sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 18 January 2014

TUDIAA !!! KPDNKK RAMPAS BARANG BERNILAI RM 1.1 JUTA !! @NajibRazak @HasanMalekKP #KPDNKK



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merampas sejumlah barangan bernilai RM1.1 juta serta mengenakan kompaun sebanyak RM340,000 terhadap peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Harga.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan itu hasil Ops Harga yang dijalankan sepanjang tempoh enam bulan lepas iaitu dari Julai hingga Disember 2013, membabitkan 3,776 kes.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,702 kes di bawah kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, dan sembilan kes kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan.

"Selain itu, sebanyak 1,065 kes pula dikesan kerana gagal menentusah alat timbang dan sukat yang digunakan untuk perniagaan," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh sama, sebanyak 484,506 pemeriksaan dilakukan bahagian penguatkuasa kementeriannya bagi mengesan kesalahan peniaga di seluruh negara.

Hasan juga berkata pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas peniaga bagi memastikan pengguna tidak terus dibelenggu kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, mengulas sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil, beliau berkata selain menghargai golongan berkenaan di negara ini, ia mampu menjadi platfom untuk mereka memperluas perniagaan.

Katanya, sambutan tiga hari di Dataran Senawang, yang bermula hari ini, dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Sambutan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Macam kita tak tahu yang kena saman ini semua banyak peruncit2 Melayu tapi taukeh pemborong cina dilepas.

alfie

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive