sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ROSMAH MANSOR. Show all posts
Showing posts with label ROSMAH MANSOR. Show all posts

Thursday, 30 June 2016

1MDB : Sukar Diterangkan Kecuali Berbohong Kepada Rakyat




Husni ambil tindakan bijak tinggalkan Umno, puji Ku Seman


Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.

Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai dengan kepimpinan semasa Umno.

"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.

"Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.


"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Saturday, 25 June 2016

Najib Ajar Ahli Umno Zip Mulut Jika Mahu Selamat



'PECAT'

Hari ini dua tokoh yg dilihat bersih telah dipecat dari Umno, sementara seorang lagi digantung keahlian.

Maka dengan langkah drastik ini pastinya melegakan kepimpinan Umno yg ada sekarang ini dari sebarang kacau ganggu dalaman dalam parti yg dikatakan keramat lagi hikmat serta sakti itu.

Jika selama ini tokoh-tokoh ini yang mewakili akar umbi dengan lantang mengkritik dan menegur kepincangan kepimpinan tertinggi Umno, selepas ini tiada yg berani lagi menegur golongan puak sufi yg sedang memimpin Umno sekarang ini.

Rakyat Akan Kuburkan Umno PRU14 Angkara Najib & Rosmah


Tragedi Paling Malang Dalam Lipatan Sejarah United Mohd Najib Organisation.

Umno bakal dimuziumkan...

Tanggal 24 JUN 2016 pasti akan meninggalkan titik hitam dalam sejarah UMNO, parti politik Melayu terbesar di Malaysia.

2. Sejak penubuhannya dalam tahun 1946, UMNO telah melalui perlbagai onak ranjau dan kembali utuh walaupun dilambung dan dihempas gelombang dan badai cabaran.

3. Perletakan jawatan Presidennya yang pertama Dato Onn bin Jaafar, pengharaman parti ini dalam tahun 1988, pemecatan Anwar Ibrahim 1998 dan banyak lagi merupakan cabaran yang dihadapi oleh UMNO. Dalam setiap peristiwa tersebut, parti diletakkan di tempat yang lebih utama daripada seorang individu bernama pemimpin.

4. Apabila MT mengambil keputusan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Muhkriz serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal pada hari ini, ianya merupakan tragedi paling buruk dalam sejarah parti politik keramat ini.

5. Ini merupakan pemecatan paling ganjil dalam UMNO, malahan pada mana mana parti politik dalam peradaban manusia di dunia ini.

6. Belum pernah berlaku dimana yang dipecat digantung keahlian adalah mereka yang bersuara tentang salahlaku pemimpin dan bukannya terhadap pemimpin yang melakukan salahlaku. Ini merupakan satu perkara yang akan ditertawakan oleh seluruh dunia.

Klaus Baikenhol seorang penulis berbangsa Jerman pernah mengatakan bahawa "There is a difference between being a leader and a boss. Both are based on authority. A boss demands blind obedience; a leader earns his authority through understanding and trust."

Thursday, 5 May 2016

1MDB : Angkara Najib , Malaysia Dalam Bahaya ?




BAGAIMANA AUTA SKANDAL 1MDB AKAN MENJERAT NEGARA KITA



Akhirnya Lim Sian See a.k.a Eric See-To si prepaid blogger telah menulis jawapan balas (rujuk blog dia) mempertahankan bosnya DS Najib Razak berhubung pendedahan dahsyat The New York Times berhubung siasatan bukan saja FBI tapi turut sama panel juri agung (grand jury) unit Inisiatif Menyelamatkan Aset Rompakan Kleptocrat di bawah Justice Department yang lebih kurang macam kita punya Jabatan Peguam Negara.

Lim Sian See adalah "spinmeister" kelas satu. Tertinggi. Dapat maklumat terus dari PMO dan 1MDB. Sifat dan modus operandi Lim Sian See adalah “spin" atau auta.

Pusing dan auta sampai pembaca tidak dapat tumpu “essence” kepada pendedahan penting New York Times, dan Wall Street Journal. Dan beliau dibayar untuk jaga imej 1MDB dan Najib Razak, sekali sekala adalah tolong UMNO dan Barisan Nasional. Sebab itu dia buat “fake account”. Lim Sian See bukan nama sebenar. Dan beliau juga disokong oleh para bloggers seperti Seademon, BigDog, Rocky Bru juga tidak lupa Pak Haji CFO kita Azmi Arshad dan laman-laman pro-Najib/UMNO seperti MyNation.

Di samping itu Lim Sian See juga kitar semula dan “amplify” kerja-kerja kotor Raja Petra dan juga laman-laman blog yang mengugut Tun Mahathir, SPRM, Tony Pua, Bank Negara (Zeti, Shamsiah), Sarawak Report atas tuduhan palsu lagi batil kononnya mereka semua ini ingin gulingkan kerajaan di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code).

