sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PEMILIHAN UMNO. Show all posts
Showing posts with label PEMILIHAN UMNO. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

PENDEDAHAN EKSKLUSIF !!! SEBARAN CAI INI BOLEH MEMBUNUH UMNO !!! KEADILAN HARUS DI TEGAK !!! @NajibRazak @khairykj


Apj terkejut apabila mendapat satu cai  Pemilihan Umno untuk Majlis Tertinggi baru-baru ini daripada satu bahagian bernama  'P' .. Cai ini telah disebarkan kepada cawangan-cawangan di kawasan tersebut juga di katakan telah di berikan ke beberapa bahagian lain. 

Kalau kita baca cai di atas ternyata ia telah di buat oleh broker-broker yang hanya mahu keuntungan semata-mata. Bayangkan dalam cai ini terdapat 6 calon untuk Johor dan ada  nama-nama dalam cai ini langsung tak membawa apa-apa perubahan kepada Umno. Di mana keadilan kepada calon-calon negeri lain !!! 

Sunday, 13 October 2013

PANAS !!! PEMILIHAN DI ADAKAN SEMULA RABU INI !!! #PEMILIHANUMNO



Pemilihan ketua wanita UMNO bahagian Kepala Batas akan diadakan semula di dewan Wisma UMNO di sini pada 16 Oktober ini selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya, Rokiah Bee Hassan memperoleh undi yang sama.

Masing-masing memperoleh 192 undi selepas pengiraan undi berakhir lewat malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan bahagian Kepala Batas, Datuk Yahaya Hamid berkata, keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan itu dibuat selepas pengiraan undi yang dilakukan sebanyak lima kali memperoleh keputusan yang sama. "Selepas perbincangan, semua pihak bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita pada Rabu, 16 Oktober jam 8 malam di Dewan UMNO Kepala Batas," Katanya di sini, hari ini.

PEHH !!! 50% MUKA BARU DI PERAK !!!! HEBAT !! #PEMILIHANUMNO



Lebih 50 peratus muka baru mengisi jawatan ketua sayap pemuda, wanita dan puteri pada pemilihan UMNO di Perak semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Khusairi Talib berkata, bagi Pemuda, 15 daripada 24 bahagian diisi muka baru selain dua muka baru yg menang tanpa bertanding.

Beliau berkata, wanita pula seramai sembilan menang dalam persaingan selain empat menang tanpa bertanding. Katanya, pergerakan Puteri pula 11 menang brtanding selain lima menang tanpa bertanding.

Saturday, 12 October 2013

PANAS PEMILIHAN !!! APA KES NI SAMPAI KENA HALAU !!! HUH !!! @NajibRazak



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa kesal dengan kejadian sekumpulan petugas media diusir daripada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda Umno Pasir Gudang hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ketua Umno Bahagian itu berkata pihak berkenaan sepatutnya lebih peka dengan tugas orang media yang mahu membuat liputan pemilihan berkenaan.

TERKINI !! KEPUTUSAN PEMILIHAN SAYAP PARTI !!! @NajibRazak



1 - Calon Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsudin mendapat undi dari Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar pada mesyuarat perwakilan sayap itu hari ini.

Bahagian yang sama turut memilih Datin Norsabrina Mohd Noor bagi jawatan Naib Ketua Puteri.


2 - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam memilih Jamilah Hanim Othman sebagai Ketua pergerakan itu manakala Zahida Zarik Khan sebagai Naib Ketua Puteri.

3 - Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda manakala Jamawi Jaafar sebagai Naib Ketua

HOT PEMILIHAN !!! @khairykj BUANG UNDI !!! @NajibRazak #KJ4KP #TF4MT


Apj dapat info dari Rembau , Penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia, Yb Khairy Jamaluddin telah sampai di Dewan Institud Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong tepat jam 8.50 pagi tadi untuk membuang undi bagi pemilihan Kepimpinan sayap Parti itu pada mesyuarat perwakilan Pergerakkan Pemuda Umno bahagian.

Bagi pemilihan kali ini , Khairy dicabar oleh 3 orang lagi bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Khairy telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau sebelum ini.

HOT PEMILIHAN !!! TOLONG DENGAR SINI SEMUA !! JANGAN MAIN-MAIN !!! #PEMILIHANUMNO




Pemilihan anggota Majlis Tertinggi dan wakil bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak dengan mesyuarat bahagian pada 19 Okt manakala pemilihan jawatankuasa bahagian dan Exco ketiga-tiga sayap pada 12 Okt

1. Mesyuarat perwakilan bahagian/sayap:* Pendaftaran perwakilan bermula 8 pagi, dengan mengemukakan kad pengenalan.* Persidangan bermula mengikut agenda mesyuarat termasuk pembentangan penyata tahunan, pembentangan penyata kira-kira sebelum menyerahkan mesyuarat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian untuk proses pemilihan parti.

