sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label RESORT SEDILI. Show all posts
Showing posts with label RESORT SEDILI. Show all posts

Saturday, 17 August 2013

GEMPAR !!! KERAJAAN TARIK SERTA MERTA STATUS PR PENGUSAHA RESORT !!! TERBAIK !!!! @NajibRazak @zahid_hamidi



Kerajaan telah menarik balik status penduduk tetap (PR) pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan bukan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penarikan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap pemegang status PR di negara ini. 

Salah satu langkah pantas dari Kerajaan dan Apj tabik hormat , semoga lepas ni mereka lebih berhati-hati dan menjaga keharmonian kaum dan agama di Malaysia ni .

Friday, 16 August 2013

GEMPAR !!! SETOR RESORT SEDILI PULAK TERBAKAR SELEPAS ISU SURAU !!!

Setor resort kontroversi terbakar


JOHOR BAHRU 16 Ogos - Sebuah bangunan yang digunakan sebagai setor penyimpanan barangan lama dan lusuh di sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi yang menempatkan 'surau kontroversi' kerana dicemarkan dengan ritual keagamaan selain Islam, terlibat dalam kebakaran awal pagi ini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, polis Kota Tinggi menerima maklumat berkaitan kebakaran pada tingkat atas bangunan dua tingkat itu pukul 12.15 pagi.

Siasatan awal mendapati kebakaran yang memusnahkan kira-kira 50 peratus bangunan di tingkat atas itu berpunca daripada litar pintas dan tiada sebarang unsur perbuatan jenayah.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meminta semua pihak bertenang kerana keadaan adalah terkawal. - UTUSAN ONLINE

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...