
“Kadang kala waktu berhenti, ku toleh ke sisi, engkau tiada di sampingku, tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi, semuka dengan sahabatku, aku tanya apa khabar.”
Mesti ramai yang sudah pun mendengar lagu ini dimainkan di corong-corong radio bukan? Untuk pengetahuan anda, lagu berjudul Apa Khabar ini didendangkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne.
Namun, apa yang lebih istimewa, jika dihayati keseluruhan lirik lagu ini, ia bagaikan memberi mesej kepada Malique bahawa Joe Flizzow merindui zaman kegemilangan ‘Too Phat’ suatu ketika dulu.
Seorang lelaki yang mirip Malique turut ‘berlakon’ dalam MV Apa Khabar