sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HINA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label HINA ISLAM. Show all posts

Monday, 12 January 2015

TERKINI : Pelampau Eric Paulsen Hina Islam Di Tahan Pihak Polis



Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen yang mendakwa Jakim mempromosikan ekstrimisme di negara ini sudah ditahan di Brickfields, sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

"@PDRM baru sahaja menangkap Eric Paulsen," tulis catatan itu.

Eric dilapor membuat catatan di akaun Twitternya mengatakan: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.

Posting itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak yang menyifatkan Eric menghina agama Islam dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan ke atasnya.

Laporan polis telah dibuat terhadap Eric oleh Pemuda Umno hari ini. 

- Sinar 

Mantap PDRM .. Tahan dan Dakwa Terus !!!! 


Sunday, 11 January 2015

Eric Paulsen Hina Islam, Polis Harus Bertindak Atau Umat Islam Akan Bertindak ??



Kali ini kenyataan yang cukup biadap dikeluarkan oleh peguam Pro DAP dan PR , dia sengaja mencetuskan perasaan marah Umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan yang dilihat ternyata menghina Islam dan Umatnya mengenai khutbah jumaat yang dikatakan menyebarkan ekstremis Islam di negara ini. 


Setiap jumaat seluruh umat Islam di dunia akan menunaikan solat jumaat dan khutbah jumaat. Ia bukan sengaja dibuat di Malaysia tetapi ini adalah salah satu ajaran Islam yang beliau patut tahu tetapi beliau sengaja mencari pasal dengan Umat Islam di Malaysia ini. 

Ternyata keangkuhan dan kesombongan beliau sebagai peguam untuk mencari pasal dan mencabar undang-undang negara. Ini bukan kali pertama puak-puak cina Pro PR ini mencutuskan isu tetai dah banyak kali. Apa sebenarnya yang mereka cari ? Cari asal ataupun penyakit ??

Aku amat berharap pihak berkuasa PDRM mengambil tindakkan sewajarnya bagi mengajar manusia biadap jenis ini. Cukulah kami rakyat Malaysia dihidangkan dengan kelakuan seperti iblis ini. 

Aku juga mengharap rakyat Malaysia tanpa mengira agama mengkritik kenyataan menghina Islam seperti dilakukan oleh Eric Paulsen ini. Jangan sampai kenyataan seperti ini boleh melahirkan sifat dendam dikalangan orang Islam yang telah lama berdiam diri. 

Aku juga akan melihat sejauh mana kekuatan Akta Hasutan 1948 bagi membendung kes-kes seperti ini dari terus berleluasa di bumi Malaysia. 



Lebih menarik lagi ialah apabila Ambiga Sreevanasan, bekas Presiden Majlis Peguam yang sebenarnya merupakan salah seorang daripada pejuang pemurtadan dan liberalisme di Malaysia, turut menyokong Eric Paulsen. Menurut Ambiga, Eric Paulsen seharusnya kekal dengan pendiriannya dan membiarkan dirinya diseret ke mahkamah


Di mana satu kenyataan Eric Paulsen ini menyatakan khutbah jumaat mengajar atau menggalakkan keganasan !!!! 

Eric Paulsen Bodoh Bila Padam Tweet Hina Jakim - @AzwanBro


Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai.

@EricPaulsen101had deletd remark on Friday prayer. That didn't mean Malaysians weren't annoyed. Defamatory. Stupidity of the highest order.— Khairul Azwan Harun (@azwanbro)January 11, 2015


Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil.

@EricPaulsen101Typical bigot who rejects Rukun Negara. Same standard and stupidity with Alvin Tan + Ali Abdul Kadir. Ckp sedap mulut.— Khairul Azwan Harun (@azwanbro)January 11, 2015

Saturday, 17 August 2013

GEMPAR !!! KERAJAAN TARIK SERTA MERTA STATUS PR PENGUSAHA RESORT !!! TERBAIK !!!! @NajibRazak @zahid_hamidi



Kerajaan telah menarik balik status penduduk tetap (PR) pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan bukan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penarikan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap pemegang status PR di negara ini. 

Salah satu langkah pantas dari Kerajaan dan Apj tabik hormat , semoga lepas ni mereka lebih berhati-hati dan menjaga keharmonian kaum dan agama di Malaysia ni .

TERGEMPAR !!! UMAT ISLAM MALAYSIA DALAM KRITIKAL 22 OGOS INI !!!! BANGUN !!! BANGUN !!! BANGUN !!!


Pada 22 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan Persekutuan akan menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan Paderi Besar Kristian Katholik Tan Sri Murphy Pakiam yang memohon supaya Mahmakah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini atas pertimbangan kebebasan beragama mengizinkan Kalimah Allah digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam khususnya di kalangan penganut Kristian.

