sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label FILEM. Show all posts
Showing posts with label FILEM. Show all posts

Friday, 26 September 2014

AL-FATIHAH : DATUK JAMIL SULONG MENINGGAL DUNIA , PERGINYA SEORANG LAGENDA


Perkhabaran sedih dari Malaysia yang Apj dapat pagi ini waktu Arab Saudi , Datuk Jamil Sulong yang juga Pengarah Filem Veteran  meninggal dunia di rumah anaknya, Anwardi, di Bukit Utama Damansara di sini pada kira-kira 9.30 Khamis malam.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 88 tahun.Dikatakan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan angin ahmar setelah hampir sebulan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang.

Dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 6 Ogos 1926, beliau antara anak Melayu terawal mempelepori dunia pengarahan filem. 

Allahyarham telah mengarahkan 26 filem, antaranya, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

Beliau menulis lirik beberapa lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita negara Saloma seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan dan Tiru Macam Saya.

Al- Fatihah - 1926-2014 

Sunday, 17 February 2013

AL-FATIHAH - SEORANG LAGI ARTIS VETERAN KEMBALI KEPADANYA - TAKZIAH KEPADA KELUARGA KUSWADINATA


Pelakon veteran Kuswadinata, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 5.07 petang semalam dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.


“Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

“Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak,” ujarnya.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

- Al-Fatihah -

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...