sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label Sungai Limau. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

BIADAP !!! AZAM ADUN SG LIMAU KATA SISTEM PENDIDIKAN KITA TAK BAGUS ??? HUH


Dalam sidang dun yang lepas, adun Sungai Limau yang baru, si Azam Samat berucap buat kali pertama sebagai seorang YB di dalam dewan. Dalam ucapannya tu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kononnya PRK Sungai Limau diantara PRK yang paling aman dan paling bersopan.

Ucapan Azam kemudian dipersoalkan oleh beberapa Adun BN yang mencelah mempertikaikan PRK Sungai Limau kononnya aman, tetapi penuh dengan kes tumbuk menumbuk, hinggakan ada wanita UMNO yang ditumbuk berdarah hidung.

Malah ada satu kes, MB Kedah Dato Mukhriz semasa mengunjung ke Peti Undi Sungai Dedap, pada hari pengundian, beliau dimaki hamun oleh perayu undi dan penyokong Pas disana. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu bersalam, walaupun salam dihulur oleh MB Kedah.

Apakah itu cara PRK paling baik dan sopan yang dikatakan oleh Azam?

Selepas di soal, Azam menjawab, penyokong dan perayu undi Pas jadi macam tu, disebabkan mereka tidak ajar dengan betul dalam sistem pendidikan sekolah kita.

Friday, 1 November 2013

PRK SG LIMAU !!! ANWAR KENA HALAU DENGAN PENYOKONG PAS SG LIMAU !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH


Rupanya cakap-cakap orang kampung di Sungai Limau yang mereka membenci Anwar Ibrahim bukan cakap-cakap kosong tetapi menjadi kenyataan apabila banyak banner protes yang telah di naikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau. Ternyata sentimen menolak Anwar di sini makin kuat dan dendam lama kembali membara. 

Anwar Ibrahim dijangka memberi ceramah di Dulang Kechil hari ini yang di ketahui kubu kuat BN Sungai Limau. Ternyata keadaan ini menang dan memalukan Peemimpin Pakatan Rakyat yang syok sendiri itu. 



Monday, 22 April 2013

HOT NEWS : TUDIAAA PAS JERAI TERSENTOT BILA TENGOK GAMBAR PROGRAM PEMUDA BN JERAI #PRU13 #GE13 #TukarKedah


Sekarang ni tengah berlansung tayangan Wayang kulit Sri Asun di perkarangan bilik gerakan Pemuda Umno Jerai anjuran Pemuda Umno Jerai. Orang Kedah semua tau dan mengetahui tentang wayang kulit Sri Asun yang begitu popular dari dulu sampai sekarang.


Hampir 250 orang telah datang untuk menyaksikan tayangan wayang kulit ini , kebanyakkan penduduk sekitar Jerai. 



Tahniah buat Pemuda BN Jerai atas kejayaan program malam ini dan pastinya rakyat terhibur dengan teletah  wayang kulit Sri Asun ini , bukan selalu dapat tengokpun , APJ turut terhibur malam ni.

Sekali lagi petanda yang rakyat menyokong penuh program yang di anjurkan barisan Nasional , kali ini kita tawan Parlimen Jerai dari PAS yang tidak membawa apa-apa buat penduduk Jerai.

TOLAK PAS PANGKAH BN 

Saturday, 20 April 2013

PRU13 : AZIZAN KENA LAWAN 4 PENJURU !!! TUDIAAA !!! PANAS !!! #TukarKedah #PRU13 #GE13

DUN SUNGAI LIMAU SENGIT 4 PENJURU 


Selesai penamaan calon bagi Parlimen Jerai tadi menyaksikan persaigan sengit bagi Azizan Razak yang menjadi calon bagi Dun Sungai Limau. Di Sungai Limau Azizan terpaksa bertembung dengan 3 lagi calon yang bertanding iaitu satu dari Barisan Nasional dan dua lagi calon bebas.

Keadaan dan suasana sememangnya panas bagi kerusi di Parlimen Jerai ini , kerana disinilah adanya seorang  
penyandang Menteri Besar Kedah dan juga Menteri Agama iaitu Dato Seri Jamil Khir Baharom. 


Dun Sungai Limau

1 - PAS - Dato Seri Azizan Razak 
2 - BN - Mohd Fazilah Mohd Ali 
3- BEBAS - Sobri Ahmad ( CINCIN)
4 - BEBAS - Abdullah Hashim ( BUNGA RAYA )


Adakah Azizan Mampu mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau untuk PRU13 kali ini ? pastinya tentangan sengit terutama dari calon BN yang juga saudaranya iaitu Mohd Fazilah Mohd Ali. 

Tak kurang bakal memberi kesan pada pru13 kali ini adalah dengan kemunculan 2 calon bebas yang juga anak tempatan Sungai Limau . 

 calon bebas 
APJ : pucat muka Azizan tadi , bawa-bawa la berehat PAK JAN !!!



PRU13 : GAMBAR PANAS SEKITAR PENAMAAN CALON DI PARLIMEN JERAI #PRU13 #GE13


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN JERAI 















Wednesday, 3 April 2013

GEGAR !!! 12 NGO INDIA DI JERAI SECARA TERBUKA NYATA SOKONG BN !!! @NajibRazak @TunFaisal #TukarKedah


Bertempat di Taman Gurun Jaya , Gurun Kedah malam tadi sebanyak 12 NGO telah berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional, Perdana Menteri dan kepada Penyelaras Parlimen Jerai iaitu Dato Suhaimi Abdullah dalam PRU13.

Ngo-Ngo ini terdiri daripada persatuan-persatuan, PIBG Sekolah , Kuil , dan masyarakat India di kawasan Parlimen Jerai dan sebagainya.

Kesemua Pengerusi-pengerusi Ngo yang terlibat telah berucap di hadapan hampir 150 orang penyokong mereka dan bersepakat bersatupadu bagi menyokong dan memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.


Mereka menyatakan kekaguman kepada Perdana Menteri yang sememangnya membantu masyarakat India di Malaysia khususnya di Jerai, Kerajaan juga telah memberi segalanya bentuk bantuan seperti bantuan pinjaman TEKUN kepada peniaga bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Mereka juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato Suhaimi Abdullah selaku penyelaras Parlimen Jerai yang selama ini tidak pernah jemu membantu masyarakat India setempat. 


Bagi mereka Dato Suhaimi Abdullah adalah seorang pemimpin yang tak pernah kenal erti penat dalam membantu semua rakyat di Parlimen Jerai. Atas penghargaan ini mereka akan menyokong beliau jika beliau bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti. 

Pengerusi-pengerusi Ngo yang terlibat juga menyeru agar ahli mereka meletakkan pelekat kereta 1 Malaysia bagi meyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional.


APJ : Masyarakat India sudah menunjukkan sokongan pada Barisan Nasional , yang lain bila lagi ?? .. 



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...