Wednesday, 9 October 2013

OPS BEDAL !!! FUAD ZARKASHI JANGAN KURANG AJAR !!!! @NajibRazak



Tajuk keratan artikel di atas tu pun dah nampak kurang ajarnya Fuad Zarkashi ni .. Hormat yang ada dalam diri Apj pada dia tiba-tiba hilang dengan kenyataan di atas. 

Apj memang la  tak bertanding mana-mana pun tapi mewakili sahabat - sahabat yang mahu bertanding tapi tidak layak atas faktor bankrap Apj terlalu kecewa dengan kenyataan 'perlu sedar diri ' yang di katakan Fuad ni kepada calon yang tak layak. 

PANAS PEMILIHAN UMNO !! ARMIZAN PAPAR PERLU ADA DALAM SAF EXCO PEMUDA !!! @NajibRazak @khairykj #Armizan4Exco



Ketua Pemuda Umno Papar yang menang tanpa bertanding baru-baru ini iaitu Saudara Armizan Mohd Ali harus berada dalam saf kepimpinan Exco Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan Umno nanti.

Beliau yang merupakan SUPOL kepada Ketua Menteri Sabah punya aura dan punya tokoh Kepimpinan dalam Pemuda Umno.

Kata-kata dari saudara Armizan "Jika diberi peluang dalam saf kepimpinan Pemuda Umno Malaysia saya ingin memainkan peranan menyedarkan rakyat negeri ini terutama orang muda bahawa segala sumbangan kerajaan BN , terhadap rakyat negara selama ini mempunyai nilai dan makna.

Thursday, 26 September 2013

#PEMILIHANUMNO !!! TRANSFORMASI KEPALA LUTUT!!! TRANSFORMASI JAMBAN !!!! @muhyiddinyassin @NajibRazak @khairykj



Pergi jahanam dengan transformasi...


Boleh jalan sama itu keterbukaan dan demokrasi...


Ramai lahirkan kekesalan apabila Tun Faisal digugurkan sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO atas alasan tidak menepati syarat asas. Syarat kelayakan ialah sekurang-kurangnya ahli Umno tiga tahun dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.


Baiklah...!

BIADAP !!! JENTERA SIBER PRO BN DIKATAKAN BUDAK MENTAH !!! @NajibRazak @khairykj #TF4MT #SISWA #GELOMBANGSISWA


KURANG DI AJAR !!! ITU AYAT PERTAMA YANG APJ TUJUKAN PADA MAMAT PENJILAT NI !!! 

KAMI DIAJAR MENJADI PEJUANG UMNO BUKANNYA PETUALANG UMNO !!! 

KENAPA MAMAT NI TULIS MACAM TU ?? MAI BACA SINI 

DAH BACA ?? KAMI JENTERA SIBER UMNO BUKAN PENJILAT MACAM MACAI TERRY NI !! NAMA PUN DAH RUPA PENJAJAH HUH !!!

NAK TENGOK BAGAI MANA BUDAK MENTAH MACAM KAMI NI PUNYA PENGARUH !!!

#GELOMBANGMAHASISWA

Wednesday, 25 September 2013

HOT PEMILIHAN UMNO !! KERJA KERAS UNUK MENANG !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak #BeraniBerubah


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan peluangnya untuk menang jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan hadapan "50-50".

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Mukhriz yang cuba Pengerusi Perhubungan Umno Kedah mengakui, beliau terpaksa bekerja keras untuk memenangi pertandingan enam penjuru itu.

"Kesemuanya bukan calang-calang orang. Yang bertanding enam orang dan jawatannya tiga.

Monday, 23 September 2013

HOT PEMILIHAN UMNO !! HAMPIR 90 % KETUA BAHAGIAN KEDAH DICABAR !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak #MM4VP #BeraniBerubah



Proses pendaftaran bagi pemilihan dalam bahagian Umno di Kedah hari ini menyaksikan 11 daripada 15 bahagian berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.

Setelah proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini, Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk merebut jawatan ketua bahagian iaitu enam orang manakala masing-masing tiga di bahagian Sungai Petani, Kuala Kedah, Merbok, Langkawi dan Baling.

Bahagian Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerai, Pendang dan Sik, masing-masing terdapat dua calon menghantar borang bertanding jawatan ketua bahagian.

GEMPAR !!! ADA CUBAAN JATUHKAN MUKHRIZ ??? #MM4VP #BeraniBerubah @NaiibRazak



Datuk Mukhriz Mahathir menolak kemungkinan berlakunya cubaan untuk menjatuhkan beliau pada Pemilihan Agung Umno kelak oleh ketiga-tiga penyandang Naib Presiden parti itu.

