sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 3 July 2014

HOT ARTIS : JOE FLIZZOW RINDU MALIQUE ? (VIDEO)



“Kadang kala waktu berhenti, ku toleh ke sisi, engkau tiada di sampingku, tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi, semuka dengan sahabatku, aku tanya apa khabar.”

Mesti ramai yang sudah pun mendengar lagu ini dimainkan di corong-corong radio bukan? Untuk pengetahuan anda, lagu berjudul Apa Khabar ini didendangkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne.

Namun, apa yang lebih istimewa, jika dihayati keseluruhan lirik lagu ini, ia bagaikan memberi mesej kepada Malique bahawa Joe Flizzow merindui zaman kegemilangan ‘Too Phat’ suatu ketika dulu.



Seorang lelaki yang mirip Malique turut ‘berlakon’ dalam MV Apa Khabar

Malah, lirik lagu ini turut menceritakan kisah permulaan mereka untuk bergelar penyanyi hip hop.Yelahkan, pada masa itu genre hip hop masih lagi asing di Malaysia.

Masih berusia belasan tahun ketika itu, mereka begitu teruja dan bersemangat untuk mencipta nama di persada hiburan dengan membawa genre hip hop.

Anda nak tahu apa ending story lagu ni? Nah, kami sediakan terus music videonya di bawah. Mana tahu lepas mendengar lagu ini, Malique akan terbuka hati nak buat satu lagu untuk Joe Flizzow pula.



SUMBER : OH BULAN

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive