sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ISU AIR KEDAH PENANG. Show all posts
Showing posts with label ISU AIR KEDAH PENANG. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

ISU AIR KEDAH !!! GUAN ENG KENA FAHAM KONSEP MENANG-MENANG !! JUMPA BINCANG !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @cmlimguaneng

Mukhriz temui Guan Eng bincang caj air mentah



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam tadi.

Mukhriz berkata perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. - Bernama

Apj : guan eng jangan sombong , kedah pelihara kebersihan air untuk bagi air bersih pada Penang , kos tu guna duit bukan guna kertas atau daun !!

Tuesday, 25 June 2013

PENDEDAHAN !!! GEMPAR ISU AIR !!! RUPANYA INI PUNCA GUAN ENG SEDUT AIR KEDAH !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @cmlimguaneng


Pendedahan oleh sahabat TMK iaitu MTK mengenai isu air antara Pulau Pinang dan Kedah telah membuka mata semua pihak kerana apa Guan Eng begitu harapkan air Sungai Muda di Kedah dan dengan sombong dan bongkak tidak mahu membayar walau sesenpun kerapa Kerajaan Negeri Kedah. 

Pulau Pinang mempunyai beberapa sungai yang mampu menampung keperluan seluruh penduduk Pulau Pinang seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dan Sungai Jejawi.. Tetapi kenapa kerajaan Pulau Pinang masih mengharapkan air dari Sungai Muda yang dialirkan dari empangan muda di Kedah sedangkan ketiga tiga sungai yang ditulis diatas mampu dibekalkan keseluruh Pulau Pinang ??

Sedut air dari Kedah tanpa membayar satu sen lepas kata Pulau Pinang ada hak keatas Sungai Muda hanya untuk mengelak dari membayar sumber bekalan air.. Misal kata kerajaan Kedah tutup empangan muda dan lencongkan aliran sungai ke arah lain, agaknya Kerajaan Pulau Pinang nak sedut air dari mana ??


Sungai Juru 

Sungai Pinang


Sungai Jejawi 





Tudia memang mengejutkan antara sebab Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu sangat air dari Sungai Muda Kedah rupanya air sungai di Pulau Pinang tercemar. Sepatunya Kerajaan DAP Pulau Pinang terutama Guan Eng  menghargai peranan Kerajaan Kedah dan rakyatnya memelihara kebersihan air Sungai Muda dari tercemar tidak seperti sungai-sungai mereka sendiri. 

Jangan terus mempolitikkan isu air kerana malapetaka akan tiba jika Guan Eng terus berdegil dengan sikap smbong dan angkut , tak reti menghormati hak orang lain !! 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...