Menteri Besar Kedah itu berkata jika wujud percubaan itu, bermakna ia sama sekali menyalahi Program Transformasi Politik (PTP) yang dibawa oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa itu semua kebetulan sahaja, saya tidak percaya mereka mempunyai satu pakatan (untuk menjatuhkan beliau).

"...kalau benar itu yang berlaku bermakna sedikit konflik dengan kenyataan yang mereka keluarkan sebelum ini.

Monday, 16 September 2013

TUDIAA !!! PERWAKILAN HARUS BUAT PILIHAN BIJAK !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT



Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.

"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

SAH SAH !!! GENERASI KE-4 PENGASAS UMNO TAWAR BERTANDING EXCO !!! #OnnHafiz4Exco



Walaupun berasal daripada keluarga politik terkenal tanah air, namun Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Onn Hafiz Ghazi amat mesra dan senang didekati.

Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong dan Exco Pemuda Pusat, bertekad mahu membantu dalam memastikan Umno terus kekal sebagai pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya lihat bahawa parti Umno adalah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib orang melayu dan agama Islam di negara ini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan utama Pemuda yang akan melihat kepada nasib dan hala tuju orang Melayu muda," katanya kepada Malaysian Digest.

Sunday, 15 September 2013

HOT NEWS !!! KEDAH AKAN PERKENALKAN BARISAN CALON PEMILIHAN MINGGU DEPAN !!! TERBAIK !! @MukhrizMahathir @NajibRazak #KedahAmanMakmur


Badan Perhubungan Umno Kedah akan mengadakan majlis khas bagi memperkenalkan calon-calon dari negeri ini yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti itu bulan depan.

Pengerusinya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata perjumpaan itu akan diadakan pada 19 Sept di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini, bertujuan untuk mempertemukan calon dengan semua perwakilan dari negeri ini.

"Anggota-anggota Umno yang tawar diri bertanding di peringkat kebangsaaan akan kami perkenalkan satu persatu supaya seluruh perwakilan dari Kedah dapat mengenali mereka.

"Setakat ini yang telah nyatakan keinginan untuk bertanding bagi Majlis Tertinggi ialah yang sedia ada, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Presiden Kelab Putera 1Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kebersihan Kedah (3K) di Taman Wira Mergong, di sini hari ini.

Wednesday, 11 September 2013

PANAS!!! AZALINA JANGAN BUNYI SAJA LEBIH !!! WANITA UMNO MENDISKRIMINASI WANITA YANG BELUM KAHWIN??



Mula-mula Ratu Pengasas Puteri ni bunyi, sudah goyang satu Malaya mengenai hasratnya bertanding Calon Ketua Wanita Umno dalam pemilihan Umno oktober nanti , ramai akar umbi yang menyokong dan berharap agar wanita Umno lebih kuat dan mampu bersuara dalam perjuangannya sebagai sayap Umno.

Apj turut teruja dan menyokong penuh hasrat Datuk Azalina ni bertanding menentang Datuk Shahrizat yang dilihat kurang menyengat selepas kontroversi melibatkan suaminya dalam NFC. Selepas kontroversi itu , Wanita Umno dilihat layu seperti bunga yang tidak disiram air. huh !! Maaf cakap bukan menidakkan pengorbanan Datuk Shahrizat tapi apa yang berlaku kesannya amat dalam pada Umno walaupun Umno menambah kerusi dalam PRU13, itupun kerana isu lain yang banyak membantu Umno.

Wednesday, 4 September 2013

PANAS!!! JiKA MENANG DAPAT 50 K ?? APA CERITA NI TOK BATU??? @NajibRazak

Panas jugak telinga bila dengar hal yang tak habis-habis di Bahagian Batu nih !!! Terbaru adalah diceritakan mengenai Tok Abas ni yang dikatakan menjanjikan pinjaman RM 50k jika dia menang sebagai Ketua Bahagian Batu dalam pemilihan yang akan diadakan nanti !!!

Tudiaaa hebat jugak janji dari Tok Abas nih ya !!! Huh !! Yang paling kuat dimomokkan adalah katanya Tok Abas akan di lantik menjadi pengerusi TEKUN oleh Perdana Menteri , betui ka yang Apj dengaq nih ? Rasanya pengerusi TEKUN dah diberi pada orang lain kot !! Huh

Saturday, 31 August 2013

PANAS !!! KHAIRUN ASEH MERAJUK KA TAK NAK BERTANDING ??? BAGUSLAH !!! @NajibRazak

Pemilihan Umno: Khairun Aseh tak bertanding



KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Aduan Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh mengesahkan tidak bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata keputusan itu adalah muktamad biarpun mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada peringkat akar umbi untuk merebut jawatan kanan khususnya dalam sayap Pemuda.

"Keputusan ini adalah selaras dengan pegangan prinsip saya untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh integriti dan komitmen," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yakin perwakilan akan memilih barisan kepimpinan khususnya sayap Pemuda Umno yang mantap untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...