sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BARISAN NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label BARISAN NASIONAL. Show all posts

Sunday, 2 February 2014

PANAS !! TUN M AKAN LAWAN ANWAR DI PRK KAJANG ??? TUDIAA !!!! #PRKKAJANG



Apj gelihati dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Idris Haron melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan calon paling sesuai mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berdepan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Sudah lebih 10 tahun Tun Mahathir melepaskan jawatannya dan Apj lebih lihat kenyataan Idris Haron sebagai jenaka sahaja, tidak mungkin dan cukuplah Tun berkecimpung dalam politik selama ini , berikan dia rehat. 

Menurutnya Idris Haron , hanya Dr. Mahathir sahaja yang mampu mengugat Anwar yang bukan sahaja bercita-cita tinggi ingin menjadi Menteri Besar Selangor tetapi mahu mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Wednesday, 10 July 2013

PRK BESUT : PAS LETAK BENDAHARI PAS BESUT SEBAGAI CALON MENENTANG CALON BN !!!


Dalam ceramah politik sebentar tadi di Kampung Nail, Kuala Besut , Presiden Pas , Datuk Seri Hai Hadi Awang telah mengumumkan bendahari PAS Besut, Azlan Jusoh dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini.

Apj dimaklumkan kehadiran di ceramah itu lebih kurang 600 orang lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut . Antara kepemimpinan yang hadir adalah Mohamad Sabu, YB Dato Husam bin Musa, Dato Mustaffa bin Ali dan YB Mohd Abd Wahid bin Endut.

Terkifir jugak dalam fikiran ni dimana geng-geng pakatan semasa pengumuman calon Pas ni ? Takkan puak-puak Pas saja yang datang ? huh !! Kesian-kesian .

Sementara tu Pas telah melancarkan tabung derma besar-besaran bagi calon Pas bertanding dan memudahkan pergerakkan parti Pas sepanjang kempen PRK Kuala Besut ni. Adehhh kena lagi rakyat . 


Tuesday, 9 July 2013

HOT NEWS : UCAPAN PUASA PERDANA MENTERI @NajibRazak



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh Malaysia yang akan menjalani ibadah tersebut bermula esok.

"Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh Malaysia.

"Moga-moga ibadah kita tahun ini dapat disempurnakan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya-ALLAH," kata Najib dalam entri terbaru dalam Facebook dan Twitter hari ini

Tuesday, 4 June 2013

PANAS !!! SEKAT FACEBOOK SEBELUM PARAH !!!

Badrul Hisham Badrudin

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya 

SINAR 

Saturday, 1 June 2013

DAULAT TUANKU l: YANG DI-PERTUAN AGONG MAHU RAKYAT AKUR KEPUTUSAN PRU13

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini malam ini.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. - Bernama

APJ : MENJUNJUNG KASIH TUANKU 

Friday, 17 May 2013

Senarai Barisan Kabinet Persekutuan 2013 #BNBagus

Senarai Barisan Kabinet Persekutuan 2013 

logo parlimen

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Friday, 10 May 2013

PANAS !!! ANWAR TERSENTOT BILA ANALISIS PRU13 NAJIB DAN MUHYIDDIN LEBIH BAIK !!!! #GE13 #PRU13 #BetterNation #TolakPR



PM Najib telah berhadapan dengan musuh-musuh yang lebih besar daripada PRU12.

Kemenangan BN mengekalkan pentadbiran negara serta merampas semula Kedah adalah satu pencapaian yang sangat baik.

Selain merampas semula Kedah, BN juga berjaya mengekalkan pentadbiran di Perak.

UMNO telah memenangi lebih banyak kerusi yang dipertandingkan.

Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kepada 88.

Bagi kerusi DUN juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

LAGI MENARIK DISINI

Wednesday, 8 May 2013

HOT !! TUN M PULAK BUKAK CERITA PASAL ITU 'TSUNAMI' !! #PRU13 #BNBagus


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.

Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang.

Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) semalam, Najib berkata beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu.

Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.

"Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya.

Beliau berkata masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan.

"Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali.

"Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi jika kalah pada PRU13 bertujuan bagi meraih simpati negara barat yang sememangnya dilihat tidak senang hati dengan kemajuan negara ini, terutama dipimpin oleh Melayu dan Islam.

"Islam sekarang ini adalah musuh sejagat kebanyakan orang di barat. Mereka tidak mahu melihat negara di bawah kepimpinan Islam mencapai kemajuan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata barat secara tidak langsung akan menggunakan alasan berkenaan untuk membelasah kerajaan Malaysia sepanjang masa dan menyebabkan Islam menjadi lemah.

Sumber : Bernama

Tuesday, 7 May 2013

GEMPAR !!! NAJIB PUNCA RUPANYA KES BN KEDAH !! PANAS !!!! #PRU13 #BNBagus



ALOR SETAR: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelum hari pengundian bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menawan semula negeri ini dilihat menjadi faktor penting kepada kejayaan BN merampas semula Kedah.

Ia dikatakan menjadi tarikan kepada pengundi muda, atas pagar dan pengundi dari luar untuk memberi sokongan kepada BN kerana yakin terhadap kewibawaan Mukhriz sebagai Menteri Besar yang baharu.

Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata pengumuman saat akhir Najib itu menjadi 'bomb issue' yang menarik sokongan pengundi untuk memberikan semula Kedah kepada BN.

"Orang Kedah sebelum ini tak pasti siapa Menteri Besar. Apabila diumumkan, orang muda dan belia yang sememangnya mempunyai keyakinan terhadap Mukhriz beralih sokongan kepada BN untuk mentadbir semula negeri Kedah," katanya.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa UUM itu berkata ramai yang mengakui BN membuat pilihan terbaik apabila meletakkan Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadi Menteri Besar jika BN menang.

"Ini merupakan kehendak rakyat, bukan parti. Jika PAS pun, rakyat hendakkan Menteri Besar yang muda tetapi nampak seperti orang lama (bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak) masih mahu kekal," katanya.

Mohd Azizuddin berkata faktor Najib itu sendiri menjadi isu yang kuat di Kedah di kalangan orang-orang Melayu, yang melibatkan lebih 75 peratus penduduk di negeri ini, walaupun tidak begitu menjadi dalam kalangan masyarakat Cina.

"Agenda tranformasi Perdana Menteri diterima baik oleh rakyat walaupun tak sepenuhnya. Orang Cina juga menerima baik transformasi itu tetapi masih menolak BN," katanya.

Pada pilihan raya umum semalam, BN menang 22 kerusi DUN berbanding PAS (8), PKR (4) dan DAP (2).

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan BN kembali menjadi pilihan adalah kerana kegagalan kerajaan negeri sebelum ini yang diterajui PAS dalam membawa pembangunan yang dijanjikan sebelum ini selain perbalahan sesama sendiri pemimpin parti yang membentuk kerajaan negeri sebelum ini.

"Kerajaan negeri banyak kelemahan. Rakyat bosan dengan masalah dalam parti pembangkang dan PAS tak perform, maka mereka beralih semula kepada BN. Mereka lebih tertarik kepada BN.

"PAS asyik bergaduh selepas memerintah negeri ini. Ekonomi tak bagus, pembangunan tak ada. Pelaburan menurun. BN pula dilihat cuba bawa pelaburan dan pembangunan," katanya.

Gandingan pemimpin lama dan baharu iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN negeri dan Mukhriz sebagai Timbalannya sejak Januari 2011 turut membantu memperbaiki prestasi BN di Kedah.

Walaupun Mukhriz yang menjadi Menteri Besar tetapi peranan Ahmad Bashah, yang mempertahankan kerusi DUN Bakar Bata pada PRU kali ini, dalam membolehkan BN menang kembali di Kedah tidak boleh dipertikaikan.

Selepas BN dan Umno kalah teruk pada PRU 2008, Umno Kedah menjadi lesu sehinggakan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah diberikan kepada orang luar, Naib Presiden Umno Datuk Mohd Shafie Apdal, yang berasal dari Sabah.

Selepas Bashah dilantik memegang kedua-dua jawatan itu pada awal tahun 2011, dan dibantu oleh Mukhriz, Umno Kedah berubah sama sekali dan kemuncaknya semalam apabila kembali menawan Kedah. - BERNAMA

APJ : BN BARU KEDAH , MUKHRIZ PILIHAN ORANG MUDA 

Saturday, 4 May 2013

PANAS !!!! MERDEKA CENTRE BUAT ANWAR SAKIT HATI !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


Kajiselidik terbaru Merdeka Centre yang menjalankan kajian dari tempoh 28 April hingga 2 Mei mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima PM Najib dan percaya kepada BN.

61% responden berpuas hati terhadap prestasi PM Najib.

50% responden mempunyai persepsi positif terhadap BN.

Pakatan Rakyat hanya mendapat 34% persepsi positif.

58% merasakan Malaysia, secara keseluruhan, sedang berada di landasan yang betul.

Isu penting dalam kajiselidik ini adalah isu ekonomi, di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di bawah PM Najib.

Inline image 1

Inline image 2

Inline image 3

Friday, 3 May 2013

VIDEO PERTAMA KALILAH !!! ANWAR DAH KENA !!!



TUDIAA !! ANWAR DAH PENING DENGAN KAJI MENGKAJI NIH !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


Kajiselidik yang dijalankan oleh Institut Kajian Politik (MAPAN) UUM dan Majlis Profesor Negara (MPN) menunjukkan PM Najib Razak dan BN lebih mendapat sokongan rakyat.

Kajiselidik UUM & MPN ini lebih terperinci dan merangkumi sampel yang tepat dibandingkan dengan kajiselidik UMCEDEL yang hanya mengambilkira pelajar-pelajar Semenanjung sahaja.

Sampel kajiselidik adalah 3550 pengundi layak berbilang bangsa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kajiselidik ini berkadar 95% tahap keyakinan dengan margin of error 0.022.

Inline image 1


DAN INI 

Inline image 2

TENTUNYA BN PILIHAN RAKYAT MALAYSIA 

VIDEO PANAS !! KHAS BUAT ANWAR AND THE GENG !!!! #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13

APA DAH JADI NI !!! MELAKA , KEDAH , KELANTAN !!!! #BNBagus #TolakPR #PRU13 #GE13



Gelombang Perubahan Melanda Kedah & Kelantan

Senario semasa dan laporan mutakhir perkembangan minggu ke-2 kempen PRU-13 jelas menunjukkan BN akan terus kekal menerajui Kerajaan Pusat dengan jangkaan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU 12 2008 dan tidak bermasalah untuk merangkul kembali 2/3 kerusi Parlimen.

Sementara itu di peringkat negeri, BN diyakini akan mengekalkan semua negeri yang dimenanginya dulu di masa yang sama memiliki peluang cerah untuk menguasai kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR terutama sekali Kelantan dan Kedah.

Kedah dan Kelantan yang dimenangi PAS pada PRU 12 dulu, kini jelas menyaksikan kebangkitan rakyatnya apabila gelombang perubahan yang melanda negeri itu semakin memuncak di minggu terakhir kempen PRU-13 ini menandakan khalayak sudah tidak sabar untuk menobatkan kembali BN sebagai Kerajaan Negeri.

PAS selaku pemerintah di negeri-negeri tersebut kelihatan sering sesak nafas berikutan asakan demi asakan oleh kempen BN ditambah pula dengan kepincangan yang melanda jentera pilihan raya mereka, ia lagi memudahkan usaha BN untuk menawan kembali Kedah dan Kelantan.

Di Kedah umpamanya, jentera PAS bukan sahaja tidak tersusun disebabkan pertelingkahan dalaman sesama pemimpin dan masalah calon yang tidak digemari akar umbi, tetapi mereka  juga agak gerun menyaksikan program anjuran BN yang berterusan mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan.

Sedangkan PAS pula terpaksa mengimport  ahli dan jentera pilihan rayanya dari seluruh negeri serta mengerah penyokongnya dari Perak dan Perlis semata-mata untuk meramaikan majlis bagi memperlihatkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar masih diterima ramai dan PAS masih kuat.

Tindakan BN meletakkan Dato’ Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam sekali gus selaku calon MB Kedah ternyata betul apabila ia berjaya meningkatkan lagi momentum sokongan rakyat kepada BN. Kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membantu kempen BN tambah menyemarakkan lagi semangat perubahan di kalangan rakyat Kedah.

Tika ini BN mendahului di 22 DUN, jika momentum sekarang berterusan tidak mustahil BN berupaya menguasai 28 daripada 36 sekali gus meletakkan kembali PAS ke kedudukan asalnya sebagai pembangkang di negeri itu.

Manakala di Kelantan pula arus perubahan hasil gerakan Gelombang Merah dan Tukar terbukti berjaya membangkitkan semangat rakyat negeri itu untuk beralih arah dari PAS selepas hampir 23 tahun diperintah parti itu semenjak 1990.

Risikan dan laporan terkini menjangkakan BN kukuh di 25 DUN dan 8 Parlimen manakala PAS pula terkial-kial memperbaiki kembali kubunya di 17 kerusi DUN. Jika keadaan berkekalan atau BN berjaya meningkatkan lagi momentum kebangkitan rakyat Kelantan, besar kemungkinan pada PRU-13 sejumlah 28 – 31 DUN dapat dikuasainya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...