya Perdana Menteri saja yang layak dan Isteri Perdana Menteri kena naik kereta saja. 

Saturday, 26 April 2014

VIDEO PANAS !!! RAFIZI TELANJANGKAN ANWAR DI PARLIMEN !!! MALU SIOT !!



Datuk Ahmad Maslan di dalam jawapan beliau menemplak Rafizi Ramli dengan membandingkan dengan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat.

Fakta yang Rafizi Ramli terlupa atau buat-buat lupa adalah sepanjang 8 tahun Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan, sebanyak 29 kali Anwar Ibrahim membentangkan bajet tambahan!!! Nampak sangat Rafizi Ramli kantoi buat sekalian kali apabila beliau tidak membuat kajian yang mendalam sebelum membuka mulut celupar beliau.

Bodohnya Anwar ada budak suruhan yang bodoh lagi bengap !!


Saturday, 5 April 2014

BERITA HANGAT !!!! ANWAR BERAHIM TERKELU LIDAH , WAN AZRI LAPOR POLIS , RAFIZI TERSENTOT !!!!



Berikut merupakan kenyataan Wan Muhammad Azri berhubung laporan polis terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim : -

Semalam 3 hb April 2014 YB Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataan beliau di parlimen telah cuba untuk menggugut saya melalui laporan Polis yang akan beliau dan YB N.Surendran buat pada Selasa tanggal 8hb April ini.

Menurut Rafizi Ramli laporan Polis akan dibuat ke atas saya kerana didakwa telah memberi keterangan palsu di Mahkamah sewaktu kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim bulan Febuari yang lalu.

Saya tidak salah dan tidak ada apa yang perlu untuk ditakutkan dengan ugutan dari YB Rafizi Ramli dan YB N.Surendran dalam perkara ini. Saya menunggu laporan polis yang akan dibuat oleh mereka berdua ini pada 8hb April untuk saya menjalankan tindakan selanjutnya pada 9hb April yang mana turut akan membuat laporan Polis.

Beberapa penipuan sewaktu memberikan keterangan telah dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan(arrestable offence).

Thursday, 3 April 2014

RAHSIA HAMPIR BOCOR , RAFIZI TERSENTOT KECUT TELUR !!! 1 LAWAN 1 KALAU ANAK JANTAN !!!!!



Aku geli ketiak hari ni tengok twitter budak suruhan Rahum Ghouse si Rafizi Ramli yang telah menyerang Sir Azri dan cuba menakut-nakutkan beliau dengan hukuman penjara 7 tahun kerana dkatakan Sir Azri telah memberi keterangan palsu di Mahkamah. 

Bukan takat Rafizi saja yang serang Sir Azri tapi N.Surendran ahli parlimen Padang Serai dan Lathefa Koya ahli majlis tertinggi PKR yang juga bekas ahli majlis perbandaran Petaling Jaya. Lathefa Koya dan N.Surendran ini juga merupakan peguam kepada Anwar Ibrahim sewaktu kes saman Anwar ke atas Sir Azri. 

Wah dasyatnya puak-puak ni kan !!! Rafizi selaku Ahli Parlimen telah membuat kenyataan berbaur ugutan untuk membuat laporan Polis ketas Sir Azri yang dikatakan oleh puak ni sebagai menipu Mahkamah masa pembicaraan kes saman Anwar terhadap Sir Azri RM100 juta 

Rafizi Ramli juga kata nak saman Sir Azri kerana fitnah beliau telah dipecat dari Petronas. Akupun terkejut juga , setahu aku yang buat artikel tu adalah 'PAPA GOMO' bukannya Sir Azri. Aku perati juga Sir Azri langsung tidak gentar dengan ugutan dari Rafizi tu malah terus mencabar Rafizi untuk saman beliau.



Wednesday, 5 March 2014

TUDIAAA !!!! CUKUP-CUKUPLAH TU RAFIZI !!!!



"Henti politikkan isu air Selangor," demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan ketika diminta mengulas tentang pertikaian beberapa pihak termasuk Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Menurut Sohaimi yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang, MoU itu telah diperhalusi dan keputusan tersebut diambil demi kepentingan rakyat Selangor yang berdepan krisis air sejak kebelakangan ini.

“Semua pihak daripada mana-mana parti politik, berhentilah daripada mempolitikkan isu air ini. Saya rasa sudah ada jalan penyelesaian, cuma tinggal peringkat pelaksanaan dan persetujuan kedua-dua pihak.

“Saya yakin dan percaya pihak menteri besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai penasihat dari segi undang-undang, teknikal dan sebagainya. Ini perkara yang telah diperhalusi dan keputusan diambil untuk kepentingan rakyat Selangor.

"Jadi, Rafizi Ramli atau mana-mana ahli politik yang lain-lain berhenti untuk mempolitikkan isu air ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Melihat tindakan Rafizi yang mempersoal kandungan MoU itu, Sohami menyifatkan Rafizi seolah-olah cuba meraih populariti dengan mempolemikkan isu air tersebut.