Dalam keghairahan mereka menyerang Tun Mahathir dan pertahankan Najib Razak, cyber trooper paling hebat mereka Lim Sian See samada lupa atau SENGAJA tinggalkan fakta-fakta yang lebih penting yang didedahkan FBI, Justice Department (DoJ) dan The New York Times. He simply omitted the most glaring fact of that report!

Kenapa? Sebab KPI mereka hanya jaga Najib Razak dan 1MDB. BUKAN Jho Low! Apatah lagi seorang wanita yang The New York Times (NYT) telah bongkarkan namanya yang kini dalam perhatian FBI dan DoJ iaitu JASMINE LOO AI SWAN!!!

Dalam keadaan panik inilah mereka terlupa jaga “rear guard” dan meninggalkan saja rakan-rakan yang bersubahat dengan aktiviti songlap dan pengubahan wang haram. Kalau di Malaysia tak apa. Tapi ini Amerika. FBI. Bukan calang-calang.

Dan insan yang malang itu ialah Jasmine Loo Ai Swan.

Thursday, 31 March 2016

VIDEO PANAS !! Najib Dan Rosmah Belanja Percutian RM58 Juta ?




WSJ: Najib belanja RM60 juta untuk percutian, barang kemas


Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625 (RM512,194).

Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.


Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.

Wednesday, 30 March 2016

Scandal Najib : RM3.2 Juta Untuk Barang Kemas ?


Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...

Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:

Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)


Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN

Friday, 19 February 2016

Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir


Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.

Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.

"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).

"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.

Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.


"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.

Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.

"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.

"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?

"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).

"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

Saturday, 24 October 2015

13 Pemimpin Umno Akar Umbi Minta Najib Letak Jawatan


TELOK KEMANG - Sebanyak 13 Umno Cawangan di Bahagian Telok Kemang mendesak agar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Wakil mereka, Ketua Umno Cawangan TKK, Kamarulazman Habibur Rahman memberitahu, tindakkan ini dilakukan berikutan kerana hilang keyakinan ke atas kredibiliti Najib.

"Kami khuatir ini boleh menjejaskan sokongan ramai sekaligus akan menjejaskan jumlah undi dalam PRU akan datang," katanya.‎

Menurutnya, mereka tidak takut jika dikenakan tindakkan oleh Umno kerana bagi mereka apa yang dilakukan adalah pencetus untuk kebaikan Umno.

Beliau berkata, pihaknya berharap selepas ini akan ada lagi Umno Cawangan lain yang bersama-sama tampil menyatakan pendirian yang sama.

13 Umno Cawangan adalah Taman TKK, Taman Politeknik, Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Haji Abdul Samad, Kampung Sua Betong, Kampung Telok, Kampung Sungai Sekawang, Kampung Bukit Tembok,Kampung Pachitan, Taman Intan Duyung dan Taman Bunga Raya.‎

Tuesday, 26 May 2015

Kau Ini Bagaimana Najib #1MDB


“Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana”

Kau ini bagaimana
Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir

Aku harus bagaimana
Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain

Kau ini bagaimana
Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya

Monday, 10 March 2014

#MH370 : TUDIAA !! ISTERI PM SIBUK BERI SOKONGAN PADA KELUARGA MANGSA PESAWAT MAS TAPI ISTERI KETUA PR TU SIBUK KEMPEN NAK JADI CALON KAJANG !!!!

ISTERI PERDANA MENTERI JUMPA KELUARGA MANGSA PESAWAT MAS HILANG 





Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat keluarga mangsa pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly di sini sebentar tadi.

Rosmah tiba pada kira-kira 12.45 tengahari sebelum meluangkan masa hampir dua jam bagi memberi sokongan moral dan menyelami perasaan sedih dialami keluarga mangsa.

Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pada hari penerbangan.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

SEMENTARA ITU 

ISTERI KETUA PEMBANGKANG KAKI LIWAT SIBUK NAK JADI CALON PRK KAJANG 


Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih untuk menggantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.

Monday, 3 March 2014

HOT NEWS !!! DATIN ROSMAH MANSOR BALUN ORANG biaDAP KAW KAW !!!


Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera.

Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mengharapkan agar saya diserang sakit jantung (sudden death) dan segera menemui ajal (journey to the "west").

Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar.

Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan & kebahagiaan agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam...

-Datin Seri Rosmah Mansor  



Apj nampak riak wajah yang tenang dari Datin Seri Rosmah walaupun beliau dimaki , di hina , di keji oleh puak komunis pembangkang. Kenyataan riskas di atas tu di tujukan khas buat Hew Kuan Yew (mcm lee kuan yew pulok bunyinya) manusia keturunan komunis yang memdoakan kematian beliau. 

Apj yakin Datin Seri Rosmah seorang yang kuat dan tabah menghadapi tohmahan kaum DAP ini !!! 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...