sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HIMPUNAN ORANG MUDA KEDAH. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN ORANG MUDA KEDAH. Show all posts

Friday, 1 February 2013

TUDIAAAA USUL ORANG MUDA KEDAH KEPADA PERDANA MENTERI @NajibRazak @tunfaisal @khairykj #BNYjobsfair13 #savekedah



Sekretariat Himpunan Anak Muda Kedah pada Khamis mengemukakan memorandum mengandungi sembilan usul kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Memorandum itu dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) Ku Iskandar Ku Saad, sempena lawatan sehari Najib ke Kedah pada Khamis untuk merasmikan Himpunan Orang Mudah Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Antara usul itu ialah meminta bank memberi pinjaman mudah kepada mereka yang menyediakan tanah untuk mendirikan rumah, menubuhkan Tabung Kumpulan Usahawan Muda Kedah, dana pengurusan badan bukan kerajaan (NGO) sebanyak RM2,000 diberikan kepada setiap NGO; memohon sebuah universiti berteraskan pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan berteknoloji tinggi diwujudkan di Kedah dan mewujudkan litar lumba bagi membendung masalah sosial.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu, Ku Iskandar berkata usul itu bertujuan membantu golongan muda berdepan cabaran ekonomi tidak menentu.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur kerana Perdana Menteri memberikan tumpuan khusus kepada golongan muda dengan menyediakan terlalu banyak program untuk meringankan beban kami sejak menerajui pemerintahan negara," katanya.

Sementara itu, golongan belia di Kedah dan negeri-negeri berhampiran tidak melepaskan peluang memohon Bantuan Lesen 1Malaysia yang dilancarkan Najib sempena program Himpunan Orang Muda Kedah itu.

Tinjauan Bernama sejak 11 pagi ini mendapati ramai belia berbaris di hadapan kaunter BL1M bagi mendapatkan borang tersebut.

Kholidah Hasan, 49, dari Baling berkata dia bersama tiga anaknya bertolak dari rumah kira-kira 6 pagi bagi memohon BL1M untuk dua anaknya selain mahu berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara dengan lebih dekat.


"Bila dapat tahu PM (Perdana Menteri) nak datang lancar BL1M, saya mengajak anak-anak datang kerana dua anak saya, Mohd Fikri Mohd Lik, 20, dan Mohd Firdaus, 22, masih belum mempunyai lesen memandu.

"Saya tidak ralat datang jauh-jauh kerana jika dua anak saya ini dapat bantuan tersebut, kami sudah jimat kira-kira RM300 untuk mendapatkan lesen. Anak saya dah tanya di sekolah memandu bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan lesen motosikal iaitu kira-kira RM350 seorang," katanya.

Katanya dia berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi banyak bantuan kepada rakyat negara ini.

"Bantuan terbaru ini menunjukkan kerajaan kita (Persekutuan) sentiasa memikirkan keperluan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Bibi Halimah Mustafa, 38, berkata selepas mendapat tahu tentang pelancaran BL1M, dia tidak melepaskan peluang datang bersama rakan-rakannya bagi memohon lesen motosikal.

"Pendapatan saya sebagai pembantu kedai makan tidak mencukupi bagi mendapatkan lesen, jadi saya tidak melepaskan peluang datang hari ini...terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang sentiasa melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat," katanya.

Bagi Rosnani Che Hat, 46, dia sedikit terkilan kerana permohonan BL1M dihadkan kepada belia berumur 40 tahun ke bawah dan berharap kerajaan meningkatkan had umur bagi membolehkan lebih ramai lagi masyarakat yang kurang mampu memohon lesen motosikal.

Perdana Menteri ketika melancarkan BL1M pada Khamis berkata dengan program bantuan berkenaan, semua golongan belia boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa yang lebih RM350.

BL1M terbuka kepada warganegara berusia 17 hingga 40 tahun dan yuran dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Selain itu karnival BN Youth Job Fair yang menghimpunkan 83 majikan dengan lebih 4,500 peluang pekerjaan turut diadakan.

Khalisah Hasma Kasim, 24, lulusan Universiti Malaysia Sabah berkata karnival kerjaya itu memberi banyak peluang pekerjaan kepada golongan pencari kerja.

"Sebelum ini saya pernah menghadiri karnival kerjaya yang diadakan di beberapa daerah tetapi tidak banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan saya. Di sini, banyak peluang pekerjaan yang boleh saya mohon kerana syarikat yang mengambil bahagian juga banyak," katanya.

Mohd Fadzul Reeza Mohd Fuad, 22, berkata ini kali pertama dia menghadiri karnival kerjaya dan berharap ada peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.

Bagi R. Puspalatar, 28, berkata karnival kerjaya yang diadakan selama tiga hari itu bermula Khamis menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan pencari kerja. - BERNAMA

EKSKLUSIF : VIDEO ORANG MUDA KEDAH SOKONG TERUSKAN #BNYjobsfair13 @tunfaisal @khairykj







Atas insiatif Pemuda BN untuk membantu golongan muda yang masih belum mempunyai kerjaya atau mahu memilih kerjaya baru. Program BN Youth Jobs Fair menawarkan pelbagai peluang kerjaya untuk golongan muda.

Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan penganjuran BN Youth Job Fair di empat lokasi terpilih pada tahun ini berikutan sambutan hangat yang diterima pada setiap penganjuran sebelum ini.

Pengerusi Sekretariat BN Youth Job Fair, Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam satu kenyataan hari ini berkata, karnival kerjaya itu akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah pada 31 Januari hingga 1 Februari ini.

Lokasi kedua ialah Dewan Millenium di Terengganu Trade Centre pada 22 dan 23 Februari diikuti Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bagi menutup tirai 2013.

"Para graduan yang masih tercari-cari peluang pekerjaan mahupun yang sudah bekerja dijemput ke karnival kerjaya sepanjang tahun ini," katanya.

Majikan yang berminat untuk memeriahkan karnival itu boleh menghubungi pihak sekretariat dengan melayari laman sesawang www.bnyouthjobfair.my.

BN Youth Job Fair 2012 yang berlangsung di PWTC November lepas menerima sambutan sangat menggalakkan apabila berjaya menarik 120,000 pengunjung dengan lebih 100,000 resume diterima




APJ : BN MEMBUKA PELUANG KERJAYA PADA ORANG MUDA - BUKAN PELUANG MERUSUH ATAU DEMONTRASI DI JALANAN ~ BN PILIHAN ORANG MUDA 

Thursday, 31 January 2013

EKSKLUSIF : TUDIAAA ARTIS CUN BERSAMA HIMPUNAN ORANG MUDA KEDAH #BNYjobsfair13 @tunfaisal


Antara Artis yang hadir memeriahkan Himpunan Orang Muda Kedah bersama Perdana Menteri di Stadium Seri Menanti Alor Setar Kedah.

Perdana Menteri dijangka hadir ke Stadium Seri Menanti ini kira-kira jam 4 petang .

JUMPA DI SANA BEB !!!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...