“Dalam hal ini, kita merasa bersyukur kerana satu jalan penyelesaian telah dapat di lakukan dan bagi rakyat negeri Selangor. Apa yang kita mahu adalah satu hasil daripada perbincangan itu memberi kebaikan tanpa mengira mereka menyokong parti mana, kaum apa dan sebagainya.

Thursday, 30 January 2014

PANAS !! KAITKAN TUN M , PEMUDA UMNO KEDAH BIDAS RAFIZI !! @MukhrizMahathit



Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing. 

Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yg sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti2 yg kukuh. 

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yg ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli2 pakatan rakyat yg semakin hari semakin hilang kepercayaan thdp pucuk pimpinan PKR.

Wednesday, 25 December 2013

TUDIAA !! RAFIZI PKR KENA BEDAL DENGAN MOF KAW KAW !! @ahmadmaslan @NajibRazak #GST

MoF perjelas penjualan aset kerajaan



Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.

Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan.

Kementerian berkata penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.

"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata MoF dalam satu kenyataan hari ini.

Mof berkata aset kerajaan dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.

"Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperoleh terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.

Friday, 22 November 2013

VIDEO PANAS !!! RAFIZI DAH BERTAUBAT LEPAS KENA BEDAL DENGAN BOM ATOM !!!


Kah Kah kah kah !! ini ke rupanya pakar strategi PRK ?? malu siot , bak di panah petir kantoi memusing soalan !! Rafizi nampaknya silap langkah bangkit isu elaun @ gaji yang diterima oleh penasihat-penasihat Perdana Menteri bila kena panah dengan Datuk Noh Omar di Parlimen

Datuk Noh bertanyakan soalan adakah beliau menerima gaji semasa menjadi penasihat Khalid Gagap..

Rafizi tergagap gagap untuk menjawab soalan Datuk Noh sehingga dia terpaksa mengaku menerima elaun sebagai penasihat sambil menunduk malu..

Tuesday, 2 July 2013

GEMPAR !!! AZALINA TAWAR RAFIZI JADI PENGURUS DALAM KEMPEN PEMILIHAN UMNO ?? PEHHH !!!


Dewan Rakyat semalam gamat dengan gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno .

Azalina secara berseloroh dan bersahaja  ketika Rafizi bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz. 

Bagi Apj , sememangnya mengalukan dan memberi sokongan penuh kepada Azalina atas pengalaman beliau membimbing dan menubuhkan Puteri Umno dahulu . Semoga Azalina mendapat sokongan dalam pertandingan Ketua Wanita Umno Malaysia nanti dan jika menang dapat menjadikan Wanita Umno digeruni kembali seperti dahulu. 

Teruskan perjuangan wahai Azalina. 

Thursday, 27 June 2013

PANAS !!! NFC SAMAN RAFIZI DAN MALAYSIAKINI !!! HAMIK KAW !!!

NFCorp saman Rafizi, Malaysiakini

NFC


KUALA LUMPUR - Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman fitnah ke atas pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City.

Mohamad Salleh dan (NFCorp) sebagai plaintif kedua memfailkan saman itu pada 3 Jun tahun ini dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui Wan Shahrizal, Hari & Co menamakan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan dan pemilik portal berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan.

Hari ini saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Nur Shafrida Hashim.

Peguam Mohamad Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin memberitahu pemberita mahkamah memberikan masa 14 hari untuk Mohd Rafizi dan Malaysikini memfailkan penampilan mereka di mahkamah.

"Masa 14 hari akan luput menjelang 2 Julai, jika gagal plaintif akan memfailkan satu penghakiman ingkar terhadap defendan," katanya sambil menambah plaintif telah mengemukakan writ saman kepada defendan pada 18 Jun.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 19 Ogos bagi pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohamad Salleh berkata pada 7 Mac tahun lepas, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.

Mohamad Salleh memohon untuk ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu. - Bernama


APJ : Harap ramai lagi yang berani saman puak pembangkang yanag suka menabur fitnah nih!!!! 

Friday, 3 May 2013

BUKTI !!! HOT NEWS : MILO SUAM DI TAHAN BAWAH OSA !! RUPANYA RAFIZI YANG DOK BAYAR SI MILO NIH !!! PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


Pakatan memang lantang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Malangnya, Pakatanlah yang kerap menghalang & mengherdik mereka yang mengamalkan kebebasan bersuara.

Tindakan cybertroopers Pakatan terutamanya Red Bean Army naungan DAP mengherdik dan membuli penyokong-penyokong BN adalah contoh betapa mereka sendiri tidak menghormati kebebasan bersuara orang lain.

Mereka adalah golongan hipokrit paling besar di alam maya.

Blogger Milo Suam yang ditahan polis di bawah OSA juga dikatakan menerima bayaran dari Rafizi Ramli & PKR.



TUDIAAA !!! MAI BACA SINI PULAK !!! 

Thursday, 2 May 2013

HOT NEWS : RAFIZI NAK KENA SAMAN PULAK DAH !!! TERUK BETUI !!!!#NajibMyPM #PilihBN #TolakPR #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Calon BN Pandan, Gary Lim mahu menyaman Rafizi Ramli kerana menfitnah beliau.

PR menyebarkan fitnah kononnya Gary Lim terlibat dalam penyelewengan dan salahlaku; kononnya beliau sedang disiasat oleh Majlis Peguam.

Garu Lim menasihatkan Rafizi Ramli agar tidak bermain politik kotor, sebaliknya menunjukkan apa yang boleh beliau lakukan untuk penduduk Pandan.

Sunday, 7 April 2013

PANAS !!! RAFIZI AWAT JADI LAGU TU JUGAK !!! JAMBAN #PRU13 #AnwarLiwat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pengangkutan Di Malaysia

Sememangnya pengangkutan merupakan salah satu keperluan asas rakyat Malaysia untuk kegunaan pergi bekerja, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Namun, mari kita lihat apakah rasionalnya memansuhkan 100% cukai eksais kenderaan, yang dibentangkan oleh saudara Rafizi Ramli. Biar saya terangkan serba ringkas apa yang dibentang oleh beliau. Dengan mengambil data-data dari blog Rafizi Ramli dan website Kementerian Kewangan Negara.

Anggaran pendapatan negara dari cukai eksais yang dikutip oleh kerajaan adalah RM7.4B untuk tahun 2013 dan menaik sebanyak 4% setiap tahun. Melalui dasar ini, pemotongan cukai eksais akan dilakukan dengan berperingkat-peringkat sebanyak 20% setiap tahun dalam tempoh 5 tahun.

20% x RM7.4B = RM1.5B defisit.

Bagi menampung defisit ini, dasar ini akan menambahkan pendapatan negara melalui 2 kaedah iaitu dengan lelongan AP secara terbuka dan lebihan pungutan cukai hasil daripada wang rakyat dibelanjakan.

Pertama, dengan membuat lelongan AP secara terbuka dijangka akan memberi pulangan sebanyak RM2B setiap tahun dalam tempoh 3 tahun.

Kedua, melalui lebihan pungutan cukai hasil daripada wang rakyat dibelanjakan yang akan menambah pendapatan negara dengan kenaikan RM0.28B setiap tahun.

Secara keseluruhannya, jumlah keuntungan negara adalah RM2B dari lelongan AP ditambah dengan RM0.28 dari lebihan pungutan cukai, bersamaan dengan RM2.28B.

RM2.28B (Pendapatan) - RM1.5B(Defisit) = RM0.78B (Keuntungan)

Tetapi aliran kewangan ini hanya berlaku pada tahun pertama sahaja kerana pada tahun kedua dan berikutnya, pertambahan 20% potongan cukai eksais kereta akan dilakukan.

Pada tahun pertama potongan sebanyak 20%, kedua 40%, ketiga 60%, keempat 80% dan pada tahun kelima pemansuhan 100% cukai eksais kenderaan.

Apabila kiraan aliran kewangan dilakukan, yakni keuntungan ditolak dengan defisit potongan cukai eksais.

Pada tahun 2013 kerajaan akan mendapat keuntungan sebanyak RM0.78B
Pada tahun 2014 kerajaan akan mendapat keuntungan sebanyak RM0.34B
Pada tahun 2015 kerajaan akan menanggung kerugian sebanyak RM1.2B
Pada tahun 2016 kerajaan akan menanggung kerugian sebanyak RM6B
Dan kerugian sebanyak RM12B pada tahun 2017 dan berlanjutan kpd tahun-tahun berikutnya.












Sekiranya ini berlanjutan sehingga 10 tahun, pada tahun 2022 negara terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM38.8B!

Sekiranya pemansuhan cukai eksais kenderaan TIDAK dilakukan dan kutipan cukai eksais diteruskan selama 10 tahun.
Anggaran pendapatan negara dari cukai eksais yang dikutip oleh kerajaan adalah RM7.4B untuk tahun 2013 dan menaik sebanyak 4% setiap tahun.



Sekiranya jumlah pendapatan negara ini ditambah keseluruhannya dalam tempoh 10 tahun, pendapatan yg sepatutnya kerajaan peroleh adalah RM89B.



Sepatutnya kerajaan peroleh keuntungan RM89B bertukar menjadi kerugian RM40 defisit! Pendapatan negara akan kurang lebih RM100B dalam tempoh 10 tahun. Hal ini akan menambahkan lagi beban kerugian pendapatan negara dan seterusnya akan membantut pembangunan negara.

Namun begitu, saya tidak membangkang sepenuhnya usaha murni yang ingin dilakukan oleh saudara Rafizi Ramli untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia.
Pada pendapat saya,mungkin dengan hanya menurunkan cukai eksais kereta sebanyak 20% sahaja ada rasionalnya. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal penjualan AP setiap tahun dengan "check and balance" akaun negara.


SUMBERNYA DISINI YA 

FIZI FIZI JAMBAN JAMBAN 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...