Pakiam memfailkan permohonan tersebut sambil membuat ulasan dan kritikan terhadap Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri yang bertindak mengemukakan rayuan. Beliau telah menggunakan perkataan “tidak rasional” dan “tidak sensible” di pihak kerajaan yang membuat rayuan padahal kabinet telah memutuskan mengikut fahaman Pakiam bahawa Jemaah Menteri juga akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi melalui kenyataan 10 perkara yang telah dikeluarkan.

Friday, 16 August 2013

GEMPAR !!! SETOR RESORT SEDILI PULAK TERBAKAR SELEPAS ISU SURAU !!!

Setor resort kontroversi terbakar


JOHOR BAHRU 16 Ogos - Sebuah bangunan yang digunakan sebagai setor penyimpanan barangan lama dan lusuh di sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi yang menempatkan 'surau kontroversi' kerana dicemarkan dengan ritual keagamaan selain Islam, terlibat dalam kebakaran awal pagi ini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, polis Kota Tinggi menerima maklumat berkaitan kebakaran pada tingkat atas bangunan dua tingkat itu pukul 12.15 pagi.

Siasatan awal mendapati kebakaran yang memusnahkan kira-kira 50 peratus bangunan di tingkat atas itu berpunca daripada litar pintas dan tiada sebarang unsur perbuatan jenayah.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meminta semua pihak bertenang kerana keadaan adalah terkawal. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, 13 August 2013

PANAS !!! KES SURAU DI JOHOR TOKEY RESORT KENA LOKAP !!!!



Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan.

Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada pukul 2.00 petang tadi.

Friday, 2 August 2013

HOT NEWS !!! KELUARGA 'MAI' CHETZ ANJING MOHON MAAF PADA SAUDARA SE-ISLAM !!! SI KOYA DOK BELA !!!


Bapa saudara kepada Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang lain di bulan Ramadan ini.



Thursday, 1 August 2013

PANAS !!! WANITA ANJING HINA ISLAM DIBELA LOWYAQ PAKATAN !!! SIAP KELUAR FATWA ANJING TAK HARAM !!! NAMPAK SANGAT !!!!



Wanita yang membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd. Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif membabitkan agama.

Tuesday, 23 July 2013

BERITA PANAS !!! 4 PEMUDA MELAYU 'CULIK' PENGHINA ISLAM BAKAL DIHUKUM MATI !!! LAUNGAN TAKBIR KEDENGARAN !!!



SHAH ALAM 22 Julai - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik penganggur, Ng Mun Tatt bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini minggu lalu.

Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd. Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mereka bakal menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan setelah didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menahan Mun Tatt, 21, dengan maksud untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.

Mohamad Asri yang bekerja sebagai juruteknik; Mohd. Mazli, jurulatih tomoi; Zulkarnain, penyelenggara bangunan, dan Agus Hariyanto yang berniaga didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Muneer, No. 1 Jalan Merdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini kira-kira pukul 4.30 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Ridha Abdah Subri dan Shaharudin Ali.

Pada prosiding hari ini, Siti Rohaida memohon tempoh sebulan untuk tarikh sebutan bagi mendapatkan arahan lanjut Jabatan Peguam Negara.

Namun Ridha Abdah membantah dan memohon tarikh itu dipercepatkan dengan alasan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan siasatan telah selesai seterusnya membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Nurul Syahida menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum itu, Shaharudin memohon mahkamah membenarkan seorang pegawai perubatan kerajaan melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kesemua tertuduh.

Katanya, beliau telah mendapat arahan itu daripada keluarga para tertuduh berkenaan namun Nurul Syahida hanya membenarkan tertuduh kedua dan keempat menerima rawatan itu setelah mereka berdua mengaku mengalami kecederaan.

Sementara itu, keempat-empat tertuduh sempat melaungkan takbir sebelum dibawa keluar anggota polis dari mahkamah tersebut.

Mereka ditahan pada 16 Julai lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ampang dan Kampung Medan, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian tersebut.

Menurut laporan akhbar, kejadian culik itu dikaitkan dengan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa memuat naik gambar dengan komen Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka iaitu "Alvin and Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.

Ketika kejadian Mun Tatt sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda sebelum diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta Toyota Alphard.


SUMBER : UTUSAN

APJ : hanya mampu tersenyum sinis , yang menghina bertepuk tangan yang membela bakal dihukum mati , hihi dunia ... 

