Pemilihan UMNO bukan landasan cemuh lawan - Shafie
Semua ahli UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan utama dalam pemilihan parti diingatkan agar tidak menggunakan landasan itu untuk mencemuh atau mengeji pihak lawan demi meraih undi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setiap ahli perlu sedar bahawa mereka berada dalam sebuah nakhoda yang sama tanpa mengikis sedikitpun semangat perpaduan.