sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MINYAK. Show all posts
Showing posts with label MINYAK. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Rakyat Tertekan Minyak Naik, Tol Naik , Jangan Sampai Rakyat 'Naik' - Ayah Rani



SHAH ALAM - Menzahirkan kebimbangan bahawa kadar kenaikan tol ini akan menjadi satu lagi beban kepada rakyat, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini tampil membuat laporan polis.

Presidennya, Abdul Rani Kulop Abdullah berkata, kenaikan kadar tol akan memberi bebanan dan tekanan kepada pengguna tol di Kawasan Lembah Klang.

"Kenaikan tol... kena relakslah dulu jangan naik lagi. ‎Dalam keadaan rakyat yang menghadapi pelbagai kenaikan harga seperti minyak, harga barang lain, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini digemburkan pula naik harga tol.

"Kepada syarikat konsesi tol, saya beri pandanganlah sabar dahulu untuk naikkan harga tol... berbincang elok-elok dalam keadaan rakyat tertekan ini jangan naik, takut rakyat yang 'naik' nanti, esok-esok bukan tol naik rakyat yang 'naik'," katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Naik tol: Kerajaan boleh pilih memihak pada rakyat]

Mengulas lanjut Abdul Rani atau mesra disapa ayah berkata, apabila rakyat yang 'naik', maka keadaan akan bertukar kecoh.

‎"Kalau ikutkan sekarang pengguna kenderaan ramai sangat, daripada enam pagi sampai enam pagi esok semua padat kenderaan lalu, syarikat tol sudah banyak kumpul duit, kenapa nak naik lagi sabarlah dulu," katanya.

Oleh itu ujarnya, beliau menyarankan agar kerajaan campur tangan dalam hal ini.

"Kita tahu ada perjanjian (berkenaan kenaikan harga tol), sabarlah dulu, naik perlahan-lahan,minyak naik, tol naik, tanpa ada sekatan," katanya.

Thursday, 5 September 2013

TUDIAAA !!! PETRONAS DAH CAKAP PASAL MINYAK !!! @NajibRazak

Petroleum murah: Petronas buat penjelasan



PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.

Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan
jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

VIDEO PANAS !!!! APABILA TUN M BUKA MULUT PASAL MINYAK !!! MAI DENGAR CEPAT !!!! @NajibRazak

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...