Friday, 12 July 2013

MELAMPAU !!! RAKAN N.IZZAH AJAK BERBUKA PUASA DENGAN SUP BABI !! APA TINDAKKAN KDN SELEPAS ISLAM DIHINA ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Apj kelu lidah , tak tahu nak cakap apa apabila lihat  Poster terbaru Alvin dan Vivian yang dimuat naik dari facebook milik mereka mengajak umat Islam berbuka puasa dengan sup tulang rusuk babi. Apj rasa mereka faham tentang perkara ni , saja hendak buat umat Islam marah dengan mereka. 

Pasangan cina yang suka buat kontroversi ni , kali ni memang biadap kerana merendah-rendahkan amalan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ni dengan binatang yang diharamkan dalam Islam. Apa yang mereka berdua ni mahu sebenarnya ya ?

Mungkin mereka berani kerana perbuatan mereka dihalalkan oleh parti politik Islam kat Malaysia ni seperti Pas dan Melayu dalam Pkr , sebab tu bila jumpa Nurul Izzah tersengeh ja si Vivian ni. 

Pihak berkuasapun hanya melihat saja dan membiarkan kelakuan mereka ni yang disebarkan melalui media sosial tanpa dikenakan apa-apa tindakkan. Jika kena tindakkanpun pastinya barua-barua peguam sebangsa biaDAP mereka akan turun bantu. 

Apj tak tahu berapa lama lagi umat Islam dan Orang Melayu di Malaysia ni boleh tahan dengan hinaan seteruk ni , bukan takat pijak kepala orang Melayu tapi ni dah tahap boleh kencing dan berak atas mulut orang Islam. Apj bukan berniat mengapi-apikan perkara ni tapi apa tindakkan yang boleh dan akan diambil terhadap mereka oleh pihak berkuasa ? 


Nak harapkan Tok-tok lebai dalam Pas tegur ? nak harapkan si Nurul Izzah tegur ? beranikah mereka ?? dengan Dappun kecut habis lebai-lebai Pas inikan pulak nak ambil tindakkan atau menegur ?

Apj minta pihak berkuasa tak payah la berlembut sangat , PRU13 dah membuktikan tanpa undi cinapun kita tetap boleh memerintah , yakin dengan kuasa Allah , cukuplah bangsa dan agama kita kena hina , sampai bila nak berlembut dengan mereka ?

Takut sangat ka hilang kuasa atau pangkat ? pangkat dan kuasa dunia ni boleh simpan dalam kubur ka ? bertindaklah sebelum terlambat !!! Takat hina BN kita boleh sabar tapi ni dah tahap berani hina Islam . 





Friday, 19 April 2013

VIDEO PANAS !!! KALAU NAK PANGKAH PAS , TENGOK VIDEO NI DULU LA BAI !!!! #TolakPAS #PRU13 #GE13


1. Mereka(Ahli PAS) sanggup membenarkan orang kafir mempergunakan ayat Al-Quran demi kepentingan politik untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam.

2. Mereka(Ahli PAS) dengan selamba gelak dan tawa bersama bila org kafir mempersendakan laungan takbir "Allahuakbar" dan "Alhamdulillah"

3. Mereka(Org KAFIR) mengambil kesempatan terhadap ahli-ahli PAS yang kononnya memperjuangkan agama islam dengan mempergunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam. Lantas orang-orang islam yang dengar akan bercakap "wahhh!..ini cina kafir pun pandai tafsir Al-Quran, kita mesti ikot dia"

Kesimpulan:
PAS bukan jalan singkat untuk anda mendalami agama ISLAM, Al-Quran dan Al-Sunnah adalah pegangan untuk anda lebih mendekati dengan ISLAM!
Wallahualam...

PANAS !! LAGI DAP PESENDA KALIMAH ALLAH , PUAK PAS TEPUK TANGAN GEMBIRA !!! #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13 #BNBagus


Pemimpin DAP Selangor, Ng Swee Lin pula dilihat seolah-olah mempermainkan kalimah suci Allah selepas mengucapkan 'Alhamdulillah', 'masya-Allah' dan 'insya-Allah'.

Lebih malang penghinaan itu dibuat dalam majlis PAS. Di atas pentas PAS. Inilah satu contoh DAP mempergunakan pentas PAS untuk mempersendakan kalimah Allah dan kemudian PAS tidak berbuat apa apa pun. Takut.

Dalam Majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya anjuran Pas di Lembah Pantai, di sini malam ini, Swee Lin memulakan ucapannya dengan kalimah Alhamdulillah kononnya 'bersyukur' diberi peluang berucap.

SAMBUNG SINI LAGI LANJUT 

AKU ANTI DAP !!! JANGAN BIADAP BEBAL !!!!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...