sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SIMULATOR MH370. Show all posts
Showing posts with label SIMULATOR MH370. Show all posts

Saturday, 22 March 2014

#MH370 : KENYATAAN RAKAN KAPTEN ZAHARIE MENGENAI SIMULATOR KAPAL TERBANG !! #PRAYFORMH370



SINAR
: Salah seorang rakan kepada juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Memetik laporan sebuah portal tempatan, Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, motionsim.blogspot, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten Zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis, segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.


Wednesday, 19 March 2014

HOT NEWS #MH370 : HASIL SIASATAN SIMULATOR KAPTEN ZAHARIE AKAN DIDEDAH - DS HISHAM #PRAYFORMH370



Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Hishammuddin berkata pendedahan mengenai hasil siasatan berhubung simulator yang diambil di rumah juruterbang pesawat MH370 itu akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Pihak Ketua Polis Negara akan membuat pendedahan mengenai simulator yang kini masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat PDRM mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...